Ahad, 16 September 2012

Hos Mhi dan dj radio HOt fm akan bertukar tempat?

Assalamulalaikum dan selamat pagi... (^_^)v

Pada 18 SEPTEMBER (8pagi) ini, hos MHI (Ally Iskandar dan Nurul Syuhada) bakal bertukan tempat dengan Dj  radio HOT fm (FBI, Fara Fauzana Dan AG).... dalam cabaran Misi Tawan... Bolehkah mereka melakukannya? Tunggu dan lihat!!!


PETALING JAYA: Hos program Malaysia Hari Ini (MHI) dan penyampai radio Hot FM Am Krew akan bertukar tempat dalam satu cabaran Misi Tawan pada 18 September, Selasa pada pukul 8 pagi.
Menurut satu kenyataan daripada pihak pengurusan TV3, pengacara dan penyampai radio yang bakal terlibat dalam misi tersebut adalah Faizal Ismail, Farah Fauzana dan AG daripada Hot FM akan menjadi pengacara di MHI manakala Ally Iskandar, Nurul Syuhada dan Nurul akan berceloteh di konti radio.
"Penyampai radio daripada Hot FM akan mengacarakan segmen temubual secara langsung di MHI manakala pengacara MHI akan berceloteh di konti Hot FM Am Krew melayan karenah peminat dan memutarkan lagu," kata kenyataan itu.
Misi Tawan itu juga turut mendapat sambutan daripada peminat apabila mendapat 7,000 sokongan di Facebook selain idea dan pendapat daripada mereka.
"Idea ini timbul selepas ingin menghangatkan lagi suasana MHI dan Hot FM AM Krew dan membuktikan kepada pendengar dan penonton bahawa mereka ini sangat santai dan berkebolehan mengendalikan program televisyen dan radio.
SUMBER:Mstar online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan