Ahad, 30 September 2012

3 Golongan Yang Lebih Awal Ke Neraka!!

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V

Tiga golongan yang pertama akan merasakan api neraka!!
Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah “orang alim” , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T.


ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,”Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?” Orang itu menjawab. “Benar,wahai Tuhan.” ALLAH SWT kembali bertanya. ”Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?” Orang tersebut menjawab, ”Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari” Malaikat berkata kepadanya, “engkau berdusta”. ALLAH SWT berfirman “engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim”.

Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ”Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup”. Orang itu menjawab, ”Benar wahai tuhan”. ALLAH SWT kemudian bertanya, ”Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?”, dia menjawab, ”Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.” ALLAH SWT berfirman kepadanya, “Engkau dusta”. Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.”

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ”Apa yang menyebabkanmu terbunuh?” Dia menjawab, ”Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.” Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,”Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu.” ALLAH SWT berfirman, ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani”.
“Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ”Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.””
Sumber:MyBerita
FA:Niat dan keikhlasan dalam hati kita harus kuat dalam mengerjakan sesuatu perkara……. Hanya Kerana ALLAH SWT. DIA maha mengetahui setiap apa yang kita lakukan…


Isteri Guna Darah Haid Dan Air Mani Gajah Sihir Suami

Assalaamualaikum dan selamat petang (^_^)V

SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.
Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.
Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.
Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.
Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.
Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.
Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.
“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.
“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.
“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya...
SUMBER:MyNewsHub dan sinar harian...
FA:ingatlah syurga isteri di bawah telapak kaki suami... kalau berkahwin hanya untuk menyihir suami lebih baik tak payah kawin...

Hukum Berpakaian Tapi Telanjang

Assalamualaikum dan selamat petang (^_^)V

Mengapa masih ramai perempuan yang tidak mengambil berat persoalan aurat dengan memakai pakaian yang merangsang syahwat lelaki. Saya rasa tidak salah untuk mengatakan kejadian rogol dan buang bayi ini yang berlaku adalah kesan daripada perempuan yang mendedahkan aurat sehingga merangsang syahwat lelaki. Apa pendapat ustaz? Saya juga ingin bertanya mengenai hukum menghias rumah dengan ukiran? Adakah Islam mengharamkannya?

antara sebab perempuan yang masih memakai pakaian yang tidak menutup aurat atau menutup aurat tetapi tidak sempurna adalah faktor kejahilan berkaitan persoalan agama. Mungkin ada yang tahu hukum menutup aurat tetapi mereka ini sombong seperti yang disebut oleh Rasulullah SAW iaitu menolak kebenaran.

Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang kelihatan bentuk tubuh dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk antaranya ialah pakaian yang dapat mempertajam bahagian tubuh terutama tempat yang membawa fitnah seperti buah dada, paha dan sebagainya.

azab neraka siksaan yang amat pedih,wanauzubillah.

Golongan ahli neraka

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya: Pertama, kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu yang mereka buat untuk memukul orang (maksudnya pemerintah yang kejam). Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol (bukhtun) unta. Mereka ini tidak boleh masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat terhidu sejauh perjalanan sekian dan sekian.

Mereka dikatakan berpakaian kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi untuk menutup aurat kerana itu mereka dikatakan telanjang kerana pakaiannya terlalu nipis sehingga memperlihatkan tubuh seperti yang dipakai oleh sebahagian pakaian perempuan sekarang.
Bukhtun adalah salah satu jenis unta yang mempunyai bonggol besar. Rambut orang perempuan seperti bonggol unta kerana rambutnya ditarik ke atas. Jika diperhatikan kepada hadis itu seolah-olah Rasulullah SAW melihat apa yang berlaku pada zaman sekarang ini iaitu ramai perempuan cenderung untuk membuat rambut dengan pelbagai fesyen dalam salun yang disebut sebagai salun kecantikan, manakala ramai lelaki yang bekerja di salun kecantikan dengan upah yang sangat tinggi.
Ada juga perempuan yang berasa tidak puas dengan rambut asli kurniaan Allah. Kerana itu mereka membeli rambut palsu yang disambung dengan rambutnya yang asli supaya kelihatan lebih cantik sehingga ia menjadi perempuan yang menarik dan memikat hati.

Islam tidak melarang penganutnya menghias rumah dengan karangan bunga yang berwarna-warni dan ukiran-ukiran serta hiasan yang halal. Oleh kerana itu Allah SWT berfirman dalam surah al-Araf ayat 32 yang bermaksud: Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah Ia keluarkan untuk hamba-hamba-Nya.

Sekali lagi ingin mengatakan bahawa seorang Muslim tidak berdosa untuk menghiasi rumahnya, pakaiannya, kasutnya dan sebagainya. Hal ini kerana Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Muslim (yang bermaksud): Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada perasaan sombong sekalipun sebesar zarah. Kemudian ada seorang lelaki bertanya: Ya Rasulullah! Seseorang itu suka kalau pakaiannya baik, dan kasutnya baik. Adakah ia termasuk kesombongan? Nabi SAW menjawab: Sesungguhnya Allah itu baik, Ia suka kepada yang baik.


sekadar gambaran hiasan



Suka keindahan

Dalam hadis riwayat Abu Daud pula menyebut (yang bermaksud): Ada seorang lelaki yang kacak datang kepada Nabi SAW, kemudian ia bertanya: Saya ini sangat suka kepada keindahan dan saya sendiri telah diberi keindahan itu sebagaimana yang tuan lihat sehingga aku tidak suka kalau ada seseorang yang mahu mengatasi aku dengan menyamakan kasutnya. Adakah ini termasuk kesombongan wahai Rasulullah? Jawab Nabi SAW: Tidak! Sebab yang disebut kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan menghina orang lain.

Namun Islam tidak suka berlebih-lebihan dalam segala hal. Nabi SAW sendiri tidak suka seorang Muslim yang rumahnya itu penuh dengan lambang kemewahan dan kemegahan kerana berlebih-lebihan itu dicela oleh al-Quran.

SUMBER:MyBerita

FA:Jadikanlah N3 sebagai pedoman untuk kita semua tak kira laki ataupun perempuan!!!

VIDEO HANYA SENYUM DEPAN KAMERA , LEBIH 2 JUTA VIEW DI YOUTUBE

Assalamulaikum dan selamat pagi (^_^)V

video senyum

Berbekalkan senyuman manis yang boleh menyebabkan orang kene kencing manis dan muka boleh tahan cantik la jugak... dapat 2 juta viewes di Youtube... Macam pelik je kan...

"Gadis yang dikenali dengan nama Magibon ini bukanlah orang Jepun, tetapi beliau adalah orang Amerika. Nama sebenar beliau ialah Margaret Lilian Adams.

Dari Julai 2006 hingga sekarang, Magibon telah mengupload lebih 100 video di Youtube yang menunjukkan dia hanya tersenyum di hadapan kamera dan kadang-kadang bercakap broken Japanese. Keseluruhan video beliau telah mendapat lebih 2 juta view"



FA: Kire ok la walaupon agak 'annoying' tapi video lebih berbaloi seronok ditonton daripada tonton video budak 5days MC (~_~")

iPHONE 5 BERSALUT EMAS DIJUAL DENGAN HARGA $5000 DI DUBAI

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

iphone emas



Telefon pintar iPhone 5 yang bersalut emas telah mula dijual di Dubai Mall semenjak, hari Khamis ini, lapor sebuah akhbar tempatan, 7 Days.

iPhone 5 mewah yang disaluti emas kuning 24 karat ini telah dikeluarkan oleh sebuah syarikat dari London, Gold & Co. pada hari Isnin yang lalu hanya selepas 72 jam iPhone 5 dipasarkan di Britain.

Model iPhone yang berwarna hitam dan bersalut emas kuning tersebut akan dijual pada harga US$4,628 manakala model iPhone yang berwarna putih dan bersalut emas kuning pula akan dijual pada harga US$5,036, lapor akhbar tersebut.

Setiap telfon tersebut akan dibuat khas dengan nombor individu dan hadir bersama dalam sebuah kotak kayu buatan tangan berserta sijil ketulenan. Telefon tersebut telah pun dipamerkan di Collector’s Palace di Dubai Mall pada pukul 7.30 petang.

Selepas pelancaran itu, telefon berkenaan akan mula dijual oleh wakil pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat Gold & Co. seperti syarikat Damas di Timur Tengah, Evolve Lifestyle Group di India dan pejabat G&C London di Hong Kong.







SUMBER:kurakura.my

FA:nampak cool... kalau tukar harga duit Malaysia adela dalam belasan ribu sebijik, mampukah anda?

Sabtu, 29 September 2012

Kenapa Kubur Wanita Digali Sedalam 7 Kaki Berbanding Kubur Lelaki 5 Kaki ?

Assalamualaikum dan selamat malam(^_^)V


Pasti ramai yang dah tahu kenapa kubur orang wanita berbeza kedalamannya dengan kubur seorang lelaki....
Kepada yang belum tahu bolehla baca dialog antara suami isteri di bawah...


Isteri : Abang, boleh sayang tanya?

Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?

Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). ”Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita.”

Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.

Suami : *Hanya tersenyum*

Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari

sumber:myberita

FA:tinggi betul nilai aurat seorang wanita sehinggakan sudah meniggal dunia pun auratnya masih perlu dijaga!!! :)


Surat Cinta Anwar berniali RM50,000

Assalamualaikum dan selamat tengahhari (^_^)v

Lajim Ukin Beli Surat Cinta Anwar RM50,000


"Surat cinta Anwar Ibrahim bernilai RM 50,000" dasyat kau... surat cinta korang, korang dan korang agak-agak kalau dilelong berape... Setahu aku budak-budak sekarang mane main surat-surat, sekarang main msg, tweet,FB ,skpe,Whatapps,BBM dan macam-macam lagi... Rugi korang x buat surat cinta menelah tau bile dah tua nanti boleh jual... Hahaha~

Berbalik kepada N3 , surat cinta yang ditulis oleh Datuk seri Anwar Ibrahin kepada isterinya Datin seri Wan Azizah Wan Ismail telah mendapat bidaan dengan nilai RM50,000... selain surat cinta tersebut terdapat juga barang-barang lain yang dijual untuk tujuan mengumpul dana untuk pilihan raya... Antaranya, Lukisan karikatur Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang diberi nama ‘”Kuasa Rakyat” bernilai RM32,000, sebuah patung beruang milik Teresa Kok (RM10,000),gambar dan tongkat milik Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (RM12,000)... dan banyak lagi

Baca artikel penuh di mynewshub.my

FA:Tolong jangan salah faham dengan N3 nie, aku bukan budak politik... :)


WANITA MAKAN KATAK HIDUP – HIDUP

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

Anda mungkin merasa geli dan jijik jika mendapati katak masih hidup di atas pinggan anda. Di Jepun ianya perkara biasa, tetapi cara penyediaanya cukup sadis sekali.Katak dibelah perutnya hidup-hidup, dagingnya dipotong-potong sehingga paras dada lalu di hidang kepada pelanggan.


Dalam keadaan katak tercungap-cungap dan mengeletek kesakitan pelanggan akan mencelupkan kedalam air mendidih lalu di makan. Cukup sadis sekali…

"kalau wanita kat Malaysia memang tak lah nak makan bende nie, sebab bile nampak pon dah lari macam x cukup tanah"

Lihat videonya:- kalau geli jgn tengok nanti muntah plak!!!





FA:Sememangnya diketahui orang jepun nie kalau bab penyediaan makanan memang agak kejam, nak kekalkan kesegaran la katenye... Kesian pulak tengok katak tu :'(...

Bajet 2013 : Inti Pati Belanjawan 2013

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V

Intipati Bajet 2013

Lebih kurang jam 4 petang tadi, Yang amat berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia... telah membentangkan bajet 2013 di Parlimen... Ada raykat yang berpuas hati ade juga yang sebaliknya...

Brikut merupakan antara inti pati belanjawan tersebut:-

* Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
* KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
* Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
* Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.
* Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
* DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
* Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
* Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
* RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
* RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
* Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.
* Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.
* Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.
* Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.
* Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.
* Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin
dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.
* Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015
* Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015
* Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama
* Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip “nilai untuk wang”
* Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.
* Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.
* Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.
* Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai
* Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta
* Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.
* Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.
* Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.
* Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.
* Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.
SUMBER:bernama dan Mynews Hub
FA:Puas hati? kalau x puas hati buat negara sendiri, pastu buat bajet sendiri... Bukan senang nak puaskan hati semua orang...

Jumaat, 28 September 2012

Nafsu pelik

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V

Ditangkap Ketika Melakukan Seks Dengan Sofa



Wisconsin – Apabila nafsu menguasai diri, macam-macam perkara dilakukan oleh manusia. Walaupun perbuatannya itu merupakan perkara paling keji dan gila, namun ia tetap dilakukan hanya kerana nafsu yang bergelora.

Itu yang berlaku kepada seorang lelaki `gila’ Gerard Streator yang berusia 46 tahun.
Lelaki sakit jiwa ini dilihat melakukan seks dengan sebuah sofa buruk yang tinggalkan di tepi jalan.
Perbuatan kejinya itu dilihat oleh seorang pekerja sebuah hotel.
Menurut pekerja terbabit, ketika melalui jalan berkenaan, dia ternampak Gerard sedang membengkokkan badannya manakala seluarnya sudah ditanggalkan hingga ke paras buku lali.

“Kejadian itu berlaku pada pukul 11 malam selepas saya habis bertugas di sebuah hotel. Saya dapat menyaksikan dia sedang menggoyangkan punggungnya di sofa itu.

“Kejadian itu dapat dilihat dengan jelas kerana sofa itu berada di tepi jalan. Tiada orang berada di atas sofa buruk itu,’’ kata pekerja hotel tersebut.


Ketika Gerard sedang melakukan perbuatan itu, seorang pegawai polis yang kebetulan melalui jalan berkenaan, telah menjerit ke arahnya menyebabkan lelaki itu melarikan diri di sebalik apartment berhampiran.
Dia kemudiannya ditahan dan didakwa kerana melakukan kelucahan melampau.
Sabit kesalahan, Gerard boleh dihukum penjara sembilan bulan dan denda £7,000 fine.

sumber:MyNewsHub

FA:Dgn sofa pon nak jgak... ANEH!!! mungkin dia nampak sofa tu macam model kot...

Tips Cara Bezakan Ais Dari Air Masak Dan Air Mentah

Assalamualaikum dan selamat petang (^_^)V



Boleh di katakan setiap hari kita minum air mesti dengan ais kan? Lebih-lebih lagi kalau kita makan di luar. Pernah ke korang terfikir diorang buat ais ni dari air mentah atau air masak? Ni nak share cara nak bezakan ais dari air masak dan air mentah. Semoga tips ni bermanfaat untuk kita semua.


Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar.

Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.

