Assalamualaikum dan Selamat malam (^_^)v
Dengan Inovasi Yo! (DIY) merupakan sebuah rancangan realiti baru yang mencari bakat anak-anak muda yang kreatif dan inovasi...
Rancangan ini, merupakan satu rancangan pembelajaran yang seronok ditonton, dengan menonton rancangan ini sahaja kita dapat membuka minda dan menghasilkan idea-idea yang kreatif...
Setiap negeri akan diwakilkan dengan empat kumpulan yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah, kemudian mereka akan diberi satu bahan untuk di inovasi. Kumpulan yang menunjukkan idea yang paling menarik dan kreatif akan mewakilkan negeri masing-masing untuk bertanding ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Kelak...
Rancangan ini akan disiarkan di tv3 pada setiap hari jummat jam 6.30 ptg...
Kalau x sempat nak tengok boleh menontonnya di www.tonton.com.my/bananana
Promo DIY episod 1
"tadi aku sempat tengok episod pertama rancangan ini, memang best dan berinformasi...
bayangkan sebiji buah limau bali boleh dijadikan beg, pelapik kasut, minyak penghalang gigitan serangga dan produk kecantikan... Kretifkan? aku sarankan korang tonton rangcangan ini, daripada tonton drama-drama yang tak faedah langsung"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan