Rabu, 26 September 2012

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Hina Islam Dalam Facebook

Assalamualaikum dan selamat Malam (^_^)V

Semalam aku ade buat N3 pasal seorang lelaki yang menghina Allah dan Rasullulah S.A.W. klau nak baca klik SINI

Hari nie polis telah menahan lelaki terbabit... 

KLANG – Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang.
Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi.
“Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di Klang hari ini.
Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini.
Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang membuat laporan polis berhubung komen tersebut.
SUMBER:MYNEWSHUB.MY DAN BERNAMA
FA:Sepandai-pandai tupai melompat pandai lagi aku melompat... Jika mamat nie betul2 bersalah biar undang-undang yang menghukumnya... 

Dipenjara 20 Tahun Padah Campak Anak

Assalamualaikum dan selamat petang (^_^)V

IPOH: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah mendera dan mencampak anak lelakinya ke dinding rumah hingga menyebabkan mangsa mati, empat tahun lalu.
Tertuduh, Kamalruddin Mohamed Ghani, 31, berasal dari Kamunting, Taiping, mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Rizaudin, tiga tahun.
Kamalruddin didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di No. 345, Kampung Baru Sambungan, Kamunting, Taiping, pada kira-kira jam 5 petang antara 1 hingga 2 November 2008.

sekadar hiasan
Berdasarkan fakta kes, Kamalruddin didapati mengangkat dan membaling anaknya itu ke dinding rumah berulang kali termasuk memukul anaknya itu dengan menggunakan rotan.
Tindakan itu menyebabkan mangsa pengsan sebelum disahkan meninggal dunia apabila dibawa ke Hospital Taiping (HT).
Laporan bedah siasat menunjukkan tubuh mangsa dipenuhi beberapa kesan lebam lama dan baru di muka, badan dan kaki akibat dipukul selain kesan lecur pada kedua-dua tapak tangan dan kaki.
SUMBER:MyBERITA
FA:Ini baru hukum kat dunia, belum hukum Allah kat akhirat nanti... semoga dia bertaubat :) 

Apa Dah Berlaku Di Lawas, Sarawak Ni???

Assalamualaikum dan selamat petang (^_^)V

Apa berlaku di lawas Serawak? aku pon tak tau, nak tau baca artikel kat bawah ni...

Apa Dah Berlaku Di Lawas, Sarawak Ni???

Kita sangat terkejut dengan kekecohan yang berlaku di Lawas, Sarawak.
Beberapa keping gambar yang diterima ini menunjukkan satu situasi yang tidak patut berlaku di negara kita yang tercinta.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) layak diberi pujian kerana segera mengawal keadaan namun rasanya masih banyak yang perlu mereka lakukan bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang.
Kekecohan dikatakan bermula apabila seorang pemuda Edwin Singa Pelipus, 19, telah dibunuh dengan kejam mengunakan objek pemutar skru hingga menembusi salah satu lubang telinganya kemudian dilanggar dan dibunuh pada Sabtu lalu
Difahamkan, kes bunuh ini ada kaitan dengan dadah.
Motif pembunuhan masih lagi dalam siasatan dan menurut beberapa sumber menyatakan pembunuh adalah lebih dari seorang dan 11 suspek kini ditahan pihak polis Lawas bagi membantu siasatan.
Kejadian ini merupakan kejadian pergaduhan paling serius berlaku di daerah Lawas setakat ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung mengingatkan penduduk di daerah Lawas termasuk anggota polis dan ketua masyarakat agar mengambil peranan masing-masing bagi memastikan tidak timbul insiden tegang berikutan kes pembunuhan kejam agar tidak lalai dengan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan keamanan dan keselamatan terus terjamin di daerah Lawas.
Satu mesyuarat diadakan bersama ketua masyarakat Lawas bagi membincangkan aspek ketenteraman di daerah Lawas.
Sumber:Mynewshub.my

Bayi 4 bulan boleh bercakap???

Assalamualaikum dan selamat petang (^_^)V


FA:sebenarnya bayi nie bukan boleh bercakap macam budak berusia 2-3 tahun, tapi bayi nie memberi respon apabila diajak berbual... BTW comel sangat budak nie... :)

BAGAIMANA TERJADINYA LESUNG PIPIT

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

lesung pipit
-gambar hiasan-

Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, factor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi.

Lesung pipit atau lekuk kecil yang ada di pipi seseorang memang boleh menambah kecantikan atau ketampanan. Tapi tidak semua orang memiliki lesung pipit di wajahnya.

Kenapa ada orang yang memiliki lesung pipit dan ada juga yang tidak? Beberapa masyarakat ada yang percaya dengan mitos bahawa lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menusukkan ujung cili ke pipi bayi.

Tapi ternyata mitos tersebut tidaklah benar kerana lesung pipit terjadi akibat kelainan dari otot pipi yang diturunkan. Lesung pipit boleh muncul di kedua pipi atau hanya di salah satu pipi saja dan biasanya akan terlihat dengan jelas di wajah seseorang ketika sedang tersenyum, bercakap atau tertawa.


Beberapa orang memiliki lesung pipi yang dalam dan sangat terlihat, sedangkan yang lainnya hanya samar-samar. Fenomena lesung pipit dipengaruhi oleh faktor genetik dan diperlukan gen lesung pipit yang dominan.

Jika salah satu orang tua memiliki lesung pipit, maka ada kemungkinan lesung pipit ini akan diturunkan ke generasi berikutnya. Anak-anak yang terlahir dari salah satu orangtua dengan lesung pipit akan memiliki kesempatan sebesar 25-50%.

Seperti dipetik dari NCTimes, Rabu (29/12/2010) Dr Joel Pessa, seorang ahli bedah plastik di University of Texas Health Science Center dalam majalah yang diterbitkan jurnal Clinical Anatomy tahun 1998, menuturkan lesung pipit disebabkan oleh kecacatan dari otot zygomaticus utama.

Ketika seseorang tersenyum atau bercakap, maka ada daya tarik dari kulit yang membuat lesung pipit muncul akibat efek penarikan kulit tersebut. Hal ini diketahui setelah peneliti membedah anatomi wajah 50 mayat yang memiliki lesung pipit.

Lesung pipit umumnya tidak nampak ketika seseorang sedang diam, kerana otot pipi tersebut tidak mengalami penarikan atau dalam posisi diam. Beberapa orang ada yang hanya memiliki lesung pipit ketika masih kanak2 atau remaja.

Hal ini kerana seiring waktu otot wajah ini secara perlahan akan meregang yang membuat lesung pipit memudar atau hilang.

Sumber:KuraKura.My 

FA:Yang x der lesung pipit tu jangan sedih, lesung batu kan ade!!! =)

Meh Kita Tengok Sesi Temuduga Dengan Peragut!

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V


Meh Kita Tengok Sesi Temuduga Dengan Peragut! 

Malaysia inilah satu negara yang rakyat dia memiliki tahap kesabaran dan intelektual yang tinggi.
Apa yang anda akan saksikan dalam klip video di bawah, adalah seorang remaja lelaki ditangkap kerana meragut di Bukit Kiara pada Mac lalu.
Boleh tak anda bayangkan tak apa yang akan berlaku kalau seorang paragut ditangkap di negara seperti China, India, Indonesia atau mana-mana negara Afrika?
Belasah separuh mati itu sudah wajib…..namun hampir pasti akan dibogelkan, dikerat anunya, dicurah petrol dan dibakar.
Itulah nasib kalau buat hal di negara-negara seperti di atas.
Di Malaysia macam mana? Ada kes belasah, bukan tidak ada. Tapi tidak pernah melampau.
Dalam klip di bawah lagi best. Awal klip tu adalah seorang yang tengah memukul…balik dia yang kena sound….“kau sape nak jatuh hukum kat sisni”….pulak dah!
Lepas tu, budak yang meragut itu diberikan layan kategori penuh manja dan cukup dengan kata-kata nasihat.
Oklah…adalah ciri-ciri negara yang mana rakyatnya terpelajar dan bijak.
Tunggu polis datang dan bawak balai untuk mulakan siasatan.
Kalau tanya penulis, kedua-dua kaedah ada betulnya.
Kalau belasah pun okay…nak bagi nasihat pun okay.
Nasib si penjenayah la dia kantoi dalam kumpulan anggota masyarakat yang mana. Kalau kena belasah pun jangan nak mengadu, kerana jenayah meninggalkan luka dan parut yang mungkin tidak akan hilang dalam jiwa dan fizikal mangsa serta anggota masyarakat di sekitarnya.
Cuma dalam klip di bawah ini, betul-betul bernasib baik la budak yang meragut tu, brader yang duk rakam tu tak putus-putus menasihat dengan ikhlas hati…walaupun nasihat dia pun entah apa-apa…adake patut suruh pergi mintak sedekah!



FA:Jandikan lah video nie sebagai pengajaran 'sepandai-pandai tupai melompat, pandai lagi kangru melompat'... No ragut-ragut!!! x der duit jadilah perngemis =)

ANTARA ‘SITI’ YANG PATUT WANITA CONTOHI

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

N3 nie sesuai dibaca para wanita diluar sana... Kalau lelaki pon nak baca tak der masalah nak tambah ilmu kan..

9 Orang ‘Siti’ Yang Patut Wanita Contohi
-gambar hiasan-


Terdapat ramai kaum hawa yang dinamakan ‘siti’ di dunia ini. Namun senarai Siti yang hebat dibawah ini yang patut di contohi oleh kaum hawa

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah S.A.W. yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali Karamallahu Wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata, “aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.”

3) Siti Aishah

- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi S.A.W minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah S.W.T untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8 ) Siti Muti’ah

- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah S.W.T.

Semoga kita mencontohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran untuk mendidik isteri dan anak-anak perempuan kita.

Sumber:KuraKura.My

FA:Maaf, Siti Nurhaliza tak der dalam list... Kalau nak contohi safat dia x per, kalau nak contohi penampilannya pikir banyak kali...