SUMBER:Myberita

NGERI : KEMALANGAN YANG AMAT DASHYAT

Assalamualaikum dan selamat petang (^_^)V

ngeri (1)



Sebelum anda menonton video ini, ingin diingatkan, berhati-hatilah ketika anda memandu atau pun sedang menunggang motorsikal atau kenderaan lain.

Maut itu muncul tidak mengira masa, tempat atau pun hari.

Kalau tidak, bahaya dan nahas yang dapat! Lihat dibawah video kemalangan tersebut :-



FA:Ngeri gile... penunggang motosikal terpelangting... Ingat pandu berhati-hati kerana MALANG TIDAK BERBAU

Anjing Yang Setia Menunggu Walaupun Tuannya Sudah Meninggal

Asslamualaikum dan selamat petang (^_^)V

Sungguh mengharukan apabila menyaksikan kesetiaan binatang terhadap tuannya walaupun tuannya itu sudah tiada lagi di dunia ini. Menurut laporan, anjing ini tetap tidak berganjak dari kubur tuannya walaupun 7 hari tidak makan.


Tuan anjing ini, Lao Pan, meninggal dunia pada usia 68 tahun, tinggal seorang diri di sebuah kampung, iaitu Panjiatun di Wilayah Liaoning dengan anjing kesayangannya itu.

Selepas 7 hari, penduduk kampung yang simpati dan prihatin membawa makanan dan air untuk anjing itu. Mereka juga bercadang membina tempat berteduh untuk anjing itu.



Apabila ditanya mengapa tidak membawa anjing itu pulang ke rumah? Seorang penduduk kampung menjelaskan bahawa anjing itu tetap meluru ke tanah perkuburan dan menunggu kubur tuannya walaupun dibawa pulang ke rumahnya.
Sampai bila anjing itu akan setia menunggu kubur tuannya? Tiada siapa yang dapat memberikan jawapannya!

FA:Sememang diketahui bahawa anjing merupakaan seekor binatang yang sangat setia... Tapi kita sebagai orang melayu yang beragama islam x payahlah menggedik nak jaga binatang nie, walaupon ada sesetengah orang berpendapat tak salah nak jaga binatang nie...

Tips Dan Petua Putihkan Gigi -Dapatkan Gigi Putih Berseri

Assalamualaikum dan selamat petang (^_^)V

Senyuman nampak lebih menarik dan menawan bila nampak gigi yang putih berseri kan? Sudah tentu kita semua mahukan gigi yang putih berseri kan? Paling senang adalah dengan pergi ke klinik gigi dan buat proses pemutihan, tapi mesti mahal ratusan hingga ribuan ringgit kan? Ni nak share tips dan petua putihkan gigi dengan cara yang lebih mudah dan murah.. InsyaAllah akan berhasil.




1. Cara mudah untuk putihkan gigi ialah dengan menggunakan serbuk penaik atau juga di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT.

2. Sebelum gosok gigi seperti biasa, gosokkan gigi anda guna serbuk penaik terlebih dahulu.

3. Kemudian kumur dan gosok gigi seperti biasa.

4. Amalkan petua ini 3-4 kali seminggu. InsyaAllah akan dapat lihat hasilnya lepas sebulan.

Sumber:myberita

FA:kepada yang giginya agak-agak macam emas yang x berapa nak emas... cubalah tips ini bukan susah pon serbuk penaik je... 

Penduduk Panik Kampung Dilanda Tsunami Buih Sabun

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

Penduduk Panik Kampung Dilanda Tsunami Buih Sabun
-rupa 'tsumani buih'-


Guangdong – Penduduk di Xintang terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka dilanda tsunami buih-buih sabun setinggi 50 kaki.

Ia merebak dengan cepat menyebabkan penduduk terus panik.

Menurut pihak berkuasa, buih sabun itu dihasilkan apabila pencuci bukan toksid sisa basuhan penduduk tersebut telah dihanyutkan ke dalam sungai.

Keadaan menjadi buruk apabila berlaku hujan lebat.

“Penduduk berhak untuk berasa bimbang mengenai kejadian ini, namun ia tidak membahayakan.

“Sabun berkenaan menghasilkan buih yang amat banyak ketika ia melalui air terjun di sungai berhampiran,’’ katanya.


Buih berkenaan bagaimanapun hanya menyebabkan seekor dua ikan mati.

Sumber:MyNewsHub

FA:Aku ingatkan tsunami yang dari laut, rupenye dari sungai. Yang kat rumah tu ingat bila cuci baju pakai 'washing machine' jangan bubuh serbuk pencuci banyak-banyak kang jadi macam nie plak... 'Tsunami dalam rumah'

DICEKUP BERKHALWAT BERSAMA TEMAN LELAKI

Assalamualaikum dan selamat pagi(^_^)V

gadis ditangkap basah
Gadis ini yang sedang menjalani latihan amali 
di Pejabat Kesihatan Dungun ditangkap 
khalwat bersama teman lelakinya di sebuah 
rumah fl at dekat Bijangga.

|DUNGUN – Tindakan seorang penuntut kolej membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa setiap hujung minggu sehingga mendatangkan syak wasangka dalam kalangan jiran tetangga sehingga perbuatan tidak bermoral itu berjaya dihidu pihak berkuasa.

Susulan itu, satu serbuan dilakukan penguat kuasa syariah kira-kira jam 10.45 malam Ahad lalu, berjaya menahan sepasang kekasih yang berada berdua-duaan di sebuah rumah flat, dekat sini.

Ketika ditahan, gadis berusia 21 tahun yang sedang menuntut di salah sebuah kolej swasta itu difahamkan hanya berseluar pendek dan memakai baju singlet tanpa pakaian dalam.

Ketika serbuan, pasangan itu mengaku mempunyai hubungan sebagai sepupu, namun setelah disoal siasat kedua-duanya tidak mempunyai hubungan muhrim.

Gadis berasal dari Bukit Tunggal dikatakan sedang menjalani latihan amali di Pejabat Kesihatan Dungun, manakala teman lelakinya yang berasal dari Padang Nenas, Kuala Terengganu, kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan selepas diikat jamin oleh keluarga masing-masing.

Pasangan yang mengaku bakal mengikat tali pertunangan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun, 29 Oktober nanti atas dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sumber : Sinar KuraKura.my

FA:Jaga seorang anak Dara lebih susah daripada menjaga sekandang lembu...  

BILA PENZINA DIHUKUM TEMBAK DI KHALAYAK RAMAI

Assalamualaikumdan selamat pagi (^_^)V

penzina

Penzina Dihukum Tembak Dikhalayak Ramai di Yaman dimana Yehya Hussein al-Raghwah bekerja sebagai tukang gunting rambut telah didapati bersalah merogol dan kemudian membunuh budak lelaki berusia 11 tahun Hamdi al-Kabas yang datang ke kedai gunting rambut beliau untuk menggunting rambut untuk Hari Raya. Lihat lagi gambar dibawah :-

penzina dihukum

penzina 1

penzina 2

Tahu la apa jenis kaedah soal siasat polis menggunakan di Yaman, tetapi Yehya Hussein al-Raghwah mengaku untuk merogol dan membunuh budak berusia 11 tahun.
Saksikan gambar-gambar pelaksanaan ini di Yaman di bawah ini.
Saat – saat sebelum dirinya di bunuh , apakah yang bermain di fikiran orang ini?

Kalau korang nak tau di dunia ini terdapat 59 buah negara yang masih mengamalkan hukuman mati. Pelaksanaan pelaksanaan nineth Yehya Hussein al-Raghwah Yaman tahun ini, menjadikan mereka salah satu pengguna yang paling prolifik hukuman mati (menurut Amnesty International). Yaman tidak dikenali terutamanya untuk mempertahankan hak asasi manusia yang sama ada Yehya Hussein al-Raghwah menerima perbicaraan yang adil dipersoalkan.

Sumber : taotauajer.blogspot dan kurakura.my

FA:adakah hukum ini terlalu kejam? kalau kat Malaysia mungkin mungkin ya, tapi kalau kat sana hukum nie dianggap setimpal dengan jenayah yang mereka lakukan... Kalau kat Malaysia ade camni agak-agak ape jadi? sama-samalah kita bayangkan...

Khamis, 27 September 2012

Bajet 2013 – Bajet Rakyat Tersenyum

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V

Bajet 2013 - Bajet Rakyat Tersenyum

KUALA LUMPUR – Bajet 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok dijangka akan menjadi ‘Bajet Rakyat Tersenyum’.
Ini kerana, seperti beberapa bajet yang dibentangkan sebelum ini di bawah pentadbiran Najib, Bajet 2013 juga akan padat dengan pelbagai hadiah istimewa kepada rakyat.
Sumber memberitahu Mynewshub, antara yang mungkin diumumkan ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk kali kedua.
Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan lebih RM2 bilion untuk mengagihkan BR1M kepada 4.7 juta isi rumah.
Tahun ini, kerajaan Persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah bagi meringankan bebanan mereka menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat di negara ini.
Selain itu, sumber berkenaan memberitahu, bonus untuk kakitangan awam juga berkemungkinan akan turut diumumkan.
“Sekurang-kurangnya setengah bulan bonus mungkin ada, ini tambahan kepada setengah bulan yang sudah pun diberikan sebelum hari raya baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sumber kedua pula memberitahu, kerajaan dijangka akan mengurangkan cukai dan duti ke atas kenderaan dengan kuasa enjin (cc) yang rendah.
Selain itu, Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) akan menerima lonjakan yang amat menarik dengan peruntukan bagi projek berkenaan dijangka dipertingkatkan 5 kali ganda jumlahnya berbanding peruntukan dalam bajet sebelum ini.
“Kami dengar pihak PRIMA mohon peruntukan 1 bilion dan dijangka ia akan diluluskan,” katanya.
Sementara itu, kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut, Najib akan membentangkan bajet yang memfokuskan kepada usaha untuk mengekalkan memontum pertumbuhan ekonomi negara.
“Perdana Menteri Najib Razak akan membentangkan pelan kewangan kerajaan bagi tahun akan datang, dalam satu bajet yang bertujuan untuk memperkukuhkan pertumbuhan dan memastikan Malaysia berada di landasan kewangan yang bertanggungjawab,” kata kenyataan itu di sini hari ini.
Berucap di Parlimen, Perdana Menteri memberitahu akan mengumumkan polisi yang bertujuan untuk mengekalkan permintaan tempatan di samping memastikan semua rakyat Malaysia mengalami peningkatan dari segi mutu kehidupan.
Dalam pada itu, seorang jurucakap kerajaan berkata;
“Di sebalik ketidak-tentuan ekonomi global, langkah-langkah yang diambil kerajaan telah berjaya memastikan ekonomi Malaysia terus berkembang sedikit demi sedikit.
“Untuk meneruskan momentum itu, bajet esok akan terus melabur untuk masa depan jangka panjang – memperkukuhkan pertumbuhan, tetapi pada masa yang sama memperkuatkan komitmen kami ke arah tanggungjawab fiskal,” katanya. 
sumber:mynewshub
FA:"bajet rakyat tersenyum" kita tengok esok terseyum ke tak... kepada yang berkelampangan esok boleh la menonton  siaran lansung pembentangan ini, di TV3 jam 4 ptg...

tertelan tikus dalam sandwich?

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V

Wanita Tertelan Tikus Dalam Sandwic?
-comelnye minatang ni-

LONDON – Apabila seorang ibu dua anak menggigit sandwich ayam yang dicampur dengan bakon dan salad yang dibeli dari sebuah pasar raya Tesco, dia menelan sesuatu yang tidak dijangkanya.
Katie Crabtree terkejut mendapati binatang berbulu, seekor tikus, di dalam snek prabungkus yang dibelinya dari rangkaian pasaraya itu di Stockport.
Wanita berusia 31 tahun itu hanya ternampak ‘objek berbulu itu’ selepas memakan separuh daripadanya dengan menyangka ia bakon salai yang hangus.
“Saya menggigitnya dan melihat benda hitam di dalamnya. Saya menyangka ia bakon salai dan menelannya.
“Kemudian saya melihat sesuatu yang buruk dalam sandwich itu. Ia berwarna hitam dan berbulu. Saya juga melihat kakinya. Ia sungguh dahsyat,” katanya.
Katie berkata, penemuan mengejutkannya itu membuatnya tidak selesa.
“Saya tidak boleh lagi makan sandwic bungkus kerana ia akan mengingatkan saya kepada peristiwa itu,” katanya.
Dia menuduh pasar raya berkenaan tidak menghiraukannya selepas mengadu hal itu kepada pasar raya terbabit dan ibu pejabatnya.
“Saya menghubungi pasar raya berkenaan dan ibu pejabatnya tetapi tidak ada orang yang tahu mengenai kejadian itu,” katanya.
“Mereka akhirnya memberi saya baucar $10 (RM50).
“Saya berpendapat mereka tidak mempedulikan saya. Mereka sepatutnya menyiasat kejadian dan membuat tindakan selanjutnya,” kata Katie.
Tesco menghantar wanita itu surat permohonan maaf dan berkata, ia akan menyiasat, di samping menawarkan pampasan sebanyak $10 - DM
sumber:Mynewshub
FA:Pampasan RM50 jew... kalau kat Malaysia mau RM5k dia bagi, maklumlah kalau direport kat jabatan kesihatan bungkus kedai...

IPHONE 5 indah khabar dari rupa!!!

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V




LOS ANGELES 26 Sept. – Pelancaran iPhone 5 pada minggu lalu telah menjadi satu daripada yang terbesar dan paling berjaya dalam sejarah, tetapi itu tidak bermakna ia tidak mempunyai masalah.

Ramai pengguna yang telah membeli telefon pintar keluaran Apple itu mendakwa versi iPhone terbaru tersebut mempunyai banyak masalah.

Antara aduan yang dibuat adalah penyambungan wi-fi yang tidak berfungsi, keretakan pada bingkai aluminiumnya, selain laporan cuaca yang mengelirukan daripada pengaktifan suara aplikasi Siri serta laporan kelipan lampu dari tepi telefon itu.

Telefon pintar iPhone 5 turut dikatakan ‘bergetar’ ketika digoncang menyebabkan bateri cepat kehilangan kuasa dan beberapa pengguna lain berkata, mereka kehabisan bateri dalam tempoh hanya beberapa jam.

Pengguna turut memberi amaran, perkhidmatan penyimpanan iCloud yang dikendalikan Apple akan dikurangkan daripada 20 gigabait (GB) kepada 5 GB pada penghujung bulan ini, sekali gus membahayakan simpanan sokongan.

Aduan lain yang diterima termasuk aplikasi Maps baru Apple yang tidak lengkap, laman web Ars Technica yang menjengkelkan pengguna dan banyak sumber daripada forum yang menyokong Apple.

Ketika ini lima juta produk itu telah dihantar dalam tempoh pelancarannya pada hujung minggu lalu.

sumber:Myberita

FA:Bhahahaha... ingat barang 'branded' bagus sangat ke. Kepada pengguna-pengguna di Malaysia fikirlah sebelum nak beli gajet ini yang bakal berada di pasaran tak lama lagi...

RUMAH GOPINATH DISERANG KERANA HINA ISLAM

Asslamualaikum dan selamat petang (^_^)V

Mesti ade tertanya-tanye siapa Gopinath nie.... Gopinath nie ialah mamat India yang didakwa menghina Allah dan Rasullulah S.A.W.  

nak tau ceritanya klink link kat bawah

Terbaru rumah mamat nie khabarnya diserang 'pihak tertentu'... siapa tidak diketahui lagi

rumah gonipath
-keadaan rumah mamat nie-

Sebelum ni, mamat ni mendakwa laman Fecebook dia telah di “HACK” dan posting menghina Islam tu bukan dia yang buat.. Tapi setelah diselidik, mamat nie memang sejak awal lagi suka cari pasal..

Baca print screen di bawah utuk kepastian

rumah gonipath 2

rumah gonipath 3

Baca artikel penuh diSINI

sumber:KuraKura.My

FA:Aku harap masalah ini tidak berlarutan dan biarkan polis je yang selesaikan... Ye la bukan ape takut ade masalah perkauman nanti kan susah...

18 Perkara Yang Perempuan Inginkan Dari Lelaki

Assalamualaikum dan selamat petang (^_^)V

Apa 18 perkara yang wanita mahu daripada lelaki?... nak tahu baca kat bawah...




1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.

2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.

3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.

4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.

5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.

6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.

7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.

8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.

9. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.

10. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.

11. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.

12. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.

13. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?

14. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.

15. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.

16. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.

17. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.

18. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.

Jadi…itulah dia 18 perkara yang diinginkan oleh perempuan dari lelaki. Adakah anda mempunyai kelapan-lapan belas perkara ini? Jika ada, bagus dan tahniah kami ucapkan.

Tetapi jika tidak, cuba perbaiki diri anda dan berikan apa yang mereka mahukan dari anda. Mudah-mudahan kebaikan dan usaha yang anda lakukan kepada dirinya akan dapat mememlihara perhubungan anda berdua.

Sumber:Myberita.com





GEMPAR BAYI LAHIR DENGAN KAKI KAMBING DAN TIADA TENGKUK

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

pelik
-bayi tanpa tengkuk dan berkaki kambing-

Kejadian aneh apabila bayi lahir dengan kaki kambing dan tiada tengkuk tersiar dari berita terbaru dari Jigawa,utara barat Nigeria di mana seorang wanita didakwa telah melahirkan makhluk dibawah – bayi tanpa leher jelas dan dengan kaki kambingnya.

Menurut sumber cerita ini, wanita itu dikatakan telah mengeluh nasib beliau kerana ini adalah kali keempat dia melahirkan makhluk aneh seperti ini.

Ini mungkin musim kelahiran pelik dan kejadian yang sangat misteri dan saintifik, kita tidak mempunyai penjelasan bagi kejadian ini. Hanya Allah yang tahu atas apa yang berlaku dan apa yang di jadikan di dunia ini.

Sumber : taotauajer.blogspot, KURAKURA.MY





Jemaah Haji Jangan Bimbang Virus Misteri

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V





RIYADH – Kementerian Kesihatan Arab Saudi meminta jemaah haji supaya tidak bimbang berikutan penularan wabak misteri dipercayai dari kelompok Virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Sars) yang telah menjangkiti seorang lelaki di London, selepas berkunjung ke Arab Saudi, baru-baru ini.

Jurucakap kementerian, Khaled al-Mirghalani berkata, wabak itu tidak merebak sungguh pun mangsa itu kini berada di Qatar.

“Terdapat dua kes selesema serius dan kes ini adalah perkara biasa,“ katanya.

Beliau berkata, tiada perubahan syarat terhadap jemaah setakat ini, namun pihak berkuasa akan mengambil langkah waspada.

Kelmarin, Agensi Perlindungan Kesihatan Britain memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai sejenis virus sistem pernafasan yang menyerang seorang pesakit dari Qatar dan kini berada dalam keadaan serius.


Menurutnya, lelaki terbabit tenat selepas diserang koronavirus yang menyebabkan demam panas dan selesema yang mungkin berpunca daripada virus tersebut.

“Sampel diperoleh menunjukkan keadaan hampir serupa seperti dialami mangsa di Arab Saudi yang dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan virus misteri tersebut, awal tahun lalu.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu, pihaknya masih mengkaji kesan kes itu dan menasihatkan orang ramai supaya membatasi perjalanan mereka.

Sars pertama kali dikesan di wilayah Guangdong, China pada 2002 dan setahun selepas itu 8,000 mangsa dijangkiti di seluruh dunia dengan 800 dilaporkan maut. 

Sumber:Myberita

FA:Semoga Allah melindungi jemaah-jemaah Haji yang berada di Mekkah -AMIN

VIDEO IKLAN ANTI ROKOK THAILAND DIIKTIRAF TERBAIK DI DUNIA

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V


Apakah perasaan anda apabila seorang kanak-kanak berusia 5 tahun datang kepada anda dan bertanya anda “abang ada lighter tak?”, sambil tangannya memegang sepuntung rokok? Dan anda pula ketika itu sedang menghembuskan asap rokok berkepul-kepul ke udara. Apakah yang akan anda katakan kepada kanak-kanak itu? Menasihatinya?



Itulah mesej yang cuba disampaikan oleh iklan di bawah ini. Begitu terkesan di hati en. Billy, walaupun en Billy bukan seorang perokok.Lihat dibawah videonya :-


Tayangan video yang berjudul bebas, Kid ini dibuat Oleh Yayasan Promosi Kesihatan Thailand. Ia mendapat pujian pelbagai pihak dan diiktiraf sebagai iklan antirokok terbaik didunia.

Sumber:billyinfo.blogspot dan KURAKURA.MY

FA:Semamangnya orang Thailand memang pandai membuat iklan yang menyentuh perasaan... Aku yang bukan perokok (buat masa sekarang ) pon boleh insaf... Anda bila lagi????

iklan sedih... sentuhan terakhir

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V

Di malam yang indah ini, aku nak share satu video yang hampir membuatkan aku menangis... :'(
bagi yang 'sentimental' sediakan tisu untuk lap air mata...


Rabu, 26 September 2012

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Hina Islam Dalam Facebook

Assalamualaikum dan selamat Malam (^_^)V

Semalam aku ade buat N3 pasal seorang lelaki yang menghina Allah dan Rasullulah S.A.W. klau nak baca klik SINI

Hari nie polis telah menahan lelaki terbabit... 

KLANG – Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang.
Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi.
“Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di Klang hari ini.
Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini.
Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang membuat laporan polis berhubung komen tersebut.
SUMBER:MYNEWSHUB.MY DAN BERNAMA
FA:Sepandai-pandai tupai melompat pandai lagi aku melompat... Jika mamat nie betul2 bersalah biar undang-undang yang menghukumnya... 

Dipenjara 20 Tahun Padah Campak Anak

Assalamualaikum dan selamat petang (^_^)V

IPOH: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah mendera dan mencampak anak lelakinya ke dinding rumah hingga menyebabkan mangsa mati, empat tahun lalu.
Tertuduh, Kamalruddin Mohamed Ghani, 31, berasal dari Kamunting, Taiping, mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Rizaudin, tiga tahun.
Kamalruddin didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di No. 345, Kampung Baru Sambungan, Kamunting, Taiping, pada kira-kira jam 5 petang antara 1 hingga 2 November 2008.

sekadar hiasan
Berdasarkan fakta kes, Kamalruddin didapati mengangkat dan membaling anaknya itu ke dinding rumah berulang kali termasuk memukul anaknya itu dengan menggunakan rotan.
Tindakan itu menyebabkan mangsa pengsan sebelum disahkan meninggal dunia apabila dibawa ke Hospital Taiping (HT).
Laporan bedah siasat menunjukkan tubuh mangsa dipenuhi beberapa kesan lebam lama dan baru di muka, badan dan kaki akibat dipukul selain kesan lecur pada kedua-dua tapak tangan dan kaki.
SUMBER:MyBERITA
FA:Ini baru hukum kat dunia, belum hukum Allah kat akhirat nanti... semoga dia bertaubat :) 

Apa Dah Berlaku Di Lawas, Sarawak Ni???

Assalamualaikum dan selamat petang (^_^)V

Apa berlaku di lawas Serawak? aku pon tak tau, nak tau baca artikel kat bawah ni...

Apa Dah Berlaku Di Lawas, Sarawak Ni???

Kita sangat terkejut dengan kekecohan yang berlaku di Lawas, Sarawak.
Beberapa keping gambar yang diterima ini menunjukkan satu situasi yang tidak patut berlaku di negara kita yang tercinta.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) layak diberi pujian kerana segera mengawal keadaan namun rasanya masih banyak yang perlu mereka lakukan bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang.
Kekecohan dikatakan bermula apabila seorang pemuda Edwin Singa Pelipus, 19, telah dibunuh dengan kejam mengunakan objek pemutar skru hingga menembusi salah satu lubang telinganya kemudian dilanggar dan dibunuh pada Sabtu lalu
Difahamkan, kes bunuh ini ada kaitan dengan dadah.
Motif pembunuhan masih lagi dalam siasatan dan menurut beberapa sumber menyatakan pembunuh adalah lebih dari seorang dan 11 suspek kini ditahan pihak polis Lawas bagi membantu siasatan.
Kejadian ini merupakan kejadian pergaduhan paling serius berlaku di daerah Lawas setakat ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung mengingatkan penduduk di daerah Lawas termasuk anggota polis dan ketua masyarakat agar mengambil peranan masing-masing bagi memastikan tidak timbul insiden tegang berikutan kes pembunuhan kejam agar tidak lalai dengan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan keamanan dan keselamatan terus terjamin di daerah Lawas.
Satu mesyuarat diadakan bersama ketua masyarakat Lawas bagi membincangkan aspek ketenteraman di daerah Lawas.
Sumber:Mynewshub.my