Isnin, 24 September 2012

DOA KHUSUS ELAK DIROGOL DAN CABUL

Assalamualikum dan selamat malam (^_^)V


DOA KHUSUS ELAK DIROGOL DAN CABUL | Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-


رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM



Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)


Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.



اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM


Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.


Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.


Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

SUMBER:KURAKURA.MY

Tidak Jatuh Talak Dalam 'Untuk Tiga Hari' - Vanidah Imran

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V

Pagi tadi aku ade wat N3 pasal pasangan selebriti nie, yang mana, Mufti perak menggesa pasangan ini segera merujuk pejabat agama untuk mengetahui status perkahwinan mereka, baca selanjutnya di SINI...

N3 kali nie pula jawapan Vanidah Imran berhubungan isu tersebut...


PETALING JAYA: Pelakon Vanidah Imran menjelaskan tidak berlaku penceraian diantara dia dan suami, Rashidi Ishak berikutan dialog yang diungkapkan menerusi filem Untuk Tiga Hari.
Vanidah yang dihubungi mStar Online di sini Isnin berkata, dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan.
"Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?
"Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri," katanya.
Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.
Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.
Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan.
"Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku," tegasnya.
Bagaimanapun Vanidah berkata, dia menerima nasihat daripada Harussani sebagai seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan.
"Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain.
"Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan," katanya.
Vanidah berkata, sepanjang 12 tahun perkahwinan, mereka sentiasa memastikan keharmonian rumah tangga dan menjaga aib masing-masing.
"Bergelar pasangan selebriti menyebabkan ramai mata yang sentiasa memandang kami tetapi Alhamdulilah setakat ini kami bebas dari sebarang cerita-cerita yang tidak elok," katanya.
SUMBER:MstarONline



Ketua Pemuda Umno Kepong Dalam Keadaan Kritikal Tetapi Stabil

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V

Woah!!! nie mesti gara-gara dendam... manusia kalau nak balas dendam ape pon sanggup dilakukan... 

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali, 41, kini dalam keadaan kritikal selepas beliau ditikam oleh dua penyerang di luar rumahnya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, insiden itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 pagi selepas mangsa pulang ke rumah daripada menonton perlawanan bola sepak (Arsenal lawan Manchester City) bersama rakan-rakannya di kedai mamak kira-kira 1.5 kilometer dari rumah beliau di Jalan Dagang 2/4, Taman Dagang di Ampang Jaya.
“Beliau meletakkan kenderaan kira-kira 20 meter dari rumah dua tingkatnya apabila beliau dihampiri oleh dua lelaki yang dipercayai warga Indonesia.
“Kami percaya mangsa diminta untuk menyerahkan semua barang peribadinya tetapi bertindak untuk bergelut dengan penyerang berkenaan. Beliau mengalami kecederaan apabila ditikam di perut dan kedua-dua tangan,” katanya.
Kemungkinan berpunca daripada pergelutan dan jeritan yang dibuat oleh Norizan, penyerang tersebut melarikan diri dengan tangan kosong apabila telefon bimbit dan cincin miliknya dijumpai di atas tanah.
Luka akibat tikaman itu menyebabkan usus kecil terjujur keluar tetapi dalam kesakitan itu, Norizan merangkak-rangkak ke rumahnya dan mengetuk pintu hadapan dan menjerit untuk pertolongan.
Difahamkan bahawa doktor menyifatkan Norizan begitu bertuah kerana tikaman itu tidak merosak mana-mana organ penting beliau.
Norizan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang dan telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil.
Tun Hisan berkata, polis sedang menyiasat kes tersebut dari semua sudut termasuk kemungkinan insiden berkenaan bermotifkan dendam.
“Keluarga Norizan memberitahu saya bahawa tingkap dua kereta Norizan telah dipecahkan dalam dua kejadian berasingan sejak beberapa bulan lepas tetapi tiada kecurian berlaku. Kami akan melihat butiran ini sama ada ia mempunyai kaitan dengan insiden ini,” katanya.
Polis mengklasifikasikan kes tersebut di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan semasa rompakan tetapi mungkin diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh sekiranya mereka menemui petunjuk baru.
Anak perempuan sulung beliau daripada tiga beradik, Amalina Norizan, 19, berkata, beliau dikejutkan dengan jeritan bapanya.
“Apabila saya meluru keluar, saya melihat bapa saya di luar rumah di atas tanah berlumuran dengan darah dan berada dalam keadaan antara sedar dan tidak sedar.
“Saya menjerit meminta tolong dan jiran menelefon polis dan ambulans,” katanya.
Jiran, Abdul Wahab Karim, 52, ahli perniagaan, berkata dia mendengar bunyi bising dan dan bunyi sebuah motosikal selepas terdengar Norizan menjerit meminta tolong.
Isteri beliau, Datin Roslinda Kamaruddin dalam lingkuangan 30an dalam keadaan sedih sewaktu ditemui di rumah mereka dan berharap suaminya akan sembuh sepenuh dan meminta semua parti untuk menghormati privasi mereka dalam keadaan sukar itu.
Sementara itu, pemandu Norizan, Al-Najib Abu Bakar, 30an, berkata majikannya telah memberitahunya pada Ahad bahawa sejak beberapa malam setiap kali Norizan pulang ke rumah kira-kira antara pukul 2 dan 3 pagi, beliau mendapati sekurang-kurangnya tiga lelaki yang mencurigakan di jalan rumahnya.
“Mungkin lelaki-lelaki ini bertanggungjawab dalam serangan ke atas Norizan. Lelaki yang dicurigai ini mungkin telah memerhatikan pergerakan beliau sejak beberapa hari,” katanya.
SUMBER:MstarOnline

