Sabtu, 22 September 2012

Shila Amzah bakal terima 1 juta

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V


KUALA LUMPUR – Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah (gambar) yang mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa Asian Wave 2012 di Shanghai, China, malam kelmarin dikatakan bakal menerima hadiah dana lebih RM1 juta.
Mengikut laporan portal hiburan murai.com.my, Shila, 22, mengesahkan perkara itu tetapi angka sebenar hadiah kemenangan itu hanya diketahui hari ini setelah satu rundingan diadakan bersama penganjur pertandingan berkenaan.
“Hadiah dana itu meliputi rakaman album, konsert, promosi dan perkara lain yang melibatkan kerjaya saya di China nanti,” jelas Shila dalam portal berkenaan.
baca artikel penuh di KosmoOnline
"Ini mungkin rezeki dia selepas megenakan hijab, siapa tahukan? Allah pasti membantu umatnya yang taat kepada suruhanNya.... 'tahniah Shila Amzah'''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan