Sabtu, 22 September 2012

Cacing Keluar dari Mulut Budak Terbiar

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)v

PASIR PUTEH: “Ketika tiba di sini, budak lelaki ini dimandikan dan disabun berulang kali bagi menghilangkan daki yang melekat di seluruh badan.
“Melihat perutnya yang buncit, kemungkinan ada cacing kerawit dan ketika badannya digoyang, keluar tujuh cacing kerawit sepanjang sejengkal dari mulut, hidung dan telinga,” kata Mat Piah Mat Daud, 57, pembantu am Rumah Anak Yatim Markaz Al-Aitam, Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu, dekat sini.

Mat Piah menceritakan pengalamannya membawa pulang seorang budak lelaki berusia lapan tahun yang dikatakan langsung tidak mengenali dunia luar apabila menetap di kawasan hutan terpencil di Kampung Kolam, Tok Uban, Pasir Mas, dua bulan lalu.
Budak lelaki itu, Muhammad Nasir Mahmood dikatakan lebih gemar memakan buah-buahan hutan seperti langsat dan salak di kawasan rumah selain minat bergayut pada dahan pokok kecil serta mandi dalam kubang berlumpur yang digunakan kerbau.

Menurut Mat Piah, keperitan hidup Muhammad Nasir berpunca daripada keluarganya yang hidup dalam kemiskinan dan pada masa sama lebih banyak bermain bersendirian selepas ibunya, Roseyatimah Shafiei, 38, mengalami masalah mental.

Katanya, bapa Muhammad Nasir, Mahmood Sulong, 74, meninggal dunia, tiga tahun lalu akibat sakit tua menyebabkan keluarga itu terus dihimpit kemiskinan apabila kehilangan tempat bergantung.

baca artikel penuh di HmetroOnline

"Aku tak sangka di Zaman yang serba moden seperti sekarang ada lagi yang susah bak 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'....  Kita yang rezeki melimpah-limpah pon masih x tau nak bersyukur..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan