Ahad, 14 Oktober 2012

Rahsia Pop Corn Yang Jarang Diketahui

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V


Ramai yang gemar makan porpcorn atau lebih dikenali sebagai bertih jagung di kalangan orang Melayu. Snek ini paling popular dan sangat digemari terutama sewaktu menonton wayang di pawagam. Namun tak ramai yang tahu popcorn mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan.
Porocorn dikategorikan sebagai bijiran sempurna atau whole grain yang berkhasiat tinggi seperti oat, barli dan beras perang.
Popcorn mengandungi tiga bahagian bijirin iaitu germa, bran dan endosperma
Germa – Bahagian yang sangat kaya dengan vitamin dan mineral serta mengandungi protein dan lemak yang menyihatkan.
Bran – Lapisan kulit yang melindungi isirong atau kernel yang berfungsi seperti kulit kacang. yang kaya dengan nutrien, vitamin B, antioksidan dan serat.
Endosperma – Bahagian dalam isirong yang lembut yang mengandungi kanji dan protein dan sedikit vitamin dan mineral.
Bijian sempurna seperti popcorn dapat membantu mengurangkan risiko pembentukan beberapa penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kolesterol, kencing manis, obesiti dan beberapa jenis kanser.
Seorang ahli kimia Amerika Dr Joe Vinson mendapati popcorn mengandungi paras polifenol yang tinggi yang merupakan antioksidan yang dipercayai dapat menyingkirkan redikal bebas dari badan. Reikal bebas merupakan kimia yang berpotensi menyebabkan kemusnahan sel dan tisu dalam tubuh.
Popcorn amat baik bagi mereka yang obesiti yang sedang cuba menurunkan berat badan. Mengambil popcorn sebagi alas perut dapat memberi rasa kenyang yang panjang.
Sumber:Myberita
FA:kiranye kita berhibur sambil menjaga kesihatan la nie!!!

Azab Kubur – Mayat Dikebumikan Dalam Kubur Yang Dipenuhi Air

Asslamualaikum dan selamat pagi (^_^)V


Pak abu mengamuk lagi. Kedua tamu di hadapannya di tatap tajam. Kedua tamu itu hanya menunduk. “Tanah ini milik aku”, kata Pak Abu dengan sombong. Sejurus kemudian, kedua tamu itu meminta izin pulang. Tamu itu pulang dengan hampa. Buat apalah dibujuk lagi Pak Abu yang memang keras hati itu. Kali ini mereka memang benar-banar hampa apabila sekali lagi pak abu menolak permintaan mereka.
Pak abu masih merenung tamu yang keluar terkocoh-kocoh itu. Kehadiran mereka memang tidak disenangi Pak abu. Mereka ingin meminta izin Pak abu untuk menambat pipa air yang dalam kawasan bawah tanah milik Pak Abu. Jika Pak Abu tidak mengzinkan, nampaknya orang kampung yang mau membuat rumah di tanah lot sebelah terpaksa menggunakan air sumur. Pak abu tersengeh-sengih ….
Tibalah masanya Tuhan ingin mengambil apa yang dipinjamkan pada hambanya. Pada suatu pagi yang hening, Pak Abu terjatuh lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Maka terpusu-pusulah orang kampung datang untuk menguruskan jenazah Pak Abu.
Setelah jenazah Pak Abu disembahyangkan, maka tibalah masanya jenazah itu disemadikan di tanah pekuburan di kampung itu. Ketika jenazah dikirim tanah pekuburan, awan mulai berarak mendung. Penggali kubur telah siap menunggu kehadiran jenazah Pak Abu.
Pada saat jenazah Pak Abu ingin diturunkan, serta merta keluar air entah dari mana memenuhi lubang kubur Pak Abu. Beberapa org kampung terpaksa menggunakan ember menceduk air tersebut keluar. Setelah sejam menceduk air itu keluar, sayangnya air di dalam lobang kubur itu semakin bertambah. Kemudian, tuk imam mengarahkan penggali kubur menggali kubur yang lain pula.
Namun hal yang sama terjadi. Sekali lagi air yang entah dari mana datangnya telah memenuhi lubang kubur yang kedua. Sekali lagi tuk Imam mengarahkan penggali kubur menggali lubang kubur yang ketiga.Namun hal yang sama terjadi. Air masih memenuhi lubang kubur yang ketiga. Tuk Imam lantas berdoa semoga Allah mengampuni dosa-doa Pak Abu.
Namun, Air dalam kubur itu masih tidak surut. Karena tidak ada pilihan lain, tuk imam dan orang kampung terpaksa menguburkan jenazah pak Abu didalam kubur yang dipenuhi air. Amin
Sumber:Myberita
FA:Allah tu maha adil, jika kat dunia pon dia bagi balasan kat akhirat nanti x tau la Nahuzubillah!!! Bertaubatlah sementara nyawa masih dikandung badan...

Kalimah ALLAH Muncul Di Penyodok Sampah Selepas Dipanah Petir

Assalamualaikum dan  selamat pagi (^_^)V


Sebuah penyodok sampah milik Emi Fajareni 48′ berasal dari Mojokerto, Indonesia telah menggemparkan warga setempat. Ini kerana, telah muncul kalimah menyerupai Allah setelah di sambar petir.
Kejadian berlaku pada petang 14/2/2012 di mana ketika itu hujan sangat lebat dengan kilat sabung menyabung. Emi ketika itu ingin membuang air dan x semena2 petir menyambar penyodok sampah yg di letakkan di kawasan depan rumah beliau..
Terkejut, Emi mengarahkan anak2nya masuk ke rumah. Setelah hujan dan kilat beransur reda, Emi telah pergi ke kawasan di mana petir menyambar sebentar tadi.
Alangkah terkejutnya bila di dapati terdapat kalimah Allah yg muncul di penyodok sampah tersebut. cerita ini pantas merebak ke seluruh kampung dan rumahnya menjadi tumpuan.
“Tanda kekuasaan Allah” itulah yg di katakan rata2 penduduk kampung.
Sumber Myberita
FA:Sama ada cerita nie betul atau tipu, aku pun x tau Wallahu'Alam...