Ahad, 16 September 2012

zaman jahiliah ke nie?

Assalamualaikum, dan selamat malam (^_^)v

kes buang bayi nie bukanlah isu baru dalam kalangan rakyat Malaysia... hampir setiap hari ade sahaja kes buang bayi, yang lebih menyedihkan apabila ada yang dibuang dari tingkat 3 pangsapurilah, buang kat sungai lahdan macam lagi... kalau bayi nie hidup x per nie meninggal... mane perginya sifat kemanusiaan kita... Adakah kita mahu kembali ke zaman Jahiliah... kalau ye pon xnk bagilah kat babycare... 

-gambar hiasan-

the best car I ever seen

Assalamualaikum dan selmat malam (^_^)v

N3 malam nie aku nak cite pasal sebijik kereta yang aku rase sangat hebat... nak tahu sebab ape hebat, Korang tengok video kat bawah...Hebat kan!!! kete sport FERRARI pon x der macam nie... aku rase ini kereta pertama yang boleh buat macam nie... kerete ini aku rase sesuai untuk orang pompuan, orang laki pon boleh!!!




For More information about this car click HERE

Bila Islam x serupa islam!!!

Assalamualaikum da selamat malam!!! (^_^)v

Hari tu mase aku balek2 kat wall Fb aku aku terjumpa seseorang post gambar x silap aku dari #TWITTER dalam gambar tu(print screen) menunjukkan seorang budak #tweet yang menunujukkan dia nie lebih Hina daripada orang yang buat cerita   INNOCENCE OF MUSLIM.... Pasal ape aku cakap begitu sebab budak nie aku rase dia islam sebab dia tahu sedikit sejarah RASULLULAH S.A.W, kalau yang buat cite innocence of muslim tu dia memang sah2 bkn islam... KALAU YANG ISLAM PON BOLEH HINA AGAMA SENDIRI INIKAN PULA YANG BUKAN ISLAM....


"Aku harap dia sempat bertaubat sebelum menemuiNYA..."

Nak balas dendam ke ape?

Assalamualaikum dan selamt pagi... (^_^)v


Selepas kecoh insiden pijak dan tunjuk punggung kat gambar PM yang sudah reda... Timbul pulak isu pijak dan kencing gambar musyidul am pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng... Kejadian yang berlaku di Kula Lipis telah mencetuskan satu lagi kotroversi dalam negara... Namun tangkapan sudah pun dilakukan keatas mereka yang terlibat dan siasatan sedang dijalankan....

"kalau dah x suke tu dah la!!! x payahla nak pijak dan kencing bagai, macam x der akal je serupa binatang"

Baca artikelnye di SINI


Bila 'ustaz' hilang pedoman...

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)v

Tadi aku terbaca satu artikel yang sangat memeranjatkan... KEJAM!!! seorang ustaz ratah dua orang murid sekolah rendah... Astagfirullah, bila orang yang disangka baik... melalukan perbuatan yang sunnguh keji,

kalau seorang ustaz yang arif bab agama pon boleh tunduk kepada Syaitan inikan pula  orang macam aku yang masih mencari keredaan Allah...!!! aku xnk komen lebih2 sebab aku pon bukan baik sangat... 

Kalau nak bace artikelnye klik SINI!!! 

"YA ALLAH LINDUNGILAH AKU DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAM"

Hos Mhi dan dj radio HOt fm akan bertukar tempat?

Assalamulalaikum dan selamat pagi... (^_^)v

Pada 18 SEPTEMBER (8pagi) ini, hos MHI (Ally Iskandar dan Nurul Syuhada) bakal bertukan tempat dengan Dj  radio HOT fm (FBI, Fara Fauzana Dan AG).... dalam cabaran Misi Tawan... Bolehkah mereka melakukannya? Tunggu dan lihat!!!


PETALING JAYA: Hos program Malaysia Hari Ini (MHI) dan penyampai radio Hot FM Am Krew akan bertukar tempat dalam satu cabaran Misi Tawan pada 18 September, Selasa pada pukul 8 pagi.
Menurut satu kenyataan daripada pihak pengurusan TV3, pengacara dan penyampai radio yang bakal terlibat dalam misi tersebut adalah Faizal Ismail, Farah Fauzana dan AG daripada Hot FM akan menjadi pengacara di MHI manakala Ally Iskandar, Nurul Syuhada dan Nurul akan berceloteh di konti radio.
"Penyampai radio daripada Hot FM akan mengacarakan segmen temubual secara langsung di MHI manakala pengacara MHI akan berceloteh di konti Hot FM Am Krew melayan karenah peminat dan memutarkan lagu," kata kenyataan itu.
Misi Tawan itu juga turut mendapat sambutan daripada peminat apabila mendapat 7,000 sokongan di Facebook selain idea dan pendapat daripada mereka.
"Idea ini timbul selepas ingin menghangatkan lagi suasana MHI dan Hot FM AM Krew dan membuktikan kepada pendengar dan penonton bahawa mereka ini sangat santai dan berkebolehan mengendalikan program televisyen dan radio.
SUMBER:Mstar online

AS berjaga-jaga....

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)v

Hahaha~ pasti ade yang cakap padan muke tatkala membaca entri nie... Artikel nie aku baca di Maetro Ahad online... Renteten daripada Penyebaran filem anti islam yang menghina nabi Muhammad S.A.W.(innocence of muslims) AS kini lebih berjaga selepas dua anggota AS terbunuh dalam serangan di Afghanistan... Baca Selanjutnya di SINI...

"Lain kali klau nak terbitkan filem pikir sejuta kali, kalau dah jadi macam nie kan susah, Sarang tebuan jangan dijolok... orang islam memang orang yang penyabar tapi kesabaran itu ade hadnye  !!! siapa yang boleh sabar kalau pemimpin yang disanjung dihina"



Alyah nafi akan lumpuh...


Assalamualikum dan selamt pagi (^_^)v
Ingat tak? x silap aku 2 hari lepas, aku ade buat entri pasal artis nie yang masuk hospital gara-gara lampu pertas jatuh menimpanye, untuk selanjutnye baca nie, Hari nie plak aku baca kat KOSMO online... pegurusnya menafikan  bahawa artis ini akan lumpuh... "kesian betullah kat dia nie hari baru wat operation pasal sakit dia, sekarangg masuk Hospital lagi... Ape2 pon kita doakan je lah yang terbaik untuk kesihatan dia"

PETALING JAYA - Pengurus kepada Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan menafikan desas-desus kononnya penyanyi itu bakal lumpuh akibat ditimpa lampu tumpu kelmarin.
Syuib Ismail berkata, ini kerana ujian X-ray ke atas penyanyi itu semasa menjalani rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara di sini mendapati tulang belakang penyanyi berusia 31 tahun itu tidak cedera.
"Jadual nyanyian Alyah juga tidak terganggu kerana doktor mengesahkan keadaannya semakin pulih dan dia dibenarkan keluar dari hospital dalam masa beberapa hari lagi," katanya kepada Kosmo! Ahaddi hospital berkenaan semalam.

Gelaran Mat Rempit perlu dijenama semula

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)v

Pagi2 nie aku nak share pasal berita semasa yang aku bace kat Metro Ahad online, artikelnye bertajuk penjenaamaan semula gelaran 'Mat Rempit'... Macam-macamlah sekarang nie... baguslah kalau diorang nak wat penjenaam semula kat jenama 'Mat Rempit' nie, maklumlah asal dengar perkataan mat rempit mesti orang kate diorang jahat... Xkanlah semua Mat rempit nie jahat, yang jahat tu sikit je yang baik ramai...!!! memandai je aku nie...!!! ape salahnye berbaik sangka kan kan kan...

-sekadar gambar hiasan-

KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal atau Mat Rempit di kalangan golongan muda perlu dijenama semula selepas sekian lama disalah anggap oleh segelintir pihak.
Ini berikutan golongan berkenaan memiliki semangat, aspirasi, kemahuan dan keistimewaan tersendiri yang sepatutnya menjadi rakyat Malaysia yang boleh dibanggakan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, generasi muda pelapis masa depan dan harus dididik dan dibimbing supaya menjadi pemimpin pada masa akan datang.
Menurutnya, penubuhan persatuan seperti Rempit United (RU) satu inisiatif yang dialu-alukan dan sebuah persatuan yang mewakili 239,000 penunggang motosikal adalah satu kekuatan.

“Kerajaan dan rakyat mengiktiraf pembabitan anak muda menyumbang tenaga dengan kerajaan untuk membantu memajukan negara. Kita mahu mereka bukan saja sebagai pemerhati, tetapi menjadi ‘pemain’ dalam proses pembangunan negara.

“Pendaftaran RU sebagai ahli Koperasi Belia 1 Malaysia (KOB1M) satu langkah bijak. Saya secara peribadi dan kerajaan akan memberi sokongan penuh kepada anak muda yang ingin melakukan perubahan, bersama-sama memainkan peranan membantu memajukan negara,” katanya.
Beliau berkata, tidak sepatutnya orang kita memberi alasan tiada pekerjaan, sedangkan ramai rakyat Indonesia dan Bangladesh datang ke sini untuk mencari rezeki.

“Hampir tiga juta masyarakat dari negara luar mencari rezeki di sini, kenapa kata tiada kerja tetapi (kita perlu) sanggup cari kerja, menyara diri dan keluarga,” katanya ketika menghadiri majlis rumah terbuka anjuran RU di Jalan Sultan Ismail, di sini, semalam. Majlis dihadiri lebih 5,000 penunggang motosikal dan orang awam.
Presiden Rempit United, Wazi Abdul Hamid yang juga bekas jaguh lumba motosikal negara berkata, RU sebuah pertubuhan yang komited untuk menyemai nilai aspirasi tinggi di dalam budaya rempit.

“Tidak adil jika kita melabel semua Mat Rempit sebagai penjenayah, sedangkan kebanyakan mereka hanya anak muda yang ingin berseronok dan berekreasi.

“Ingin saya tegaskan diri sini, Mat Rempit bukan penjenayah. Penjenayah tetap penjenayah, tidak kira rempit atau tidak. Ahli RU harus menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa,” katanya.

Wazi menyerahkan petisyen kepada Presiden KOB1M, Mohd Eddy Casmady Che Husin sebagai tanda RU mendaftar dan menjadi ahli KOB1M sebagai langkah menyahut seruan kerajaan membentuk masyarakat berkoperasi dan bermutu.

betul ke ape aku buat?

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)v

Hmm~ dah pagi dah kan... Ape pon nie aku nak cite sikit... aku tau korang bukan nak dengar pon...
tapi aku tetap nak cite jgak...

Citenye aku dh 4hari x makan nasi AWESOME kan? Osem k x makan nasi? ntah la... Sebenarnye aku nak cube la x nak makan nasi sehari (lame2 sonok plak)... Aku tukar menu harian aku, sarapan x yah ambek (mmg selalu pon aku x ambek sarapan sejak Form3) lunch makan epal, dinner makan nestum + oat ngan epal skali itu pon sebelum azan isyak lepas azan aku stop... Hari pertama perut aku x leh terima dia meragam... tapi sekejap j... Akhirnya bertahanlah sampai sekarang....

Aku tak tau sampai bile 'eksperimen' bodoh aku nie boleh bertahan... Aku harap dapatlah tahan sampai seminggu, itu pon sekarang mak aku dah mula membebel suh aku makan nasi sebab dulu akulah yang paling berselera time makan...

ADAKAH BETUL APE YANG AKU BUAT???

selamt hari Malaysia

Assalamualaikum... dan Selamat Malam (^_^)v

Hari ini merupakan 16 september, Apa istemewanya ngan hari nie? Setiap tahun pada tanggal ini Negara kita iaitu Malaysia akan menyambut 'Hari Malaysia'... Apa itu Hari Malaysia? Hari Malaysia ialah hari sempena memperingati peristiwa nama Malaysia digunakan secara rasmi bagi menggantikan nama Tanah Melayu... 

Asal-usul nama Malaysia (sumber Wikipedia )

Nama Malaysia diguna pakaikan pada tahun 1963 apabila negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu serta SingapuraBorneo Utara (Sabah) dan Sarawak membentuk persekutuan baru.[6] Sebelum ini nama Malaysia juga pernah digunakan untuk memaksudkan beberapa kawasan di Asia Tenggara dengan sewenang-wenangnya. Sehelai peta yang diterbitkan diChicago pada tahun 1914 tertera perkataan Malaysia yang memaksudkan beberapa wilayah tertentu di dalam Kepulauan Melayu.[20] Bahagian semenanjung memakai namaPersekutuan Tanah Melayu hingga tahun 1963, sewaktu pergabungannya dengan wilayah-wilayah SabahSarawak dan Singapura.[21] Para ahli politik di Filipina pernah bercadang agar negara mereka diberi nama "Malaysia", tetapi tidak sempat berbuat demikian apabila Malaysia merampas nama itu.[22] Ketika itu, nama-nama lain juga dipertimbangkan, antaranya Langkasuka, sempena kerajaan purba yang terletak di kawasan utaraSemenanjung Tanah Melayu pada alaf pertama Masihi.[23]
Perkataan Melayu berasal daripada perkataan malaiur atau malayadvipa dalam bahasa Sanskrit yang mungkin membawa erti "tanah bergunung"; perkataan tersebut digunakan oleh para saudagar India sebagai gelaran untuk Semenanjung Tanah Melayu.[24][25][26][27][28]
Pada tahun 1850, seorang ahli etnologi Inggeris, George Samuel Windsor Earl mencadangkan agar kepulauan Indonesia dinamakanMelayunesia atau Indunesia ketika mengarang Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia (Jurnal Kepulauan Hindia dan Asia Timur). Beliau menggemari Melayunesia[29] demi kemudahan pihak kolonial. Berikutan ekspedisinya di Oceania pada tahun 1826, pelayar PerancisJules Dumont d'Urville mencipta istilah MalaysiaMicronesia dan Melanesia untuk membezakan budaya dan gugusan kepulauan Pasifik daripada istilah Polynesia yang sedia ada. Pada tahun 1831, beliau mengusulkan istilah-istilahnya kepadaSociété de Géographie (Persatuan Geografi). Dumont d'Urville menyifatkan Malaysia sebagai "kawasan yang lebih dikenali sebagaiHindia Timur".[30] Ketika itu, adalah dipercayai bahawa kesemua penduduk kawasan berkenaan boleh dipanggil "orang Melayu" sama sekali, selaras dengan konsep kaum Melayu ketika itu, yang bertentangan dengan takrifan masa kini yang memerikan "Melayu" sebagai kelompok etnik yang seragam budayanya, bertutur bahasa Melayu dan tinggal di pantai timur SumateraKepulauan Riau,Semenanjung Tanah Melayu dan pesisiran pulau Borneo. Istilah "Dunia Melayu" pula digunakan sebagai gelaran kepada keempat-empat kawasan tersebut pada keseluruhannya[31] iaitu bersinonim dengan Nusantara.
"semoga keamana yang dikecapi oleh Malaysia akan terus berkekalan selamanya," SELAMAT HARI MALAYSIA