Sabtu, 22 September 2012

RITA RUDAINI TERIMA MESEJ UGUTAN DAN TIDAK MAHU JUMPA AYU RAUDHAH

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V

rita-rudaini



HOT : RITA RUDAINI TERIMA MESEJ UGUTAN DAN TIDAK MAHU JUMPA AYU RAUDHAH | Pegaduhan diorang ni ntah masuk round keberapa dah…Entah bila la nak tamat kisah ‘perang’ antara Rita Rudaini dan Ayu Raudhah ni. Ketika Ayu Raudhah luahkan keinginan untuk berjumpa, Rita pulak sudah tawar hati.

Ekoran tulisan beliau di Twitter, Rita Rudaini mendakwa beliau telah menerima SMS ugutan yang mengatakan beliau busuk hati dan ingin meraih simpati orang ramai.

“Siapa yang kacau siapa sebenarnya? Saya bukannya robot dan biarlah masa yang menentukan segalanya, Allah tidak akan tutup keburukan terlalu lama,” ujar Rita Rudaini.

Ketika ditanya wartawan Kosmo! tentang keinginan Ayu Raudhah untuk bersua muka, Rita Rudaini berkata ianya tiada guna dan sudah terlambat dalam situasi sekarang ini.

“Buat apa berjumpa, sudah terlambat dan saya sudah tidak ada ayat untuk bercakap dengan mereka. Sekarang kami sudah tidak ada kaitan langsung,” ujar beliau tegas.

Dalam satu temubual berasingan bersama Harian Metro, Rita Rudaini mendakwa yang Ayu Raudhah & Zaquan Adha pernah menyamakan dirinya dengan anjing.

P/S:-Ntahlah…Dulu mase kawen kenapa tak pikir semua ni….Sudah-sudahlah mengaibkan pasangan masing2,makin bercakap,makin banyak benda buruk yang keluar..yang suami dua orang ni plak, macam dah takda peranan sebagai suami…

Sumber : KURAKURA.MY

"Aku berharap mereka akan berbaik semula, bukan ape tak baik gaduh-gaduh..."

Layan kartun

Assalamualaikum dan  selamat petang (^_^)v

Tadi lepas solat zuhur aku g la makan lepas makan aku x tau nak wat pe.... Nak layan FB fuhh~ x der yg best, nak update blog x der idea... Nak tgok TV cerita x der yg best... So aku bukak YouTube tgok la cite kat bawah nie... Best ke x? kire ok la daripada tgok cite industan... 



Udang Kara Tiga Penyepit?

Assalamualaikum dan selamat petang (^_^)V

 ENDACOTT bersama Claws



LONDON: Seekor udang kara menarik perhatian ramai apabila ia mempunyai tiga penyepit, lapor media semalam.
Udang itu kini dipamerkan di sebuah restoran di restoran Jacksons, Newton Abbot, selepas ditangkap baru-baru ini. 
Udang seberat 1.4 kilogram itu diberi nama Claws kerana keunikan penyepit ketiga itu.

Pengarah restoran Jacksons, Matthew Endacott, berkata sepanjang tempoh 20 tahun berkecimpung dalam bisnes itu, dia tidak pernah bertemu udang sebegitu.

“Apabila keunikan Claws tersebar, semakin ramai orang datang ke sini, terutama kanak-kanak,” katanya.

Endacott berkata, walaupun unik, Claws akan dijual.

“Claws akan dijual dan dimakan. Nampaknya pembeli Claws akan mendapat daging penyepit tambahan,” katanya. - DM

Sumber;HmetroOnline

"sekarang nie dah macam-macam haiwan pelik ditemui seperti kucing mata satu, itu la ini la dan macam2 lagi la... namun semua ni Kuasa Allah... siapalah kita untuk menilainya"





Erma Fatimah Jawab Kontroversi Babak Drama Kau Yang Terindah

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V




Erma Fatima Jawab Kontroversi Babak Drama Kau Yang Terindah | Drama hebat lakonan Nazim Othman dan Neelofa ini sememangnya menjadi ikutan ramai. Namun episod akhir drama ini telah menimbulkan persoalan apabila ada babak berpegangan tangan dan tidur sebilik yang berlaku di Tanah Suci Mekah.



Ramai penonton yang melahirkan rasa kurang senang kerana pelakon yang tiada hubungan apa-apa melakukan perkara tersebut di Mekah. Namun Erma Fatima selaku pengarah drama Kau Yang Terindah segera menafikan penggambaran babak tersebut berlaku di sana. Menurut Erma, kesemua adegan tersebut di rakam sepenuhnya di Kuala Lumpur. 
kontroversi kau yang terindah 1



Semoga dengan penjelasan daripada Erma ini tiada lagi kontroversi yang akan ditimbulkan. Mungkin untuk drama seterusnya, Erma dapat terus menghilangkan adegan-adegan yang melanggar batas agama.

Sumber:Kura-Kura

"Tak kira la buat kat mane sekalipun, batas-batas agama harus dijaga, kerana Allah itu maha melihat"

Beckham dan Ronaldo bersaing untuk bida kereta james bond

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

James-Bond-Cars-565x452

Dua pemain bola sepak tersohor dunia, David Beckham dan Cristiano Ronaldo mempunyai minat yang sama iaitu mengumpul koleksi kereta-kereta mewah, baru-baru ini khabarnya mereka akan membeli sebuah kereta Astos Martin DBS yang digunakan oleh aktor daniel Craig dalam filem James Bond 'QUANTUMOF SOLACE' 

Kereta tersebut adalah sebahagian daripada barang yang dijual untuk tujuan amal, Kereta tersebut dijangka bakal dijual dengan harga bidaan bermula 100 ribu Euro (RM497 Ribu)

Baca artikel penuh di sini

SUMBER:kura-kura

"diorang yang kaya berebut kereta... kita, berebut makwe je la..."

Cacing Keluar dari Mulut Budak Terbiar

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)v

PASIR PUTEH: “Ketika tiba di sini, budak lelaki ini dimandikan dan disabun berulang kali bagi menghilangkan daki yang melekat di seluruh badan.
“Melihat perutnya yang buncit, kemungkinan ada cacing kerawit dan ketika badannya digoyang, keluar tujuh cacing kerawit sepanjang sejengkal dari mulut, hidung dan telinga,” kata Mat Piah Mat Daud, 57, pembantu am Rumah Anak Yatim Markaz Al-Aitam, Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu, dekat sini.

Mat Piah menceritakan pengalamannya membawa pulang seorang budak lelaki berusia lapan tahun yang dikatakan langsung tidak mengenali dunia luar apabila menetap di kawasan hutan terpencil di Kampung Kolam, Tok Uban, Pasir Mas, dua bulan lalu.
Budak lelaki itu, Muhammad Nasir Mahmood dikatakan lebih gemar memakan buah-buahan hutan seperti langsat dan salak di kawasan rumah selain minat bergayut pada dahan pokok kecil serta mandi dalam kubang berlumpur yang digunakan kerbau.

Menurut Mat Piah, keperitan hidup Muhammad Nasir berpunca daripada keluarganya yang hidup dalam kemiskinan dan pada masa sama lebih banyak bermain bersendirian selepas ibunya, Roseyatimah Shafiei, 38, mengalami masalah mental.

Katanya, bapa Muhammad Nasir, Mahmood Sulong, 74, meninggal dunia, tiga tahun lalu akibat sakit tua menyebabkan keluarga itu terus dihimpit kemiskinan apabila kehilangan tempat bergantung.

baca artikel penuh di HmetroOnline

"Aku tak sangka di Zaman yang serba moden seperti sekarang ada lagi yang susah bak 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'....  Kita yang rezeki melimpah-limpah pon masih x tau nak bersyukur..."

Shila Amzah bakal terima 1 juta

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V


KUALA LUMPUR – Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah (gambar) yang mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa Asian Wave 2012 di Shanghai, China, malam kelmarin dikatakan bakal menerima hadiah dana lebih RM1 juta.
Mengikut laporan portal hiburan murai.com.my, Shila, 22, mengesahkan perkara itu tetapi angka sebenar hadiah kemenangan itu hanya diketahui hari ini setelah satu rundingan diadakan bersama penganjur pertandingan berkenaan.
“Hadiah dana itu meliputi rakaman album, konsert, promosi dan perkara lain yang melibatkan kerjaya saya di China nanti,” jelas Shila dalam portal berkenaan.
baca artikel penuh di KosmoOnline
"Ini mungkin rezeki dia selepas megenakan hijab, siapa tahukan? Allah pasti membantu umatnya yang taat kepada suruhanNya.... 'tahniah Shila Amzah'''