Video: Iklan Penderaan Kanak-kanak Terbaik!

Assalamualaikum dan selamat petang (^_^)V

Iklan Penderaan Kanak-kanak Terbaik!

Iklan ini memberikan gambaran macam mana seorang kanak-kanak yang mangsa penderaan dipukul.
Ia adalah iklan yang dihasilkan untuk mencegah penderaan di Ireland tahun lepas.
Ia difilemkan dengan begitu jujur dan berani.
Budak yang berlakon itu pun layak diberikan anugerah atas gaya lakonan yang begitu realistik.
Ini adalah iklan yang terbaik, bukan sekadar membuka mata, tetapi membawa kepada air mata sekali.
Namun iklan sebaik ini pun tidak terlepas dari kontroversi. Ia pernah diminta agar diharamkan kerana berlaku ketidakadilan jantina apabila pendera dalam iklan itu hanya seorang lelaki dan tidak pula melibatkan wanita.
Bila sudah terlalu banyak isu hak asasi manusia diketengahkan, perkara paling penting mula dilupakan.
Apa pun, kalau Di Malaysia, anda tahu mengenai penderaan, jangan tutup mata atau pekakan telinga, hubungi talian Nur – 15999 atau balai polis berhampiran.
Tindakan pantas kita mampu menyelamatkan nyawa dan penderitaan kanak-kanak yang tidak berdosa.

Sumber:Mynewshub.my

"mase mule aku tengok video nie, aku tak tau budak nie belakon atau kene belasah betul2... memenag realistik gile..."

SERIUS : BUNUH PENGARAH FILEM HINA NABI DAPAT RM 300,000

Assalamualaikum dan selamat petang (^_^)V

siapa mahu rm 300,000

kehidupan penerbit filem 'INNOCENCE OF MUSLIMS' sudah tidak aman lagi apabila menteri kabinet pakistan menawarkan sejumlah RM300 000 kepada sesiapa yang berjaya membunuh penerbit filem tersebut... lain kali "sarang tebuan jagan dijolok"

baca artikel penuh...

SERIUS : BUNUH PENGARAH FILEM HINA NABI DAPAT RM 300,000 | Seorang menteri Kabinet Pakistan menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) untuk membunuh penerbit dari Amerika yang mengeluarkan filem Innocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam dan meragut hampir 60 nyawa setakat ini.

Ganjaran itu diumumkan semalam, sehari selepas kira-kira 20 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam protes baru di negara itu.

Protes dan demonstrasi berhubung filem itu dan yang terbaru berkenaan dengan karikatur keluaran majalah Perancis berlarutan dua minggu.

“Sesiapa yang dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW, akan diberi ganjaran dengan dolar oleh saya,” kata Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour pada sidang media di Peshawar semalam.

Peshawar salah satu bandar yang menyaksikan protes besar-besaran kelmarin.

Sebuah pawagam dimiliki Ghulam turut dibakar oleh penunjuk perasaan.

Ghulam merupakan anggota Parti Nasional Awami, komponen yang menyokong Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Presiden negara itu, Asif Zardari.

Ganjaran Ghulam adalah keputusan peribadi, tiada kaitan dengan parti atau kerajaan.

“Saya sendiri akan bertanggungjawab atas sebarang akibat jika dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad. Ia satu isu antara saya dan mereka,” katanya lagi.

SUMBER:KURAKURA.MY

PERKAHWINAN ANAK SULTAN BRUNEI CECAH RM 60 JUTA ?

Assalamualaikum dan selamat  petang (^_^)V

 


RM60 juta untuk sebuah perkahwinan... Bagi kita yang berkehidupan sederhana RM 60 juta itu mungkin satu jumlah yang amat besar, tujuh keturunan makan pon x abes... Namun, bagi Sultan Brunei, Sultan haji Hassanal Bolkiah nilai RM 60 juta tidaklah begitu besar baginya, kerana beliau merupakan antara ornag terkaya didunia dengan nilai aset berbillion-billion... 

Perkahwinan Anak Sultan Brunei Cecah RM60 Juta? | Jumaat lalu, negeri Brunei Darussalam meraikan satu upacara perkahwinan yang gilang-gemilang di mana Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan isterinya, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha meraikan kehadiran menantu baru dalam keluarga diraja itu.

Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, dan pasangannya, Pengiran Muhammad Ruzaini Mohd Yakub, 29, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz selepas solat Zohor di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, semalam.

Majlis persandingan yang dijadualkan berlangsung hari ini di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan dihadiri hampir 2,000 tetamu termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta delegasi antarabangsa.

Di sebalik sambutan perkahwinan yang gemilang dan meriah itu, perkahwinan diraja itu dicatatkan sebagai perkahwinan yang paling mahal setakat ini.

Menurut laman Yahoo! News Malaysia, perancang perkahwinan kerabat diraja Brunei, Maya Kalman, pengasas Swank Productions di New York mengesahkan yang jumlah perbelanjaan mencecah USD 20 juta, bersamaan dengan RM60 juta.

Berbeza sewaktu sambutan majlis perkahwinan abang sulung Puteri Hafizah Sururul Bolkiah pada tahun 2004, sebanyak USD 5 juta sahaja dibelanjakan.

“Purata untuk perkahwinan mewah seperti ini menelan belanja sebanyak USD 1 ribu bagi setiap tetamu. Jadi, anggaran saya jumlah perbelanjaan perkahwinan ini sebanyak USD 15 hingga USD 20 juta,” kata Kalman.

Malah, Kalman menambah, jumlah itu hanyalah untuk sambutan majlis persandingan kedua-dua pengantin pada hari ini sahaja.

Ia masih lagi tidak ditambah dengan kos tambahan lain untuk sambutan perkahwinan yang berlangsung selama seminggu ini.

Sumber:MynewsHub.my dan KURAKURA.MY

Vanidah, Rashidi Digesa Rujuk Pejabat Agama

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V


Pasangan suami isteri Vanidah Imran dan Rashidi ishak dan bergandingan sebagai pasangan suami isteri dalam filem untuk tiga hari arahan Afdlin Shauki... Digesa rujuk pejabat agama untuk mengetahui status perkahwinan mereka

Menurut Mufti perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, lafaz cerai yang diungkapkan oleh Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin dalam filem itu menyebabkan perkahwinan sejak 1 Oktober 2000 antara beliau dan Vanidah tidak sah di sisi agama.

baca artikel penuh di bawah

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran digesa segera merujuk kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, lafaz cerai yang diungkapkan oleh Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin dalam filem itu menyebabkan perkahwinan sejak 1 Oktober 2000 antara beliau dan Vanidah tidak sah di sisi agama.
"Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta'ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera.
"Umat Islam tidak harus mempermainkan hukum hakam agama meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan," katanya.
Beliau mengulas dialog yang diungkapkan Rashidi kepada Vanidah dalam satu babak pada filem arahan Afdlin Shauki itu yang menyebut: Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga kita minta cerai.
Jelas Harussani, Islam tidak mengajar penganutnya untuk mempermainkan kesucian sesebuah perkahwinan sebaliknya berusaha memastikan perkahwinan itu berkekalan dan bahagia sepanjang kehidupan mereka.

SUMBER:MstarOnline
"Inilah bahana kalau pasangan suami isteri digandingkan bersama sebagai pasangan suami  dalam filem mahupun drama... kerana jika si suami menjatuhkan talak walaupun bukan dgn keiginannya maksudnye ikut skrip kepada isterinya... talak tetap akan jatuh, kalau talak 1 atau 2 boleh dirujuk semula kalu talak 3, menyesal x sudah la jawabnye"

Aksi malam milik Vettel

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

Sebenarnya aku x berapa nak minat sangaat dengan sukan permotoran nie, oleh kerana nak isi kekosongan blog nie so, aku letak je la N3 nie..


SINGAPURA - Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel cemerlang apabila bergelar juara pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Singapura malam tadi.
Pada perlumbaan waktu malam di Litar Marina Bay itu, Vettel mencatatkan masa 2 jam 26 minit dan 144 saat.
Ia merupakan kejuaraan kedua Vettel musim ini selepas turut mengungguli saingan pada GP Bahrain April lalu.
Di Litar Marina Bay pula, ia adalah kejuaraan kedua berturut-turut yang dilakar Vettel selepas turut melakukannya musim lalu.
"Secara jujurnya, ini merupakan salah satu perlumbaan yang mencabar tahun ini.
"Terdapat banyak insiden kemalangan yang berlaku. Ia membuktikan bahawa kamu tidak boleh melakukan kesilapan," kata Vettel sejurus tamat perlumbaan malam tadi.
Pemandu McLaren, Jenson Button gagal dalam misi merekodkan kejuaraan ketiganya musim ini selepas sekadar menamatkan saingan di tempat kedua manakala pemandu Ferrari, Fernando Alonso, ketiga.
Biarpun bermula di petak kedua, tuah nyata memihak kepada juara dunia itu selepas pemandu McLaren, Lewis Hamilton yang memulakan saingan di petak hadapan terpaksa menarik diri pada pusingan ke-22 ekoran masalah pada kotak gear jenteranya.
Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Vettel yang mendominasi perlumbaan sehingga menuju ke garisan penamat.
Ekoran kejayaan di Singapura itu, Vettel kini melonjak ke tangga kedua carta keseluruhan kategori pemandu apabila mengumpul 165 mata, 29 mata di belakang Alonso selaku pendahulu.
Situasi itu sekali gus menyaksikan dia kini berada pada landasan tepat dalam misi merekodkan gelaran juara dunia ketiga berturut-turut selepas melakukan pada 2010 dan 2011.
Pemandu Lotus, Kimi Raikkonen yang menamatkan saingan di tempat keenam malam tadi berada pada kedudukan ketiga dengan 149 mata, tujuh mata meninggalkan Hamilton di tangga keempat.
Sementara itu, juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher dari Mercedes gagal menamatkan perlumbaan selepas berlanggar dengan pemandu Toro Rosso, Jean-Eric Vergne. - Agensi
Sumber:Kosmo! online

Mujica presiden ‘paling miskin’

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

Tertarik aku dengan satu artikel di MymetroOnline... Mane ade peresiden miskin kan..? itulah mule-mule yang aku fikirkan semasa baca tajuk artikel ini, selepas aku baca kandungan artikel nie, Inilah ciri-ciri seorang pemimpin yang disegani... Nak tau kenape Bace artikel dibawah... 

MUJICA dan isterinya cuma ada sebuah kereta murah.

MONTEVIDEO: Presiden Uruguay, Jose Mujica, mendapat gelaran unik, el presidente mas pobre (Presiden Termiskin) apabila dia menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya kepada rakyat negara itu.
Bercakap kepada akhbar Sepanyol, El Mundo, semalam Mujica berkata dia menerima gaji AS$12,500 (RM38,132) sebulan tetapi dia hanya mengambil kira-kira 10 peratus atau AS$1,250 (RM4,575) untuk kegunaan sendiri.
“Ia mencukupi untuk saya dan keluarga, atau saya perlu mencukupkan keperluan dengan gaji sebegitu kerana ramai penduduk Uruguay yang hidup dengan pendapatan jauh lebih kecil daripada itu,” katanya.

Selain Mujica, 77, isterinya, Lucia Topolansky, 67, turut menyumbang pendapatannya sebagai senator kepada tabung negara.

Pasangan suami isteri itu menetap di sebuah rumah petani di Montevideo.

Mereka memiliki seunit kereta Volkswagen Beetle bernilai kira-kira RM6,000.

Mantan pejuang gerila itu menyertai politik dengan bergabung bersama parti aliran kiri sebelum terpilih sebagai presiden pada 2010.

Uruguay menjadi satu daripada negara paling rendah kadar rasuah di Amerika Selatan.

Selain digelar Presiden Termiskin, Mujica juga mendapat penghormatan ramai kerana dikenali sebagai Presiden Paling Pemurah.

Dia tidak memiliki akaun bank atau hutang, manakala sahabatnya yang paling baik ialah seekor anjing bernama Manuela.

Mujica bukanlah presiden pertama menyumbang gajinya untuk negara.

Presiden Amerika Syarikat (AS), John F Kennedy - berasal dari keluarga kaya - turut mendermakan sebahagian gajinya, manakala presiden ke-31 negara itu, Herbert Hoover, tidak pernah menerima sebarang wang daripada dana awam bagi mengelakkan dia dikaitkan dengan rasuah. - Agensi

Sumber:MymetroOnline

"Pakai 10% je daripada gaji yang diperolehi, naik kerete murah je plak tu... kalau PM Malaysia camne? aku x nak komen lebih2 korang nilai la sendiri"



Air berkabonat mnyebabkan kegemukan?


Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

WASHINGTON - Tiga kajian terbaharu yang disiarkan di Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mengesahkan terdapat kaitan antara minuman manis berkarbonat dan air buah-buahan yang mengandungi kandungan gula tinggi dengan penularan kegemukan atau obesiti dalam kalangan penduduk AS.
Menurut penulis satu kajian yang disiarkan jurnal New England Journal of Medicine di online, pengambilan minuman tersebut meningkat lebih dua kali ganda sejak tahun 1970-an.
Kajian itu menyatakan pada tempoh masa yang sama, kadar obesiti dalam kalangan penduduk dewasa AS meningkat 30 peratus.
Berdasarkan kajian pertama, minuman bergula didapati menjejaskan gen yang mengatur berat dan meningkatkan kecenderungan untuk berat badan seseorang bertambah.
Para penyelidik menggunakan 32 variasi gen yang diketahui akan memberi kesan terhadap berat badan bagi mewujudkan profil peserta yang menyertai kajian berkenaan.
Tabiat pemakanan para peserta itu juga dikenal pasti oleh penyelidik selain pengambilan minuman bergula dan amalan senaman.
Dua lagi kajian menunjukkan kumpulan kanak-kanak dan remaja yang diberikan minuman tanpa kalori seperti air mineral atau minuman tanpa banyak kandungan gula yang mengandungi gula tiruan didapati mengalami pertambahan berat badan yang sedikit.
Sumber:KosmoOnline