Selasa, 25 September 2012

Biadap!!! Lagi Penghinaan Ke Atas Allah Dan Rasulullah SAW! @PDRMsia Tolong Siasat!

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V

Mamat kat bawah nie betol-betol biadap... rasenye macam nak belasah je dia nie... Rasanya dia nie bukan Agama Islam kot, Sebeb namanya ala2 nama orang India... Baca Lagi artikel kat bawah... #please jangan tumbok screen laptop atau pc anda


Biadap!!! Lagi Penghinaan Ke Atas Allah Dan Rasulullah SAW! @PDRMsia Tolong Siasat!

Apabila undang-undang sedia ada dipinda menjadi “lembut”dan terlalu mengambil hati untuk kepentingan undi semasa pilihanraya, apabila penguatkuasaan menjadi longgar, apabila penghakiman asyik kalah disebabkan Pendakwaraya lembik dan apabila Menteri Amaran lebih mengutamakan “Public Relation” dan bergaya seperti artis dengan peminat, maka inilah jadinya. Penghinaan demi penghinaan terhadap Allah dan Nabi Muhammad SAW dibuat secara terbuka, terang-terangan tanpa sebarang perasaan takut kepada undang-undang.
Gambar di atas sudah tersebar luas di laman sosial Facebook. Diharap pihak Polis Di Raja Malaysia dan SKMM hendaklah menyiasat secara terperinci dan membawa anak muda di atas ke muka pengadilan. Sampai bila Umat Islam ingin dicerca. Apakah perlu menunggu sehingga berlaku pertumpahan darah barulah tindakan drastik akan diambil?
SUMBER:MYnewsHub.com
FA:dia nie kalau tak boleh nak respect agama Islam lebih baik jangan duduk kat Malaysia baik berambus je la...  MOOD:marah

INFO PENTING : 10 RAMUAN BAHAYA MEE SEGERA

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V

Memang tidak dinafikan, ramai yang dah tahu keburukan memakan mee segera tapi mee segera tetap menjadi pilihan kerana harganya yang murah, mudah untuk menyediakan, dan rasanya yang agak enak. Bagi mereka mee segera tidak bagus untuk kesihatan kerana banyak bahan perasa.


Sebenarnya lebih dari itu, bukan sekadar bahan perasa dan antaranya:
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.


Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya.

Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

10 Ramuan Bahaya Dalam Mi Segera

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.

Jadi kurangkanlah makan mee segera, walaupun murah dan menjimatkan ianya membahayakan kesihatan. Malah, lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas.

SUMBER:UTUSAN DAN KURA-KURA.MY

FA:Lepas baca N3 nie  korang nak makan mie segera lagi x? bagi aku nak makan, makan je la tapi janganlah jadikan amalan setakat sekali seminggu x pun makan time mengidam je...

Khabar Angin Malique Too Phat Meninggal Dunia PALSU

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V

Malique Too Phat Meninggal Dunia PALSU

Ternyata teknologi yang moden di zaman sekarang ini telah mematikan banyak selebriti Malaysia.
Sebentar tadi, telah tersebar menerusi Twitter dan BBBM khabar Malique Too Phat meninggal dunia.
Namun berita kematian Malique Too Phat ini adalah palsu.
Dan menurut Twitter MalaysianHipHop, Malique Too Phat juga tidak menderita sakit kanser otak seperti yang diperkatakan oleh ramai orang.
Malique sihat walafiat tanpa sebarang masalah kesihatan.
Semoga penyebaran berita palsu ini dapat dihentikan.
Sama-samalah kita doakan agar Malique dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk terus memberi karya yang hebat.

SUMBER:MyNEWSHub.MY
FA:kes-kes macam nie memang dah banyak berlaku, macam-macam lah orang sekarang nie sampai hal kematian nak dipermainkan... Ingat sebelum retweet selidik dahulu...

Alahai Artis malaysia

Assalamualaikum dan selamat petang (^_^)V

-dalam drama-

-realiti-

P/S:Aku bukannya nak kutuk dia, sebab dulu pon aku suka tegok dia berlakon dalam cerita Puteri 'jom kita enjoy'... Inikah yang kita nak ikut...?

2 Wanita Islam Kongsi Bilik Dengan Jantan Afrika

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

'2 wanita islam kongsi bilik dengan jantan Afrika' Astagfirullah'hal azim!!!... mane perginya harga diri mereka, sampai mereka sanggup menggadai maruah ketangan lelaki Afrika ini... Aku nie bukannya baik sangat masih lagi sesat dalam mencari Jalan yang lurus ke Syurga Allah S.W.T.... Tapi aku tahu membezakan yang mana baik dan buruk yang mana pahala dan dosa... kalau korang nak kate aku nie munafik ke, ape ke... aku x kesah yang penting Allah tahu ape yang aku buat...

Jadikanlah video ini sebagai pengajaran...



sumber:MynewsHub.com

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaukum dan selamat pagi (^_^)V


Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
.
.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
.

وسلام

sumber:shafiqolbu

jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai solat-solat sunat dan isu yang berkaitan islam klik shafiqolbu

Lisa Surihani Amalkan 'Diet Dukan' Seperti Kate Middleton

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V


Pelakon popular Lisa Surihani khabarnya mahu mengamalkan 'Diet Ducan' seperti yang diamalkan kebanyakan wanita perancis dan juga Kate Middleton isteri putera williams, selepas berat badannya naik 4 kilogram dari berat badan yang ideal...

Bace artikel penuh di MstarOnline

sedikit informasi mengenai Diet Dukan...
Diet Dukan berasaskan sekitar makan makanan yang tinggi protein manakala teruk menghadkan semua karbohidrat termasuk buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, kekacang dan bijirin penuh. Tidak seperti diet Atkins penekanan adalah kepada sumber-sumber protein yang rendah lemak seperti ikan, ayam dan produk tenusu lemak dikurangkan.

P/S:artis mestilah jaga badan kalau x jage badan x der sape nak bagi job... tapi kalu dia dok umah j pon dah boleh goyang kaki, Sebab suaminye dah kaye....



Hayman ada memori luar biasa

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

HAYMAN sedari kelebihan ketika berusia 14 tahun.

Seorang pemuda berusia 20tahun bernama Hyman memiliki kemampuan mengingati dengan tepat apa saja sepanjang tempoh sedekad lalu. Menghidap hyperthymesia, Hayman boleh menceritakan apa yang dilakukannya, dipakai, dimakan serta berita serta setiap sesuatu yang dialaminya tanpa masalah walaupun ia berlaku lama dulu. Ketika orang normal hanya mampu mengingati tidak lebih daripada 11 peristiwa dalam setiap tahun, Hayman pula sebaliknya.

Menurut statistik hanya 20 orang shaja menghidap penyakit Hyperthymesia di dunia...
baca artikel penuh di sini... sumber berita HmetroOnline

sedikit info mengenai penyakit hyperthymesia

Hyperthymesia, juga dikenali sebagai piking atau sindrom hyperthymestic adalah suatu keadaan di mana seseorang individu memiliki memori autobiografi unggul, bermakna dia boleh ingat majoriti pengalaman peribadi dan peristiwa dalam hidupnya. Istilah "hyperthymesia" berasal dari perkataan Greek "thymesis, mengingat" makna "," dan "hyper," bermaksud "berlebihan."
Seperti yang pertama yang diterangkan dalam artikel 2006 Neurocase oleh Elizabeth Parker, Larry Cahill, Dr Paul Tejera, dan James McGaugh, dua orang menentukan ciri-ciri hyperthymesia "1) orang yang membelanjakan satu jumlah yang luar biasa besar pemikiran masa tentang masa lampau peribadi beliau , dan 2) orang yang mempunyai kapasiti luar biasa untuk menarik balik peristiwa tertentu dari masa lalu beliau peribadi ". 

sumber:wikipedia

P/S:Kita nak ingat apa yang terjadi semalam pon belum tentu boleh inikan pula nak ingat yang sepuluh tahun lepas... :)