Ahad, 23 September 2012

GUINESS WORLD OF RECORDS UMUM ‘GANGNAM STYLE’ PECAH REKOD DUNIA

Assalamualaikum dan selamat malam(^_^)V

oppa gangnam

Sebernarnya aku x minat sangat dengan mamat nie, tapi sebab dia punye video hot sangat aku pon post la N3 nie yang aku ambil dari KuraKura.My...

Guinness World Of Records Umum ‘Gangnam Style’ Pecah Rekod Dunia | Guinness World Of Records semalam mengumumkan artis sensasi Korea, Psy kini telah memecahkan rekod dunia dengan video muzik popular beliau “Oppa Gangnam Style”!

Video muzik ini telah dinobatkan sebagai’Video Paling Disukai’ dalam sejarah YouTube, dan Guinness World Records telah memberi penghormatan kepada pencapaian beliau dengan pengumuman tentang lagu tersebut.

‘Gangnam Style’, yang dimuat naik di YouTube sejak 15 Julai, telah mendapat ’like’ melebihi 2,141,758 kali, menjadikan ia video yang paling disukai dalam sejarah YouTube.

Pesaing terdekat bagi kebanyakan video yang disukai di YouTube termasuklah LMFAO ‘Party Rock Anthem’ (1,574,963 likes), Bieber ‘Baby’ Justin (1,327,147 likes) dan Adele ‘Rolling In The Deep’ (1,245,641 likes).

Psy (nama sebenar: Park Jae-Sang) adalah seorang penulis lagu dan penyanyi rap.

‘Oppa Gangnam Style’, single beliau yang paling berjaya setakat ini, adalah video K-Pop yang paling banyak dilihat di YouTube.

Ini juga menandakan kali pertama seorang artis Korea Selatan telah mengungguli carta iTunes.

Dan Barrett, Pengurus Komuniti Guinness World Records, memberi komen, ‘Having been the “Have you seen this?!” video dua bulan lepas di seluruh web,

Bagaimanapun, video ini atas sebab yang tidak diketahui, tidak terpapar pada carta YouTube’s ‘Most Liked Videos of All Time, meninggalkan peminat tertanya-tanya.

Ia belum jelas mengapa video ini tidak tersenarai, ramai yang percaya ia mungkin disebabkan gangguan pada sistem, atau mungkin juga usaha untuk mensabotaj penguasaan artis dari benua Asia.

Sumber:MynewsHub dan KuraKura.My

Chong Wei Juarai Terbuka Jepun

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V


KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka Jepun Yonex apabila mengalahkan Boonsak Ponsana dari Thailand pada perlawanan akhir perseorangan lelaki di Stadium Yoyogi di Tokyo pada Ahad.
Pemain nombor dua dunia dan johan kejohanan pada 2010 itu diberi tentangan sengit oleh Ponsana sebelum muncul juara dengan 21-18, 21-18.
Tahun lepas, Chong Wei kalah kepada pemain China, Chen Long pada perlawanan akhir.
Bagaimanapun, tahun ini China memutuskan untuk menarik diri daripada kejohanan atas alasan bimbang terhadap keselamatan atlet akibat hubungan Beijing dan Tokyo yang semakin renggang berikutan perbalahan perebutan wilayah.
Dalam perlawanan beregu lelaki, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong kalah kepada pasangan korea Kim Ki-jung/Kim Sa-rang.
Selepas memulakan permainan dengan baik, malah mendahului 13-10 pada set pertama, Kien Keat dan Boon Heong memberi laluan kepada pasangan Korea itu menyamakan kedudukan seterusnya memenangi set pertama 21-16 dan set kedua 21-19.
Ini adalah kali kedua pasangan Malaysia kalah kepada pasangan Korea Selatan yang baru dibentuk itu, selepas kekalahan pertama di Terbuka Malaysia pada Januari.
Pada perlawanan beregu campuran, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying muncul juara selepas mengalahkan pasangan Indonesia Muhammad Rijal/Liliyana Natsir 21-12, 21-19.
Tuan rumah, Jepun mengalami tamparan apabila perseorangan wanita Eriko Hirose yang menang set pertama permainan, kalah kepada pemain Taiwan Tai Tzu Ying 9-21, 21-9, 21-14.
Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai USD200,000 (RM600,000). - BERNAMA
Sumber:MstarOnline
"Datuk Lee Chong Wei menang, beregu campuran pon menang, nasib sedikit malang apabila beregu emas negara Kien kiet dan Boon Heong tewas kepada pasangan korea KIm ki-jung/kim sa-rang :,0"

Kesan Air Tangan Orang Yang Tak Solat

Assalamualaikumdan selamat petang (^_^)V
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.
Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. – Wallahu a’lam.
Sumber:Myberita

17 terbunuh di Pakistan dalam protes ganas

Assalamualaikum dan Selamat petang (^_^)V


ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 17 maut dan 229 yang lain cedera dalam satu demonstrasi ganas di Pakistan pada Jumaat ketika protes dilihat terus tercetus di negara-negara Islam bagi membantah filem Innocence of Muslims serta karikatur terbitan majalah Charlie Hebdo di Perancis yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Seramai 12 orang maut di Karachi dan lima di Peshawar. Di Karachi, seorang anggota polis maut kerana ditembak ketika pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan supaya bersurai.
Setakat ini, seramai 19 orang mati di Pakistan dalam protes yang berlanjutan lebih seminggu. Sementara di Libya, protes ganas membunuh empat orang warga Amerika Syarikat termasuk dutanya, Chris Stevens.
Para penunjuk perasaan dikatakan tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa supaya mengadakan demonstrasi aman pada hari yang diisytiharkan sebagai hari cuti kebangsaan bagi menghormati Nabi Muhammad SAW.
Baca artikel penuh di KOSMOOnline



KES REMAJA HAMIL ANAK LUAR NIKAH : ‘SATU KELAHIRAN SETIAP HARI’

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

OHHH~ sedihnya aku bace satu artikel nie, KES REMAJA HAMIL ANAK LUAR NIKAH : ‘SATU KELAHIRAN SETIAP HARI’...Golongan yang terlibat selalunya berusia balsan tahun lebih kurang usia2 aku... statistik menunjukkan kelahiran oleh ramaja dibawah 19tahun meningkat hampir empat kali ganda pada 2011 iaitu 18,650 berbanding 5,962 pada tahun 2010... Dan yang paling memeranjatkan remaja semuda 12 tahun yang belum tahu erti kehidupan sudah pun melahirkan anak luar nikah!!! Apa nak jadi 'TEPUK DADA, TANYA IMAN'....

ohtidakbudakmelampau2


Kes Remaja Hamil Luar Nikah: ‘Satu Kelahiran Setiap Hari’ | KLANG – Semakin ramai remaja Malaysia hamil luar nikah dengan beberapa hospital utama mencatatkan sekurang-kurangnya satu kes setiap hari.

Menurut Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr Mohamad Farouk Abdullah, kira-kira 12,000 anak luar nikah dilahirkan di hospital tersebut.

“Kami ingat kes remaja hamil luar nikah hanya berlaku di Klang tetapi senario sama turut dihadapi enam hospital pakar di Selangor,” katanya.

“Remaja berusia 12 tahun merupakan remaja termuda melahirkan anak di hospital ini,” kata Dr Mohamad Farouk pada seminar ‘Pregnant by Choice, Not by Chance or Force’.

Ia dianjurkan hospital tersebut sempena bulan Perancangan Keluarga.

Kementerian Kesihatan merekodkan kira-kira 18,652 kelahiran oleh remaja berusia di bawah 19 tahun pada 2011 berbanding hanya 5,962 kes pada separuh kedua 2010.

Pegawai perubatan kebajikan sosial HTAR, Nurul Azira Mahamad Jafar berkata, dia menguruskan sekurang-kurangnya satu kes remaja hamil luar nikah setiap hari pada tahun ini.

“Saya pernah mengendalikan 14 kes, bilangan tertinggi dalam tempoh sehari melibatkan remaja hamil di usia muda,” katanya.

Nurul Azira memberitahu dia pernah menguruskan kes yang melibatkan remaja hamil luar nikah, mangsa rogol dan penderaan seksual di hospital tersebut dalam tempoh enam tahun.

Kebanyakan remaja yang hamil ini diarahkan oleh klinik untuk merujuk kepada hospital.

Ini kerana, kehamilan di usia remaja dianggap kes berisiko tinggi.

Seorang remaja berdepan risiko dua kali ganda untuk meninggal dunia akibat komplikasi kehamilan atau ketika melahirkan anak berbanding wanita berusia 20-an.

Kebanyakan remaja datang ke hospital mengadu mengalami ketidakselesaan di bahagian perut.

Sebagai sebahagian daripada protokol hospital, doktor akan melakukan pemeriksaan kehamilan ke atas mereka.

Sekiranya disahkan hamil, mereka akan dimasukkan ke wad dan pihak hospital akan memaklumkan perkara itu kepada keluarga remaja terbabit.

Nurul Azira berkata, remaja di bawah usia 18 tahun yang hamil dan anak mereka dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 serta akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam kebanyakan kes, remaja hamil luar nikah kerana mereka melakukan hubungan seks dengan pasangan masing-masing.

“Mereka terdiri daripada keluarga bermasalah dan berpendapatan rendah. Ada sesetengah daripada mereka melarikan diri dari rumah.

“Kami menjalin hubungan baik dengan remaja-remaja ini. Oleh kerana takut, mereka tidak akan menceritakan perkara itu kepada keluarga, jadi kami perlu mendapat kepercayaan mereka untuk memperoleh maklumat keluarga,” katanya.

Nurul Azira berkata, kebanyakan ibu bapa malu apabila dimaklumkan mengenai keadaan anak mereka.

“Mereka bimbang jiran akan mengetahui perkara tersebut. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang mengakui gagal mengawal tingkah laku anak mereka.

“Kebiasaannya kami akan menasihatkan remaja terbabit dan ibu bapa mereka untuk mendapatkan kaunseling,” katanya.

Jelasnya lagi, sekiranya ibu bapa tidak dapat menjaga ibu dan anak tersebut, mereka boleh menyerahkan kedua-duanya kepada JKM.

Beliau menceritakan kes remaja berusia 13 tahun yang melahirkan anak luar nikah baru-baru ini.

“Ibu bapanya berkata mereka enggan memberi jaminan bahawa remaja tersebut tidak akan hamil semula sekiranya bapa kepada anak luar nikah itu tinggal di kawasan sama,” katanya.

“Jadi mereka bersetuju untuk menghantar remaja dan bayi tersebut ke JKM,” katanya

sumber;Thestar, Mynewshub dan Kurakura.my

Dipecat kerana senyuman

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V


Gara-gara gambar senyum dirakam sewaktu melawat tempat kejadian kemalangan bas yang meragut 36 nyawa, seorang pegawai keselamatan dipecat... =___="
 baru senyum kalu dia gelak dah kene bunoh kot... 

Bace artikel dibawah untuk maklumat lanjut

SHAANXI: Kerana tersenyum di tempat kemalangan sebuah bas yang meragut 36 nyawa, seorang pegawai keselamatan dipecat.
Pegawai wilayah Shaanxi berkata, mereka bertindak memecat Yang Dacai atas tuduhan salah laku selepas gambar menunjukkan dia tersenyum ketika melawat kawasan kemalangan di Yan’an, tersebar di Internet.

Menurut mereka, gambar yang dirakam pada 26 Ogos itu menunjukkan Yang tidak mempunyai perasaan simpati terhadap mangsa.
Gambar itu turut mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Saya begitu sedih apabila tiba di tempat kejadian. Pegawai bawahan saya kelihatan gementar ketika meyampaikan butir kejadian kepada saya. “ Saya cuba mententeramkan mereka dan ketika cuba berbuat demikian, saya tersenyum,” katanya, cuba membela diri. - DM

Sumber:MetroOnline

Kru filem Johnny Depp mati lemas

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

Maut di set pengambaran pon masuk paper, Well bile dah keje ngan orang popular semua cerita jadi sensasi, ape pon yang dah meninggal nie, dia bukan tau pon yang dia akan masuk paper...  

bacalah artikel kat bawah untuk lebih lanjut

LOS ANGELES - Seorang penyelam yang bertugas di set penggambaran filem Lone Ranger lakonan Johnny Depp mati lemas ketika membersihkan sebuah tangki, jelas pihak polis dan studio filem Walt Disney Co.
Lelaki yang belum dikenal pasti itu dikatakan memakai peralatan skuba untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di dalam sebuah kolam di sebuah rumah ladang di Palmdale, utara Los Angeles.
"Kami dengan dukacita mengesahkan bahawa seorang kru filem Lone Ranger meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. Takziah buat ahli keluarga dan rakan-rakannya. Kami akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan berkaitan insiden ini," kata jurucakap Walt Disney Co., Paul Roeder dalam satu kenyataan.
Mangsa dikatakan sedang menyiapkan tangki tersebut untuk satu babak di dalam air. Punca kematian bagaimanapun masih belum dapat dipastikan. - Reuters
sumber:KosmoOnline
"yang mati tetap akan mati,kita yang masih hidup pon akan mati jugak satu hari nanti... gunakan kesempatan yang ade nie untuk 'enjoy' membuat ibadah"


Remy, Tiz sah putus cinta

Assalamualaikum dan selamat pagi(^_^)V

Baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan(terkejut ke?) dengan perpisahan Yuna dan Qi... Kini dua peneraju drama dan filem NUR KASIH pula, khabarnya, mereka pun mengambil keputan serupa dengan Yuna dan Qi, iaitu dengan memutusakan hubungan percintaan mereka... Artis yang dimaksudkan ialan Tiz Zaqyah dan Remy Ishak... Kepada yang Follow akaun twitter diorang nie dah tau kot... Oleh kerana aku tak follow diorang kat twitter so~ aku tau dari surat khaber j...

baca artikel di bawah untuk lebih lanjut

-kini tinggal kenangan-

KALI ini putus cinta yang ke-453! Sebaik sahaja petikan usikan yang ditulis sebuah portal hiburan itu diucapkan semula ke telinganya, duta Dashing itu tergelak besar. Dia memberi isyarat tentang cerita yang sudah berbulan tersimpan di dada itu sudah bukan sesuatu yang menyakitkan untuk dikongsi. Sementelah kata Remy, dia tidak sanggup membiarkan imejnya tercalar disebabkan kisah peribadi.
Cerita cinta Remy Ishak dan Tiz Zaqyah muncul lagi. Kali ini, sekali lagi luahan beremosi Remy menerusi laman Twitter miliknya mengundang andaian peminat dan media bahawa dia dan Tiz sudah tidak sehaluan.
Petikan-petikan yang berbunyi 'the relationship was gone a long time ago...' serta 'the best way to end the relationship is to burn the bridge...' yang ditulis Remy beberapa hari lalu semakin menguatkan spekulasi ramai bahawa percintaan mereka sudahpun berkecai.
Akui Remy, tulisan itu sebenarnya satu kenyataan rasmi berhubung status percintaannya dengan Tiz yang sering berdepan persepsi ramai.
"Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan," tegas Remy tentang percintaannya yang telah bertemu jalan penamat.
Berputik cinta dari lokasi filem Nur Kasih The Movie, Remy bagaimanapun tidak menafikan dibaluti kesedihan kerana terpaksa melupakan perhubungan yang telah dibina sejak tiga tahun lalu.
"Siapa tak sedih lepas putus cinta, tapi saya kena terima hakikat bahawa kami tidak boleh meneruskan komitmen dan memasuki fasa yang lebih serius. Saya harus melepaskan Tiz, dia masih muda, masih banyak yang mahu diterokainya," ujar Remy sambil memohon semua pihak agar tidak mencari kesalahan mana-mana pihak atas perpisahan mereka.
baca artikel penuh di KOSMOonline :)

Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk kandang Rimau... Kene Bahamla

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum...!!! mane ade mengaum, meraung adela sebab kene baham... 

Lain kali jangan sesuke hati nak masuk tempat orang, kalau salah masuk buruk padahnya.. Macam dalam artikel nie

NEW YORK: Seorang lelaki cedera parah dibaham seekor harimau Siberia selepas dia melompat ke dalam kandang haiwan berkenaan di Zoo Bronx, di sini, semalam.
Harimau itu hanya melepaskan lelaki berkenaan selepas petugas kecemasan menggunakan pemadam api untuk menakutkanya. 
Lelaki berusia 25 tahun itu menaiki monorel mengelilingi zoo berkenaan apabila dia melompat dari sebuah gerabak dan masuk ke dalam kandang harimau itu.

Dia dibawa ke sebuah hospital tempatan dan dilapor dalam keadaan kritikal.

Petugas zoo dan bomba berkata, lelaki itu cedera teruk pada lengan, kaki dan bahu selepas dibaham kira-kira 10 minit.

“Sebelah kakinya cedera teruk,” kata jurucakap Jabatan Bomba, Frank Dwyer.

Laporan awal menyatakan, sebelah kaki lelaki itu putus. - AFP


Sumber:Metroonline :)

Guru dilanggar kereta peragut

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

Pepagi lagi aku dah hidangkan isu jenayah kat blog aku nie... Nak wat camne berita hot nie harus dikongsi...
Jenayah ragut merupakan satu jenayah yang spontan selalunya mereka x membuat perancangan sebab tu la ade yang kene tetakla, meninggalla dan macam lagilah, Jenayah ragut nie merupakan satu jenayah yang serius kerana bukan sahaja harta benda mangsa yang diragut malah nyawa mangsa pun boleh kene ragut jgak...

X silap bulan lepas kat kelantan ade seorang seorang wanita kene tetak tangannye kerana cuba mempertahankan beg tagannya daripada diragut... Terbaru masih di negeri yang sama seorang Guru bukan sahaja diragut malah dua kali dilanggar oleh kereta yang dinaiki peragut.... Kejam kah manusia sekarang???


KOTA BHARU - Seorang guru bukan sahaja kerugian RM2,000 akibat diragut malah dilanggar dua kali oleh kereta yang dinaiki peragut terbabit, mengakibatkan tulang pinggul kiri wanita berusia 48 tahun itu patah.
Kejadian berlaku ketika Zura Ashikin Mustafa memasukkan bekas makanan yang dibelinya untuk kegunaan sekolah ke dalam kereta Proton Waja miliknya di Pasir Tumboh dekat sini pukul 8 pagi kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Idris Abd. Rafa berkata, dalam kejadian itu, peragut terbabit bertindak meragut beg tangan mangsa dari arah belakang menyebabkan mangsa terjatuh.
Mangsa kemudian diseret sejauh tiga meter sebelum dia terbaring di depan kereta suspek dipercayai jenis Nissan Sentra dan kemudian dilanggar.
Zura merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Dato Hashim, Pengkalan Chepa.
Idris berkata, mangsa dilanggar kereta yang dipercayai dinaiki tiga orang termasuk peragut berkenaan sebelum mereka melarikan diri ke arah Jalan Peringat.
"Mangsa yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian mengalami patah tulang pinggul kiri serta luka di sana sini," katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.
Sementara itu Zura memberitahu, kejadian yang berlaku begitu pantas sejurus dia keluar dari bank berdekatan untuk mengeluarkan sejumlah wang.
Katanya, dia kemudian ke kedai berhampiran untuk membeli bekas makanan bagi kegunaan sekolah sebelum kemudian kembali ke keretanya.
"Ketika itulah saya diragut tetapi yang saya sedar badan diseret, kemudian terbaring di atas jalan sebelum dilanggar kereta itu," ujarnya.
Zura mendakwa dia dilanggar kereta itu dua kali.
Kosmo! pada 30 Ogos lalu melaporkan seorang wanita yang cuba menyelamatkan beg tangannya daripada diragut, hampir putus pergelangan tangan kirinya akibat ditetak dengan parang beberapa kali oleh penjenayah terbabit.
sumber:KOSMOonline :)

Emas Malaysia RM300,000 seekor

Assalamualaikum dan selamat pagi... (^_^)V


Ikan berharga RM300K, beli rumah sebijik kereta sedijik cukup nie... macam x percayakan seekor ikan berharga RM300k, percaya ke x, harus percaya jugak... Sebernarnya yang berharga RM300K bukan yang kat atas nie, tapi yang kat atas nie pon mau RM20k kalau dijual, kire mahal jugak la, yang berharga RM300K same spesis di atas tapi berciri unik iaitu bersifat albino(platinum)... Tak tau ape  itu Albino 'search' google je la malas nak cari....

-inilah ikan kelisa albino@platinum-

Baca artikel dibawah untuk maklumat lanjut

JIKA durian terkenal dengan jolokan raja buah, arowana emas Malaysia pula mengungguli carta teratas bagi kategori ikan hiasan.
Nilainya yang mampu mencecah puluhan ribu ringgit seekor menyebabkan spesies ikan yang dikatakan hanya boleh didapati di Tasik Bukit Merah, Semanggol, Perak itu digelar sebagai 'emas yang berenang'.
"Siapa sangka ikan kelisa (panggilan penduduk tempatan bagi arowana emas) yang enak dimasak gulai dan kadangkala dijadikan pekasam oleh penduduk kampung dahulu rupa-rupanya begitu berharga.
"Pada awal 1970-an, ikan ini mudah didapati dan biasa terperangkap di dalam lopak air di bendang padi dan tali air setiap kali selepas musim banjir," ujar Ahmad Don, 58, mengimbas kenangan zaman kanak-kanaknya kepada Jurnal baru-baru ini.
Namun begitu, Ahmad yang ketika itu berusia belasan tahun merupakan antara segelintir individu yang menghidu potensi arowana emas sebagai ikan hiasan.
Dengan membeli anak ikan itu hidup-hidup daripada penduduk tempatan yang mengailnya dari Tasik Bukit Merah, beliau menjualnya semula kepada peniaga ikan hiasan di Pulau Pinang pada harga RM15 seekor.
Rezeki menjual ikan kelisa secara kecil-kecilan itulah sebahagian usaha Ahmad yang menjadi anak yatim seawal usia dua tahun untuk membantu ibunya menyara keluarga.
"Dari situ minat saya terhadap arowana khususnya spesies emas Malaysia mula bercambah. Kenangan zaman remaja itu telah menjadi inspirasi kepada saya untuk menceburkan diri dalam industri penternakan ikan arowana secara serius pada tahun 2001.
"Sebelum menubuhkan Bukit Merah Aquaculture (M) Sdn. Bhd. (BMA) yang menjadi perintis kepada industri ikan arowana di Bukit Merah ini, saya juga pernah membuka kedai ikan hiasan di Taiping," jelasnya.
Harga
Bermula dengan 25 buah kolam yang dibina di atas tanah pusaka arwah bapanya seluas 0.8 hektar, kini Pengarah Urusan BMA itu boleh berbangga kerana memiliki 1,000 buah kolam ternakan ikan arowana.
Walaupun menternak pelbagai spesies arowana seperti mas merah, highback, merah banjar, super red, merah cili, emas highback, perak dan hijau, bagi Ahmad, emas Malaysia ialah spesies yang paling berharga.
"Jika spesies lain, seekor anak ikan sebesar 12.7 sentimeter (sm) boleh dijual pada harga RM20 hingga RM1,500, anak ikan arowana emas Malaysia pula berharga RM2,500 seekor.
Baca Artikel penuh di KosmoONline
"ini ikan kelisa ke kereta kelisa?"

PENGAJARAN : AWEK 16 TAHUN HAMIL DITINGGAL KEKASIH DAN DIUSIR KELUARGA

Assalamualaikum dan selamat  pagi (^_^)V

AWEK 16 TAHUN HAMIL DITINGGAL KEKASIH DAN DIUSIR KELUARGA | KULIM – Kerana ditipu kekasih, seorang remaja berusia 16 tahun kini terpaksa menanggung masalah dihadapi sendirian setelah doktor mengesahkannya hamil.
Lebih mengecewakan, kekasihnya berusia 17 tahun yang sebelum ini berjanji akan menikahinya bersikap lepas tangan dan menuduh anak dalam kandungannya itu milik orang lain.

Dia, yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi berkata, kejadian berlaku di rumah teman lelakinya apabila kedua-dua mereka bertindak ponteng sekolah.

Katanya, memandangkan tidak ada wang dan tempat untuk pergi, teman lelakinya mempelawa balik ke rumahnya untuk berehat sehingga tamat waktu sekolah.

“Pada mulanya saya memang takut untuk melakukan hubungan seks dengan kekasih saya itu. Saya bimbang sekiranya mengandung, namun termakan dengan pujuk rayunya, saya bersetuju untuk melakukan perbuatan sumbang itu bersamanya.

“Sebagai pelajar sekolah, saya masih tidak tahu apa-apa tentang hamil, walaupun saya sudah tidak datang haid selama empat bulan. Sehinggalah pada bulan kelima, saya rasa seperti ada sesuatu bergerak dalam perut.

“Saya kemudiannya pergi ke klinik untuk menjalani ujian air kencing dan doktor mengesahkan saya hamil. Saya cuba hubungi kekasih saya itu tetapi dia sudah menukar nombor telefon,” katanya.

Memandangkan keadaan perutnya yang semakin membesar, Mimi kemudiannya memaklumkan kejadian yang berlaku kepada keluarganya.

Malangnya, keluarga mengusirnya keluar dari rumah kerana rasa terhina dengan perlakuannya. Mimi kemudiannya pergi berjumpa seorang rakan dan menceritakan masalah dialaminya. Kerana simpati, rakannya itu membenarkan Mimi tinggal di rumah sewanya sehinggalah dia bersalin.

“Ketika dalam pantang, saya didatangi sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak. Mereka meminta kebenaran untuk menjaga anak saya. Saya tidak ada pilihan lain selain menyerahkan bayi perempuan saya kepada mereka.

“Saya tidak berniat untuk menjualnya, tetapi kerana ketiadaan wang, saya terpaksa meminta RM1,500 daripada pasangan itu,” katanya.

Katanya, kerana cinta dia hilang keluarga, anak dan sekolah dan berharap golongan remaja lain menjadikan apa yang berlaku kepadanya sebagai iktibar.

“Kerana terlalu sayang seorang lelaki yang masih mentah dan terlalu taksub pada cinta, akhirnya saya tinggal berseorangan. Ingatlah usia muda hanya datang sekali dan jangan kita sia-siakannya,” katanya.sumber

Sumber;KURAKURA.MY

'Sudah jatuh ditimpa tangga' pribahasa yang paling sesuai untuk kisah 'AWEK' nie... mule-mule kene tinggal boypren pastu kene halau ngan keluarga plak, nasib baik ade seorang kawan yang baik hati untuktolong kalau x, dh digugur kot anak dalam perut tu... akhirnya terpaksa berpisah jua ngan anak yang dikandungnya sembilan bulan...

PENGAJARAN(perempuan):jangan terlalu percaya sangat dengan boypren tu... mule-mule je sayang, kalau perut dah mule naik macam2la alasan dibagi... 'jangan mempercayai seorang lelaki sebelum dia menjadi ahli keluarga/suami '  

Kene Belasah Sebab Potong Barisan

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

Kerana memotong barisan/que seorang wanita dibelasah oleh seorang lelaki... Kejadian  berlaku di sebuah restora makanan segera McDonald/McD(bukan di Malaysia)!!!

Tonton Video Dibawah



"Potong barisan je dah kene belasah, kalau potong bende lain dah kene bunuh kot... hahaha~
kalau ade kat Malaysia mesti yang kene belasah akan cakap 'see u in court'... :D"

Aliff Aziz Simpan Duit, Mahu Bawa Ibu Bapa Ke Mekah Tunaikan Haji

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V



PETALING JAYA: Penyanyi dari Singapura Aliff Aziz berhasrat untuk menghantar ibu dan bapanya ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah Haji dengan menggunakan wang hasil kerja titik peluhnya sendiri.
Pemilik nama sebenar Mohammad Aliff Aziz, 21, ini berkata, ia merupakan sebahagian perancangan besarnya dan berharap, keputusan yang dibuat untuk menetap di Kuala Lumpur (KL) bagi mengembangkan karier nyanyiannya adalah tepat agar dapat menjana pemdapatan yang lebih bagus.
"Meninggalkan keluarga di Singapura demi mengejar impian dalam hidup bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan.
"Dan sejak saya berhijrah ke KL sembilan bulan lalu, saya sudah pun memiliki misi yang tersendiri iaitu mahu mengukuhkan kerjaya dan mengumpul wang supaya dapat menghantar ibu dan bapa saya ke Mekah.
"Hasrat itu sudah lama saya simpan dan harap-harap ia akan tercapai dan semestinya ia akan menggembirakan mereka," katanya.
baca artikel penuh di Mstaronline
"Gembira mak bapak si Aliff nie, bile tau anaknya mengumpul duit untuk menghartar mereka menunaikan rukun islam yang ke lima... Bukan semua anak mampu wat camni, paling2 pon kalau kumpul duit nak buat kawin... kan"