Sabtu, 22 September 2012

RITA RUDAINI TERIMA MESEJ UGUTAN DAN TIDAK MAHU JUMPA AYU RAUDHAH

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V

rita-rudaini



HOT : RITA RUDAINI TERIMA MESEJ UGUTAN DAN TIDAK MAHU JUMPA AYU RAUDHAH | Pegaduhan diorang ni ntah masuk round keberapa dah…Entah bila la nak tamat kisah ‘perang’ antara Rita Rudaini dan Ayu Raudhah ni. Ketika Ayu Raudhah luahkan keinginan untuk berjumpa, Rita pulak sudah tawar hati.

Ekoran tulisan beliau di Twitter, Rita Rudaini mendakwa beliau telah menerima SMS ugutan yang mengatakan beliau busuk hati dan ingin meraih simpati orang ramai.

“Siapa yang kacau siapa sebenarnya? Saya bukannya robot dan biarlah masa yang menentukan segalanya, Allah tidak akan tutup keburukan terlalu lama,” ujar Rita Rudaini.

Ketika ditanya wartawan Kosmo! tentang keinginan Ayu Raudhah untuk bersua muka, Rita Rudaini berkata ianya tiada guna dan sudah terlambat dalam situasi sekarang ini.

“Buat apa berjumpa, sudah terlambat dan saya sudah tidak ada ayat untuk bercakap dengan mereka. Sekarang kami sudah tidak ada kaitan langsung,” ujar beliau tegas.

Dalam satu temubual berasingan bersama Harian Metro, Rita Rudaini mendakwa yang Ayu Raudhah & Zaquan Adha pernah menyamakan dirinya dengan anjing.

P/S:-Ntahlah…Dulu mase kawen kenapa tak pikir semua ni….Sudah-sudahlah mengaibkan pasangan masing2,makin bercakap,makin banyak benda buruk yang keluar..yang suami dua orang ni plak, macam dah takda peranan sebagai suami…

Sumber : KURAKURA.MY

"Aku berharap mereka akan berbaik semula, bukan ape tak baik gaduh-gaduh..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan