Selasa, 18 September 2012

selepas sepuluh hari aku jadi blogger

Assalamualaikum dan selamat malam (^__^)v


Hari nie genaplah sepuluh hari aku jadi blogger... Mula2 aku nak tulis blog pasal diri aku, tapi dek kerana x der yang menarik pasal aku... So aku pon tukarlah kepada isu2 setempat... Dalam waktu sepuluh hari nie macam2 aku dah lalui, 

jumlah page view

jumlah Follower

Kira okla nie untuk blog baru 10 hari...


'29 FEBRUARI' hanya kutip RM400,000

Assalamualaikum dan selamat petang (^_^)v


Filem  berformat 3D pertama Malaysia yang diarahkan oleh Edry Abdul halim keluaran syarikat KRU Studio, disifatkan gagal oleh Norman Adbul Halim(CEO KRU studio) kerana hanya mampu mengutip RM400,000...

Menurut Norman, kegagalan filem tersebut mungkin berpunca daripada faktor ekonomi,selain itu beliau juga menyifatkan penonton di Malaysia belum bersedia membayar lebih untuk menonton filem yang berkonsepkan 3D... Baca selanjutnya di Mstaronline

"penonton di Malaysia mungkin belum boleh menerima filem Malaysia yang berkonsepkan 3D... berbanding Filem 3D luar negara..." 


rajagopal letak jawatan jika...

Assalamualaikum dan selamat peteng (^_^)v

Rajagopal ketika  kendali latihan  di Padang Wisma  FAM, petang semalam. - Foto Owee Ah Chun

Jurulatih sekuad Kebangsaan Dtuk k Rajagopal akan melepaskan jawatannya, jika skuad negara gagal melayakkan diri ke Piala Asia 2015, demikian jawapan yang dikeluarkan oleh Jurulatih tersebut ketika ditanya adakah dia akan tunduk dengan desakan sesetengah pihak yang mahu dia meletak jawatan jika Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012, 24 November hingga 22 Disember ini.

Baca selanjutnya di BHonline

"inilah perangai peminat bola sepak Malaysia, asal kalah disuruhnya letak jawatan... Bila menang baru nak disanjung-sanjung... macam mana nak maju kalau peminat sendiri pon dah tak percaya kemampuan negara sendiri..."

















sains dan solat

Assalamualaikum dan selamat pagi... (^_^)v

Umum mengetahui bahawa umat Islam diwajibkan menunaikan solat 5 waktu sehari semalam tanpa sebarang alasan... Kalau yang x solat itu jawablah sendiri dengan Allah S.W.T. di akhirat kelak... 

Banyak kajian telah dibuat untuk mengaitkan sains dan solat... Rata-rata daripada kajian tersebut membuahkan hasil yang memberangsangkan... "Solat nie kalau betul caranya dapat pahala untuk Akhirat dan kesihatan di dunia..."


KAJIAN saintifik menunjukkan ibadah solat tarawih yang dilakukan sekurang-kurangnya lapan rakaat dan tiga rakaat witir mampu mengurangkan berat badan sehingga 10 kilogram bagi sesetengah individu.
Penyelidikan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM), mendapati solat tarawih dan puasa dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak sekali gus merendahkan lemak dan paras glukosa dalam darah.
Kajian yang diketuai oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Informatik Perubatan dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal (MIMEMS), UM,Profesor Ir. Fatimah Ibrahim itu juga menunjukkan solat sunat tambahan dan diet seimbang boleh dijadikan kaedah untuk seseorang individu menguruskan badan serta mengawal komposisi badan.
Penyelidikan yang dijalankan juga mendapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia.
"Bagaimanapun segalanya hanya boleh dicapai dengan menunaikan solat secara sempurna dan tertib," katanya semasa ditemui di Klinik Solat, Makmal Kejuruteraan Klinikal UM, Kuala Lumpur.
Beliau menambah solat lima waktu amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental serta emosi seseorang.
Kewajipan bersolat lima kali sehari semalam ke atas umat Islam bermula sejak Rasulullah SAW diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab.
Umat Islam perlu mencapai solat yang sempurna bagi mendapatkan faedah bukan saja di akhirat tetapi juga di dunia.
"Faedah di akhirat dari segi pahala manakala dunia pula dari sudut kesihatan yang baik," katanya.
KajianJusteru beliau menjalankan kajian bagaimana mencapai solat sempurna seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Menurutnya, kajian menunjukkan solat yang dilakukan dengan pergerakan dan postur Rasulullah SAW dibuktikan secara saintifik amat baik untuk kesihatan.
Tetapi pergerakan yang tidak betul atau tidak sempurna akan memberikan kesan terhadap kesihatan.
Kajian yang dilakukan bermula 2005 melalui kaji selidik dan uji kaji mendapati mereka yang mengikuti lima tabiat lazim Rasulullah iaitu tetap bersolat, faham bacaan, solat jemaah atau sendirian, rukuk 90 darjah dan kedudukan kaki yang betul semasa sujud dan duduk tahiyat mempunyai kesihatan yang baik.
Prof. Fatimah berkata, untuk mendapat hasil tepat, subjek kajian menjalani ujian kesihatan menyeluruh sebelum dan selepas menunaikan solat sunat dua rakaat.
"Hasil kajian itu menunjukkan subjek yang menepati lima perkara tadi bukan saja lebih sihat bahkan lebih tenang selepas menunaikan solat," katanya.
Menyentuh mengenai solat tarawih berjemaah sepanjang Ramadan, Prof. Fatimah berkata, sebelum ini kajian yang dijalankan mendapati sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mampu mengimbangkan cas elektrik positif dan negatif yang terdapat dalam tubuh manusia menjadikan tubuh lebih segar dan bertenaga.
"Tubuh manusia terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif. Setiap aktiviti harian kita tidak kira bekerja, beribadat atau berehat banyak menggunakan tenaga yang menyebabkan berlakunya pertukaran cas positif dan negatif yang mengakibatkan berlaku ketidakseimbangan cas tersebut di dalam tubuh.
"Ini menyebabkan tubuh berasa letih dan tidak bermaya. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita iaitu dengan cara menunaikan solat berjemaah yang merangsang proses pertukaran cas elektrik dalam tubuh," katanya.
Dari sudut fizikal, pergerakan solat seperti berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.
Otot-ototIa melibatkan pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik yang akan meningkatkan fungsi dan kekuatan otot.
Kajian menunjukkan, solat lima kali sehari semalam juga dapat mengurangkan lemak dalam badan.
Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu.
Justeru ia dapat mengelakkan penyakit jantung, stres, kolesterol dan kegemukan.
Sehingga kini Prof. Fatimah telah menghasilkan empat buah buku berkaitan solat iaitu Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains (Edisi Melayu), Salat: Benefits from Science Perspective (Edisi Inggeris), Pencegahan Sakit Jantung dari Perspektif Holistik, Sakit Pinggang Kaedah Rawatan melalui Prinsip Pemulihan serta Postur dan Pergerakan Solat, Senaman Regangan dan Pergerakan Solat.
Semua buku berkenaan dihasilkan dengan kerjasama pakar perubatan berkaitan bidang masing-masing.
Prof. Fatimah bakal menghasilkan tiga buah buku lagi iaitu Kesan Postur dan Pergerakan Solat Kesihatan Badan, Solat sebagai Terapi Minda dan Mati Pucuk Kaedah Rawatan Melalui Prinsip pemulihan serta postur dan pergerakan solat.
Pembaca yang berminat boleh mendapatkan maklumat berkaitan sains solat di Perkhidmatan Sains Solat anjuran Makmal Kejuruteraan Klinikal, Jabatan Kejuruteraan, UM dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan mendail 03-79676878, 79676818 atau faks: 03-79676878/4579 atau e-mel: sainssolat.um@gmaiil.com atau layari laman web: http://sainssolat.com.

SUMBER:UTUSAN HARIAN

kerana mulut...

Assalamualaikum dan selamat pagi (^__^)v

Dek kerana mulut longkang kene gantung enam bulan dan denda RM4,000.. itulah yang berlaku kepada PETER JAMES BUTLER, pengendali skuad penyu(Terengganu) yang juga bekas pengendali skuad Kelantan... 

Beliau didapati bersalah berhubugan mengeluarkan kenyataan berhubung masalah dua pemain skuad Penyu tanpa pengetahuan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBNST)

Peter James Butler


KUALA TERENGGANU –   Pengendali pasukan Terengganu, Peter Butler menganggap hukuman yang dikenakan terhadapnya  adalah suatu yang mengejutkan dan mengambil keputusan ‘mengunci mulut’ berhubung keputusan itu.

Menurutnya, beliau terkejut dengan keputusan itu dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana beliau masih belum menerima `hitam putih’ daripada pihak berkenaan.

“Saya masih menunggu surat rasmi daripada pihak PBSNT,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung keputusan jawatankuasa tatatertib PBSNT  yang telah disahkan dalam mesyuarat PBSNT di pejabat persatuan itu,  di sini, semalam.

Bekas jurulatih pasukan Kelantan itu dihukum gantung enam bulan serta didenda RM4,000 dan gajinya turut dipotong 15 peratus sebulan daripada gaji pokok setelah didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berhubung masalah disiplin dua pemain Terengganu tanpa pengetahuan pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan hukuman itu berkuat kuasa serta merta.

Mesyuarat selama dua jam yang dipengerusikan Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh itu diadakan bagi meneliti keputusan Jawatankuasa Tatatertib berhubung beberapa kesalahan membabitkan Butler serta empat lagi pemain skuad Penyu.

Empat pemain berkenaan ialah Muslim Ahmad, Ismail Faruqi Asha’ari, Ahmad Sharbinee Allawee dan Francis Forkey Doe.

Muslim, Ismail Faruqi dan Ahmad Sharbinee diberi amaran keras serta didenda RM1,000 seorang manakala Forkey Doe kenakan tindakan tatatertib dengan sebulan gajinya dipotong 15 peratus dan denda sebanyak RM2,000 daripada FAM.  

Hukuman ke atas empat pemain tersebut turut berkuat kuasa mulai semalam.

Dalam pada itu, Ismail Faruqi ketika dihubungi bagi mendapatkan reaksinya berhubung hukuman terhadapnya bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.

“Saya belum dimaklumkan oleh persatuan (PBSNT) berhubung perkara ini, jadi saya tak boleh nak beri komen,” katanya.

 Sementara dua lagi pemain, Muslim dan Ahmad Sharbinee gagal dihubungi bagi mendapatkan reaksi berhubung perkara itu.

SUMBER:SINAR HARIAN ONLINE


Umat Islam diminta solat hajat

Assalamualaikum dan Selamat pagi (^__^)v

Aku setuju gile ngan tajuk satu artikel akhbar SINAR HARIAN online... Sebab daripada kita dok buat rusuhan yang menyebabkan keadaan kucar-kacir lebih baik kita tunaikan solat hajat, berzikir dan banyakkan berdoa'... Sebab hanya Allah sahaja lah yang mampu menghentikan semua ini dengan kekuasaanNYA...

Lagi satu dengan cara ini kita dapat mengelakkan daripada dituduh sebagai agama yang kejam...

KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini disaran menunaikan solat hajat, membaca Yasin dan berzikir pada Khamis ini di semua masjid dan surau bagi memohon kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia berikutan penerbitan filem 'Innocence of Muslims'.
   
Sehubungan itu, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dan Majlis Gerakan Badan Bukan Kerajaan Islam Asean meminta Masjid Negara supaya dapat mengetuai bacaan Yasin, Zikir dan solat hajat disusuli khutbah khas
mengenai isu serangan dan propanganda jahat pihak tidak bertangungjawab terhadap Islam.
   
"Sebagai umat Islam, kita seharusnya menunjukan kekuatan dan perpaduan kita dalam menghadapi isu ini bersama iaitu melalui doa yang disifatkan sebagai 'senjata mukmin'," kata IKIAM dalam kenyataan di sini, hari ini.
   
Filem itu yang disiar dalam laman Youtube pada 11 Sept lepas mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana ia menghina Islam khususnya Nabi Muhammad SAW.
   
Filem itu turut dikutuk Gereja Kristian Ortodoks Koptik sebagai "sebuah filem yang bersifat menghasut" manakala Majlis Gereja-gereja Sedunia berkata filem itu "satu penghinaan kepada agama Islam". - Bernama


cacing dikahwinkan...

Assalamualaikum dan seelamat pagi (^__^)v 

Tadi mase aku bace satu paper online x silap KOSMO online pastu terjumpe satu artikel yang merepak dan kelakar... Ade ke cacing nak dikahwinkan...? ape pon aku xnak kritik lebih sebab itu kepercayaan diorang....!!! 


TAIPEI - Sejumlah 70 cacing tanah dikahwinkan pada majlis perkahwinan besar-besaran di selatan Taiwan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar dan masalah hakisan tanah, kata pihak penganjur semalam.
Semua cacing tanah itu tiba di Taman Takang di bandar Tainan kelmarin.
Persatuan Pembangunan Komuniti Takang yang menganjurkan perkahwinan tersebut menyatakan, haiwan itu tiba dengan menaiki sebuah kereta yang dihias kain merah untuk disatukan dengan tanah-tanih di taman berkenaan.
"Upacara perkahwinan ini dilakukan menurut budaya tradisional Taiwan," kata ketua kumpulan persatuan itu, Huang Sen-nan.
"Kami mahu meningkatkan kesedaran orang awam berhubung keperluan untuk melindungi tanah tempat kita tinggal," katanya.
Hakisan tanah yang menyebabkan tanah runtuh apabila ribut taufan melanda merupakan antara masalah alam sekitar utama di Taiwan.
Kehadiran cacing tanah itu dapat membantu menghalang hakisan dengan meningkatkan struktur dan aliran air dalam tanah. - AFP
agak-agak lepas nie nak kahwinkan ape? 
KEPADA YANG BERAGAMA ISLAM JANGAN NAK MEREPEK BUAT MACAM NIE, SYIRIK HUKUMNYA