Ahad, 23 September 2012

Chong Wei Juarai Terbuka Jepun

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V


KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka Jepun Yonex apabila mengalahkan Boonsak Ponsana dari Thailand pada perlawanan akhir perseorangan lelaki di Stadium Yoyogi di Tokyo pada Ahad.
Pemain nombor dua dunia dan johan kejohanan pada 2010 itu diberi tentangan sengit oleh Ponsana sebelum muncul juara dengan 21-18, 21-18.
Tahun lepas, Chong Wei kalah kepada pemain China, Chen Long pada perlawanan akhir.
Bagaimanapun, tahun ini China memutuskan untuk menarik diri daripada kejohanan atas alasan bimbang terhadap keselamatan atlet akibat hubungan Beijing dan Tokyo yang semakin renggang berikutan perbalahan perebutan wilayah.
Dalam perlawanan beregu lelaki, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong kalah kepada pasangan korea Kim Ki-jung/Kim Sa-rang.
Selepas memulakan permainan dengan baik, malah mendahului 13-10 pada set pertama, Kien Keat dan Boon Heong memberi laluan kepada pasangan Korea itu menyamakan kedudukan seterusnya memenangi set pertama 21-16 dan set kedua 21-19.
Ini adalah kali kedua pasangan Malaysia kalah kepada pasangan Korea Selatan yang baru dibentuk itu, selepas kekalahan pertama di Terbuka Malaysia pada Januari.
Pada perlawanan beregu campuran, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying muncul juara selepas mengalahkan pasangan Indonesia Muhammad Rijal/Liliyana Natsir 21-12, 21-19.
Tuan rumah, Jepun mengalami tamparan apabila perseorangan wanita Eriko Hirose yang menang set pertama permainan, kalah kepada pemain Taiwan Tai Tzu Ying 9-21, 21-9, 21-14.
Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai USD200,000 (RM600,000). - BERNAMA
Sumber:MstarOnline
"Datuk Lee Chong Wei menang, beregu campuran pon menang, nasib sedikit malang apabila beregu emas negara Kien kiet dan Boon Heong tewas kepada pasangan korea KIm ki-jung/kim sa-rang :,0"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan