Isnin, 24 September 2012

Aksi malam milik Vettel

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

Sebenarnya aku x berapa nak minat sangaat dengan sukan permotoran nie, oleh kerana nak isi kekosongan blog nie so, aku letak je la N3 nie..


SINGAPURA - Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel cemerlang apabila bergelar juara pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Singapura malam tadi.
Pada perlumbaan waktu malam di Litar Marina Bay itu, Vettel mencatatkan masa 2 jam 26 minit dan 144 saat.
Ia merupakan kejuaraan kedua Vettel musim ini selepas turut mengungguli saingan pada GP Bahrain April lalu.
Di Litar Marina Bay pula, ia adalah kejuaraan kedua berturut-turut yang dilakar Vettel selepas turut melakukannya musim lalu.
"Secara jujurnya, ini merupakan salah satu perlumbaan yang mencabar tahun ini.
"Terdapat banyak insiden kemalangan yang berlaku. Ia membuktikan bahawa kamu tidak boleh melakukan kesilapan," kata Vettel sejurus tamat perlumbaan malam tadi.
Pemandu McLaren, Jenson Button gagal dalam misi merekodkan kejuaraan ketiganya musim ini selepas sekadar menamatkan saingan di tempat kedua manakala pemandu Ferrari, Fernando Alonso, ketiga.
Biarpun bermula di petak kedua, tuah nyata memihak kepada juara dunia itu selepas pemandu McLaren, Lewis Hamilton yang memulakan saingan di petak hadapan terpaksa menarik diri pada pusingan ke-22 ekoran masalah pada kotak gear jenteranya.
Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Vettel yang mendominasi perlumbaan sehingga menuju ke garisan penamat.
Ekoran kejayaan di Singapura itu, Vettel kini melonjak ke tangga kedua carta keseluruhan kategori pemandu apabila mengumpul 165 mata, 29 mata di belakang Alonso selaku pendahulu.
Situasi itu sekali gus menyaksikan dia kini berada pada landasan tepat dalam misi merekodkan gelaran juara dunia ketiga berturut-turut selepas melakukan pada 2010 dan 2011.
Pemandu Lotus, Kimi Raikkonen yang menamatkan saingan di tempat keenam malam tadi berada pada kedudukan ketiga dengan 149 mata, tujuh mata meninggalkan Hamilton di tangga keempat.
Sementara itu, juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher dari Mercedes gagal menamatkan perlumbaan selepas berlanggar dengan pemandu Toro Rosso, Jean-Eric Vergne. - Agensi
Sumber:Kosmo! online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan