Ahad, 23 September 2012

Guru dilanggar kereta peragut

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

Pepagi lagi aku dah hidangkan isu jenayah kat blog aku nie... Nak wat camne berita hot nie harus dikongsi...
Jenayah ragut merupakan satu jenayah yang spontan selalunya mereka x membuat perancangan sebab tu la ade yang kene tetakla, meninggalla dan macam lagilah, Jenayah ragut nie merupakan satu jenayah yang serius kerana bukan sahaja harta benda mangsa yang diragut malah nyawa mangsa pun boleh kene ragut jgak...

X silap bulan lepas kat kelantan ade seorang seorang wanita kene tetak tangannye kerana cuba mempertahankan beg tagannya daripada diragut... Terbaru masih di negeri yang sama seorang Guru bukan sahaja diragut malah dua kali dilanggar oleh kereta yang dinaiki peragut.... Kejam kah manusia sekarang???


KOTA BHARU - Seorang guru bukan sahaja kerugian RM2,000 akibat diragut malah dilanggar dua kali oleh kereta yang dinaiki peragut terbabit, mengakibatkan tulang pinggul kiri wanita berusia 48 tahun itu patah.
Kejadian berlaku ketika Zura Ashikin Mustafa memasukkan bekas makanan yang dibelinya untuk kegunaan sekolah ke dalam kereta Proton Waja miliknya di Pasir Tumboh dekat sini pukul 8 pagi kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Idris Abd. Rafa berkata, dalam kejadian itu, peragut terbabit bertindak meragut beg tangan mangsa dari arah belakang menyebabkan mangsa terjatuh.
Mangsa kemudian diseret sejauh tiga meter sebelum dia terbaring di depan kereta suspek dipercayai jenis Nissan Sentra dan kemudian dilanggar.
Zura merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Dato Hashim, Pengkalan Chepa.
Idris berkata, mangsa dilanggar kereta yang dipercayai dinaiki tiga orang termasuk peragut berkenaan sebelum mereka melarikan diri ke arah Jalan Peringat.
"Mangsa yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian mengalami patah tulang pinggul kiri serta luka di sana sini," katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.
Sementara itu Zura memberitahu, kejadian yang berlaku begitu pantas sejurus dia keluar dari bank berdekatan untuk mengeluarkan sejumlah wang.
Katanya, dia kemudian ke kedai berhampiran untuk membeli bekas makanan bagi kegunaan sekolah sebelum kemudian kembali ke keretanya.
"Ketika itulah saya diragut tetapi yang saya sedar badan diseret, kemudian terbaring di atas jalan sebelum dilanggar kereta itu," ujarnya.
Zura mendakwa dia dilanggar kereta itu dua kali.
Kosmo! pada 30 Ogos lalu melaporkan seorang wanita yang cuba menyelamatkan beg tangannya daripada diragut, hampir putus pergelangan tangan kirinya akibat ditetak dengan parang beberapa kali oleh penjenayah terbabit.
sumber:KOSMOonline :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan