Isnin, 1 Oktober 2012

Vodka Tertulis Nama Allah Cetus Kemaharahan

Assalamualaikumdan selamat malam (^_^)V

Salah sebuah pengeluar vodka terbesar di Kazakhstan,Goem,mencetus kemarahan umat Islam di negara itu apabila meletakkan label tertulis kalimah ‘Allah’ pada salah satu produk minuman kerasnya.
Pembalut plastik pada penutup botol vodka Baiterek itu tertera kalimah ‘Allah’ dengan menggunakan slogan ‘Kekuatan Allah Cukup Untuk Semua Orang’.
Beberapa pemimpin Islam, ulama dan masyarakat muslim di negara itu telah mengadakan demontrasi selama lebih seminggu sambil mengutuk tindakan syarikat yang tidak bertanggungjawab mencemar nama ‘Allah’ itu.
“Sekiranya mereka yang melakukan perkara ini mahu selamat, mereka perlu meminta maaf dan bertaubat segera.
“Allah melarang minuman beralkohol dan perbuatan ini adalah satu penghinaan kepadaNya,” kata salah seorang ulama, Bekzat Boranbai, yang dipetik dari stesen penyiaran negara itu, KTK Televisyen.
Menurut fahaman penganut Kristian yang menggemari minuman keras di negara itu, kalimah ‘Tuhan’ merujuk kepada ‘Allah’ dan ia menjustifikasikan penggunaan kalimah itu pada pembalut botol vodka tersebut.

Bagaimanapun, pihak berkuasa negara serpihan Soviet Union itu dengan segera bertindak mengarahkan syarikat pengeluar vodka jenama Baiterek tersebut untuk menarik balik semua produk mereka serta merta.
Seorang jurucakap yang mewakili syarikat Goem menjelaskan bahawa insiden meletakkan label yang mencetus kemarahan umat Islam itu adalah berpunca dari salah faham yang berlaku dari peringkat keluaran pertama produk itu di negara jiran, Rusia.
Di Rusia, labelnya tertulis perkataan ‘God’ yang membawa makna ‘Tuhan’ dan pihak pemasaran di Kazakhstan pula menggunakan label berbahasa arab menterjemahkan perkataan itu sebagai ‘Allah’.

SUMBER:MyBerita


Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang ita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.


apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.

SUMBER:MyBerita

FA:Amalkan berzikir ini, kerana ianya mampu mencerdaskan otak kita.. malahan, kita juga akan memperolehi pahala melaluinya...

saat-saat terakhir Rasullulah S.A.W.

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

Pagi ini, air mata yang telah lama ku tahan  akhirnya telah mengalir jua, tumpah ke bumi tatkala menonton video "saat-saat terakhir Rasullulah S.A.W."

Ya Rasulullah.betapa kau sgt mencintai umatmu tetapi umatmu skrg bnyk yg melalaikan Al-Quran dan Sunnah mu.

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]



FA:sebenarnya aku tidak sanggup mnonton video ini,tetapi hati ini meronta ingin menontonnya!!! 

ANTARA SEBAB JIN MERASUK MANUSIA

Assalamaualaikum dan selamat pagi (^_^)V


Manusia tidak lari daripada diganggu atau dirasuk oleh jin. Sebab Jin suka merasuk manusiakerana tidak menutup aurat dan menjadi sasaran utama untuk dipikat oleh jin.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.




Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat, katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Sumber : froyoplus dan kurakura.my

FA:Manusia ialah sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t.... Takkan kita nak tunduk pada Jin kot, sedangkan martabat kita lebih tinggi daripada jin... 

GEMPAR APABILA GAMBAR JESUS MUNCUL DI DALAM BUKU PANDUAN HAJI

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

jesus indo


Di Indonesia berlaku kegemparan apabila gambar Jesus ditemui tercetak di dalam sebuah buku panduan haji yang diedarkan kepada bakal haji dariBengkulu, Sumatra. Di dalam buku tersebut, gambar Jesus sedang mengembala kambing dengan ayat “Yesus dan gembala yang baik” tertulis dibawahnya.



Paling mengejutkan risalah panduan ini dihasilkan oleh Direktorat Jenderal Penyelenggaraan Haji dan Umroh Kementerian Agama Republik Indonesia sendiri.


Pegawai dari Kementerian Agama Kota Bengkulu mahukan insiden ini disiasat kerana pada pendapat mereka gambar Jesus ini tidak mungkin tercetak secara tak sengaja tanpa disedari pihak berwajib. Pada masa yang sama kesemua 280 bukuamalan haji yang diedarkan kepada bakal haji terus diperiksa bagi memastikan tiada gambar Jesus di dalamnya.

Macam mana gambar Jesus oleh muncul di dalam buku amalam ni? Warga saiber Indonesia merasakan ini tindakan khianat golongan tertentu yang cuba melaga-lagakan umat Islam dan Kristian negara mereka untuk kepentingan peribadi. Mereka menggesa supaya orang ramai supaya tidak mudah mengamuk dan melenting atas insiden kecil ini.

Sumber:kurakura.my