Khamis, 27 September 2012

Bajet 2013 – Bajet Rakyat Tersenyum

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V

Bajet 2013 - Bajet Rakyat Tersenyum

KUALA LUMPUR – Bajet 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok dijangka akan menjadi ‘Bajet Rakyat Tersenyum’.
Ini kerana, seperti beberapa bajet yang dibentangkan sebelum ini di bawah pentadbiran Najib, Bajet 2013 juga akan padat dengan pelbagai hadiah istimewa kepada rakyat.
Sumber memberitahu Mynewshub, antara yang mungkin diumumkan ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk kali kedua.
Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan lebih RM2 bilion untuk mengagihkan BR1M kepada 4.7 juta isi rumah.
Tahun ini, kerajaan Persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah bagi meringankan bebanan mereka menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat di negara ini.
Selain itu, sumber berkenaan memberitahu, bonus untuk kakitangan awam juga berkemungkinan akan turut diumumkan.
“Sekurang-kurangnya setengah bulan bonus mungkin ada, ini tambahan kepada setengah bulan yang sudah pun diberikan sebelum hari raya baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sumber kedua pula memberitahu, kerajaan dijangka akan mengurangkan cukai dan duti ke atas kenderaan dengan kuasa enjin (cc) yang rendah.
Selain itu, Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) akan menerima lonjakan yang amat menarik dengan peruntukan bagi projek berkenaan dijangka dipertingkatkan 5 kali ganda jumlahnya berbanding peruntukan dalam bajet sebelum ini.
“Kami dengar pihak PRIMA mohon peruntukan 1 bilion dan dijangka ia akan diluluskan,” katanya.
Sementara itu, kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut, Najib akan membentangkan bajet yang memfokuskan kepada usaha untuk mengekalkan memontum pertumbuhan ekonomi negara.
“Perdana Menteri Najib Razak akan membentangkan pelan kewangan kerajaan bagi tahun akan datang, dalam satu bajet yang bertujuan untuk memperkukuhkan pertumbuhan dan memastikan Malaysia berada di landasan kewangan yang bertanggungjawab,” kata kenyataan itu di sini hari ini.
Berucap di Parlimen, Perdana Menteri memberitahu akan mengumumkan polisi yang bertujuan untuk mengekalkan permintaan tempatan di samping memastikan semua rakyat Malaysia mengalami peningkatan dari segi mutu kehidupan.
Dalam pada itu, seorang jurucakap kerajaan berkata;
“Di sebalik ketidak-tentuan ekonomi global, langkah-langkah yang diambil kerajaan telah berjaya memastikan ekonomi Malaysia terus berkembang sedikit demi sedikit.
“Untuk meneruskan momentum itu, bajet esok akan terus melabur untuk masa depan jangka panjang – memperkukuhkan pertumbuhan, tetapi pada masa yang sama memperkuatkan komitmen kami ke arah tanggungjawab fiskal,” katanya. 
sumber:mynewshub
FA:"bajet rakyat tersenyum" kita tengok esok terseyum ke tak... kepada yang berkelampangan esok boleh la menonton  siaran lansung pembentangan ini, di TV3 jam 4 ptg...

tertelan tikus dalam sandwich?

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V

Wanita Tertelan Tikus Dalam Sandwic?
-comelnye minatang ni-

LONDON – Apabila seorang ibu dua anak menggigit sandwich ayam yang dicampur dengan bakon dan salad yang dibeli dari sebuah pasar raya Tesco, dia menelan sesuatu yang tidak dijangkanya.
Katie Crabtree terkejut mendapati binatang berbulu, seekor tikus, di dalam snek prabungkus yang dibelinya dari rangkaian pasaraya itu di Stockport.
Wanita berusia 31 tahun itu hanya ternampak ‘objek berbulu itu’ selepas memakan separuh daripadanya dengan menyangka ia bakon salai yang hangus.
“Saya menggigitnya dan melihat benda hitam di dalamnya. Saya menyangka ia bakon salai dan menelannya.
“Kemudian saya melihat sesuatu yang buruk dalam sandwich itu. Ia berwarna hitam dan berbulu. Saya juga melihat kakinya. Ia sungguh dahsyat,” katanya.
Katie berkata, penemuan mengejutkannya itu membuatnya tidak selesa.
“Saya tidak boleh lagi makan sandwic bungkus kerana ia akan mengingatkan saya kepada peristiwa itu,” katanya.
Dia menuduh pasar raya berkenaan tidak menghiraukannya selepas mengadu hal itu kepada pasar raya terbabit dan ibu pejabatnya.
“Saya menghubungi pasar raya berkenaan dan ibu pejabatnya tetapi tidak ada orang yang tahu mengenai kejadian itu,” katanya.
“Mereka akhirnya memberi saya baucar $10 (RM50).
“Saya berpendapat mereka tidak mempedulikan saya. Mereka sepatutnya menyiasat kejadian dan membuat tindakan selanjutnya,” kata Katie.
Tesco menghantar wanita itu surat permohonan maaf dan berkata, ia akan menyiasat, di samping menawarkan pampasan sebanyak $10 - DM
sumber:Mynewshub
FA:Pampasan RM50 jew... kalau kat Malaysia mau RM5k dia bagi, maklumlah kalau direport kat jabatan kesihatan bungkus kedai...

IPHONE 5 indah khabar dari rupa!!!

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V




LOS ANGELES 26 Sept. – Pelancaran iPhone 5 pada minggu lalu telah menjadi satu daripada yang terbesar dan paling berjaya dalam sejarah, tetapi itu tidak bermakna ia tidak mempunyai masalah.

Ramai pengguna yang telah membeli telefon pintar keluaran Apple itu mendakwa versi iPhone terbaru tersebut mempunyai banyak masalah.

Antara aduan yang dibuat adalah penyambungan wi-fi yang tidak berfungsi, keretakan pada bingkai aluminiumnya, selain laporan cuaca yang mengelirukan daripada pengaktifan suara aplikasi Siri serta laporan kelipan lampu dari tepi telefon itu.

Telefon pintar iPhone 5 turut dikatakan ‘bergetar’ ketika digoncang menyebabkan bateri cepat kehilangan kuasa dan beberapa pengguna lain berkata, mereka kehabisan bateri dalam tempoh hanya beberapa jam.

Pengguna turut memberi amaran, perkhidmatan penyimpanan iCloud yang dikendalikan Apple akan dikurangkan daripada 20 gigabait (GB) kepada 5 GB pada penghujung bulan ini, sekali gus membahayakan simpanan sokongan.

Aduan lain yang diterima termasuk aplikasi Maps baru Apple yang tidak lengkap, laman web Ars Technica yang menjengkelkan pengguna dan banyak sumber daripada forum yang menyokong Apple.

Ketika ini lima juta produk itu telah dihantar dalam tempoh pelancarannya pada hujung minggu lalu.

sumber:Myberita

FA:Bhahahaha... ingat barang 'branded' bagus sangat ke. Kepada pengguna-pengguna di Malaysia fikirlah sebelum nak beli gajet ini yang bakal berada di pasaran tak lama lagi...

RUMAH GOPINATH DISERANG KERANA HINA ISLAM

Asslamualaikum dan selamat petang (^_^)V

Mesti ade tertanya-tanye siapa Gopinath nie.... Gopinath nie ialah mamat India yang didakwa menghina Allah dan Rasullulah S.A.W.  

nak tau ceritanya klink link kat bawah

Terbaru rumah mamat nie khabarnya diserang 'pihak tertentu'... siapa tidak diketahui lagi

rumah gonipath
-keadaan rumah mamat nie-

Sebelum ni, mamat ni mendakwa laman Fecebook dia telah di “HACK” dan posting menghina Islam tu bukan dia yang buat.. Tapi setelah diselidik, mamat nie memang sejak awal lagi suka cari pasal..

Baca print screen di bawah utuk kepastian

rumah gonipath 2

rumah gonipath 3

Baca artikel penuh diSINI

sumber:KuraKura.My

FA:Aku harap masalah ini tidak berlarutan dan biarkan polis je yang selesaikan... Ye la bukan ape takut ade masalah perkauman nanti kan susah...

18 Perkara Yang Perempuan Inginkan Dari Lelaki

Assalamualaikum dan selamat petang (^_^)V

Apa 18 perkara yang wanita mahu daripada lelaki?... nak tahu baca kat bawah...




1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.

2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.

3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.

4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.

5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.

6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.

7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.

8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.

9. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.

10. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.

11. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.

12. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.

13. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?

14. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.

15. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.

16. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.

17. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.

18. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.

Jadi…itulah dia 18 perkara yang diinginkan oleh perempuan dari lelaki. Adakah anda mempunyai kelapan-lapan belas perkara ini? Jika ada, bagus dan tahniah kami ucapkan.

Tetapi jika tidak, cuba perbaiki diri anda dan berikan apa yang mereka mahukan dari anda. Mudah-mudahan kebaikan dan usaha yang anda lakukan kepada dirinya akan dapat mememlihara perhubungan anda berdua.

Sumber:Myberita.com





GEMPAR BAYI LAHIR DENGAN KAKI KAMBING DAN TIADA TENGKUK

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

pelik
-bayi tanpa tengkuk dan berkaki kambing-

Kejadian aneh apabila bayi lahir dengan kaki kambing dan tiada tengkuk tersiar dari berita terbaru dari Jigawa,utara barat Nigeria di mana seorang wanita didakwa telah melahirkan makhluk dibawah – bayi tanpa leher jelas dan dengan kaki kambingnya.

Menurut sumber cerita ini, wanita itu dikatakan telah mengeluh nasib beliau kerana ini adalah kali keempat dia melahirkan makhluk aneh seperti ini.

Ini mungkin musim kelahiran pelik dan kejadian yang sangat misteri dan saintifik, kita tidak mempunyai penjelasan bagi kejadian ini. Hanya Allah yang tahu atas apa yang berlaku dan apa yang di jadikan di dunia ini.

Sumber : taotauajer.blogspot, KURAKURA.MY





Jemaah Haji Jangan Bimbang Virus Misteri

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V





RIYADH – Kementerian Kesihatan Arab Saudi meminta jemaah haji supaya tidak bimbang berikutan penularan wabak misteri dipercayai dari kelompok Virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Sars) yang telah menjangkiti seorang lelaki di London, selepas berkunjung ke Arab Saudi, baru-baru ini.

Jurucakap kementerian, Khaled al-Mirghalani berkata, wabak itu tidak merebak sungguh pun mangsa itu kini berada di Qatar.

“Terdapat dua kes selesema serius dan kes ini adalah perkara biasa,“ katanya.

Beliau berkata, tiada perubahan syarat terhadap jemaah setakat ini, namun pihak berkuasa akan mengambil langkah waspada.

Kelmarin, Agensi Perlindungan Kesihatan Britain memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai sejenis virus sistem pernafasan yang menyerang seorang pesakit dari Qatar dan kini berada dalam keadaan serius.


Menurutnya, lelaki terbabit tenat selepas diserang koronavirus yang menyebabkan demam panas dan selesema yang mungkin berpunca daripada virus tersebut.

“Sampel diperoleh menunjukkan keadaan hampir serupa seperti dialami mangsa di Arab Saudi yang dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan virus misteri tersebut, awal tahun lalu.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu, pihaknya masih mengkaji kesan kes itu dan menasihatkan orang ramai supaya membatasi perjalanan mereka.

Sars pertama kali dikesan di wilayah Guangdong, China pada 2002 dan setahun selepas itu 8,000 mangsa dijangkiti di seluruh dunia dengan 800 dilaporkan maut. 

Sumber:Myberita

FA:Semoga Allah melindungi jemaah-jemaah Haji yang berada di Mekkah -AMIN

VIDEO IKLAN ANTI ROKOK THAILAND DIIKTIRAF TERBAIK DI DUNIA

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V


Apakah perasaan anda apabila seorang kanak-kanak berusia 5 tahun datang kepada anda dan bertanya anda “abang ada lighter tak?”, sambil tangannya memegang sepuntung rokok? Dan anda pula ketika itu sedang menghembuskan asap rokok berkepul-kepul ke udara. Apakah yang akan anda katakan kepada kanak-kanak itu? Menasihatinya?



Itulah mesej yang cuba disampaikan oleh iklan di bawah ini. Begitu terkesan di hati en. Billy, walaupun en Billy bukan seorang perokok.Lihat dibawah videonya :-


Tayangan video yang berjudul bebas, Kid ini dibuat Oleh Yayasan Promosi Kesihatan Thailand. Ia mendapat pujian pelbagai pihak dan diiktiraf sebagai iklan antirokok terbaik didunia.

Sumber:billyinfo.blogspot dan KURAKURA.MY

FA:Semamangnya orang Thailand memang pandai membuat iklan yang menyentuh perasaan... Aku yang bukan perokok (buat masa sekarang ) pon boleh insaf... Anda bila lagi????

iklan sedih... sentuhan terakhir

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V

Di malam yang indah ini, aku nak share satu video yang hampir membuatkan aku menangis... :'(
bagi yang 'sentimental' sediakan tisu untuk lap air mata...