Sabtu, 15 September 2012

Pekerja Dilarang Memandang Wajah Jennifer Lopez

Assalamualaikum, dan selamat petang (^_^)v

Jennifer Lopez... Siapa yang tak kenal dengan artis Hollywood nie yang pernah menjadi juri American Idol? Dia nie boleh tahan top jgakla kat sane..

Nak jadikan cerita tadi aku terbaca... 'ter' padahal  memang nak bace pon... okay berbalik ke tajuk, mase tengah syok bace MSTAR Online... ternampaklah aku pada satu artikel(yang kat bawah nie)
terngange aku kejap... Aku cube bayangkan macam mane pekerja dia wat keje? Pelik betul... biaselah bile dah top mane boleh nak campur ngan orang2 kelas bawahan "Ape kelaskan"  Hahaha~ Kekwat betul minah nie... 


PENYANYI terkenal Jennifer Lopez mempunyai satu peraturan tegas terhadap pegawai dan pekerja yang berkhidmat dengannya.
Jennifer, 42, dilaporkan melarang pekerjanya untuk berinteraksi dengannya secara langsung malah turut tidak menggemari mereka memandang wajahnya.
"Jennifer cukup tidak suka jika ada pegawai atau pekerja yang memandang wajahnya apatah lagi berbicara dengannya," ujar sumber terdekat penyanyi itu kepada Daily Star.
Menurut sumber itu lagi, peraturan itu turut membabitkan individu yang telah lama berkhidmat dengannya.
Ini bukan kali pertama Jennifer dituduh berlagak diva kerana sebelum ini dia sering membuat permintaan yang tidak munasabah jika terlibat dalam sesuatu acara.

Inikah agenda mereka?

Photo: Kami umat Islam membantah sekeras-kerasnya penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Rasulullah SAW.

Sila klik Share!

~Najib Assadok

Assalamualaikum... dan selamat pagi/tengahari (^_^)v

Korang mesti tertanye-tanye pasal tajuk entri nie, Baru-baru ini kecoh satu dunia pasal penerbitan filem Innocence of Muslims, yang dipercayai menghina Nabi Muhammad S.A.W.... Rentetan daripada peristiwa berlaku lah perlbagai bantahan secara lembut dan juga kerasan melalui demonstrasi jalanan, yang  berakhir dengan pertumpahan darah...

Adakah ini yang mereka harapkan daripada penerbitan filem ini...? mencetuskan hura-hara dalam negara Islam melalui demonstrasi jalanan yang dilakukan oleh penduduknya... Wallahualam "ini semua hanyalah pendapat aku..." 

The multipurpose of coke

Assalamualaikum and good Morning (^_^)v

Coca-Cola has dozens of uses, from cleaning windows to removing odors. You can remove rust with it, use it as a marinade, make cake with it, kill slugs with it



Sasa tapi tiada 'Power'

Assalamualaikum dan Selamat pagi (^-^)v
Untuk yang nak Berbadan 'ketek' jadikanlah artikel daripada Metro online sebagai pedoman...

Badan berketul nafsu pula lemah

ALOR SETAR: Keghairahan mengambil ubat-ubatan mengandung steroid jenis ‘testosterone’ bagi menambah kekuatan ketika menjalani latihan angkat berat menyebabkan seorang ahli bina badan kini menderita lemah tenaga batin dan kerandut zakar turut mengecil.
Malah, masalah dialami lelaki berusia 40-an itu turut menjejaskan keseluruhan hidupnya apabila ditinggalkan isteri selain sering mengalami pelbagai masalah kesihatan. 
Dia yang tinggal di bandar raya ini dan hanya mahu dikenali sebagai Thomas berkata, doktor memberitahu masalah lemah tenaga batin yang dialaminya berpunca daripada pengambilan steroid jenis testosterone berlebihan sejak lebih tujuh tahun lalu.

Menurut Thomas, dia menceburi sukan bina badan sejak berusia 20 tahun dan pada mulanya hanya mengambil makanan kesihatan tambahan serta ubat-ubatan untuk meningkatkan tenaga fizikal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

"Binalah badan secara semula jadi, elakkan daripada mengambil supplement yang mengarut-ngarut, kang merana diri pula... Asalnye nak wat Bini bangge ade suami yang berbadan ketul-ketul bak artis Hollywood, akhirnya kene tinggal bini plok dah..." 

Amri julang Selangor

Assalamualaikum dan selamat pagi (^-^)v
Pepagi nie mase aku dok balek2 Kosmo online aku terjumpe satu artikel yang membuatkan aku tersenyum, artikelnye bertajuk, Amri julang selangor 


SKUAD Gergasi Merah, Selangor memastikan ‘misi 33’ terus membara apabila menyambar slot ke suku akhir saingan dengan penuh bergaya selaku juara Kumpulan D selepas menewaskan Sarawak 2-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Amri Yahyah muncul wira Gergasi Merah apabila meledak kedua-dua gol pada minit ke-66 dan 73, sekali gus mengesahkan status Selangor selaku juara kumpulan dengan 13 mata.
Turut mengiringi Selangor ke suku akhir ialah naib juara kumpulan, Pahang yang dikejutkan dengan kekalahan 2-3 oleh T-Team di Stadium Darul Makmur, Kuantan dalam satu lagi aksi Kumpulan D malam tadi.
Pada suku akhir nanti, Selangor bakal berdepan Johor FC sementara Pahang menanti kunjungan juara Kumpulan A, Lions XII.
Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kejayaan dramatik juara Liga Super dan Piala FA 2011, Kelantan juga tidak kurang hebat apabila berjaya muncul juara Kumpulan B sebaik ‘mengerjakan’ Terengganu 6-1.
Ia ekoran satu lagi pasukan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekadar seri 2-2 ke atas Kedah di Stadium Selayang malam tadi.
Gol kemenangan Kelantan dicetak oleh Afiq Azmi (minit ke-13), Nor Farhan Muhammad (28 dan 47), Mohd. Badhri Radzi (76 dan 81) sebelum Indra Putra Mahayuddin melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah sementara gol sagu hati Sang Penyu pula diledak Mohd. Asmizan Kamaruddin pada minit ke-84.
Biarpun berkongsi 11 mata dengan ATM, The Reds Warriors muncul juara kumpulan hasil perbezaan jaringan dan bakal membuat perhitungan dengan Felda United dalam aksi suku akhir nanti.
Skuad kendalian B. Sathianathan pula berdepan tugas getir apabila berdepan juara bertahan, Negeri Sembilan yang muncul juara Kumpulan C.
Terengganu selaku finalis Piala Malaysia 2011 pula boleh mengucapkan ‘selamat tinggal’ apabila terperosok di tangga tercorot kumpulan dengan sekadar mengutip empat mata.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan nyaris berputih mata dalam usaha menyambar slot suku akhir apabila sekadar seri 1-1 dengan pasukan berstatus kelab, Felda United.
Skuad pelawat terlebih dahulu di depan seawal minit ke-17 menerusi jaringan Farderin Kadir sebelum Effa Owana menyelamatkan maruah tuan rumah apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76.
Begitupun, skuad kendalian Azraai Khor Abdullah sewajarnya ‘berterima kasih’ dengan kejayaan Perak yang berjaya mengejutkan pasukan di tangga ketiga, Sime Darby dengan keputusan 2-0 di Stadium Perak, Ipoh dalam satu lagi aksi kumpulan.
Dengan keputusan itu, Sang Rusa yang mengutip 10 mata muncul juara kumpulan, tiga mata di depan Felda United yang turut mara ke suku akhir sekali gus memadam cabaran Sime Darby dan Perak yang masing masing berkongsi enam mata.
Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kejayaan Johor menewaskan PKNS 2-0 dalam aksi Kumpulan A bagaikan tidak membawa sebarang makna apabila gagal menyambar slot suku akhir.
Ia ekoran ‘adik’ mereka, Johor FC berjaya mengikat Lions XII dengan keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Dalam perlawanan malam tadi, kedua-dua gol Jengking diledak oleh penyerang import, Muriel Juan Orlando.
Dengan keputusan itu, Lions XII dan Johor FC yang berkongsi sembilan mata mara ke suku akhir, mengatasi Johor yang mengutip lapan mata sementara PKNS sekadar mengutip lima mata.
Perlawanan suku akhir pertama dijadualkan bermula pada 28 September ini.
"Walaupon aku bukan peminat hardcore bola sepak tapi aku minatla sikit-sikit kat team Selangor, sebab aku nie anak jati selangor" Go Selangor Go... Semoga misi 33 berjaya!!!

Rozita Che Wan Sudah Ada Facebook

Assalamualaikum dan selamat pagi (^-^)v 
Atikel daripada Mstar nie pasti memgembira para peminat pelakon yang Hot dan Ump~ Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta... 



KUALA LUMPUR: Pelakon popular Rozita Che Wan akhirnya membuka akaun rasmi di laman Facebook (FB) untuk para peminatnya selepas lima tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.
Rozita, 39, berkata, pertanyaan yang berterusan daripada peminat mengenai aktiviti dan perkembangannya menjadi faktor dia mendaftarkan akaun FB bernama 'Rozita Che Wan (RCW)' di laman itu.
"Saya buat akaun FB kerana mahu mendekati dan berkomunikasi dengan peminat.
Sebenarnya sudah lama mereka bertanya bila saya akan mempunyai akaun FB sendiri.
"Selama lima tahun menjadi pelakon, saya memang tidak pernah ada apa-apa akaun di laman sosial tidak kira FB, Twitter atau Instagram. Sejak tiga hari akaun itu dibuka, saya sudah mempunyai 400 kenalan," katanya.
Rozita berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya anjurannya di sebuah hotel di sini, petang Jumaat.
Pada majlis yang julung kali diadakan itu, Rozita meraikan sekitar 100 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, kenalan artis yang rapat dan wakil media.
Antara kenalan artis yang hadir adalah Dafi, Didie Alias, Roslan Shah, Azza (Elite), Fazly Zainal, Zain Saidin, adiknya Ayu Raudhah dan adik ipar Mazlan Pet Pet.
Rozita berkata, idea untuk menubuhkan akaun rasmi itu tercetus sejak dia memeterai perjanjian pengurusan artis dengan syarikat Laugh Out Loud (LOL) Entertainment milik penyanyi Dafi, pada awal bulan ini.
"Akaun FB ini bukan sahaja sebagai platform untuk saya berkomunikasi dengan peminat, malah saya dapat berkongsi aktiviti terbaru dan mempromosikan drama televisyen yang saya bintangi.
"Sejak bernaung di bawah pengurusan LOL Entertainment pada awal bulan ini, kami merasakan penubuhan akaun FB ini idea yang baik untuk mendekati peminat dan tujuan kerja.
"Selama ini, saya uruskan hal ehwal kerja sendirian dan tidak berkesempatan untuk mempunyai akaun sosial.
"Bila sudah ada pengurusan ini tentu saya ada waktu terluang sikit untuk berinteraksi dengan peminat di laman itu," katanya.
Mengenai kerjaya, Rozita berkata, dia bakal memulakan penggambaran telefilem komedi terbaru berjudul Bila Daddy Buat PHD di Perlis pada minggu hadapan.
"Saya juga akan terlibat dalam penggambaran sebuah telefilem Hari Raya Haji juga diterbitkan Zeel Productions selepas ini."Pada Oktober depan, saya akan terlibat dalam drama bersiri Kiah Pekasam untuk musim terbaru.
"Kami dijangka terbang ke Jepun untuk penggambaran," katanya yang akan bercuti ke London, England dan Paris, Perancis bersama Ayu Raudhah tidak lama lagi.
"akhirnya Che Ta, membuka juga akaun Facebook, twitter (dan yang sewaktu dengannye...)   dengan adenye semua ini senanglah para peminat nak mengikuti perkembangan artis yang Meletops nie, kan kan kan"

20 pelajar melecur akibat letupan ketika barbeku


Asssalaamualaikum dan selamat pagi... (^-^)V
Pagi ini aku nak share la sikit pasal satu artikel Kosmo Online, yang aku rase sangat berguna kepada kita!!!

-gambar hiasan-

KUALA LUMPUR — Kegembiraan 20 pelajar yang sedang membuat persiapan untuk sambutan Aidilfitri di sebuah sekolah di Taman Mulia, Bandar Tun Razak, di sini, bertukar tragedi apabila alat berbeku meletup menyebabkan mereka melecur.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi semalam, tiga pelajar melecur teruk.
Kejadian berlaku apabila 20 pelajar lelaki sekolah itu yang berusia 16 dan 17 tahun, dikatakan sedang sibuk menyediakan makanan untuk jamuan Aidilfitri di sekolah mereka sebelum alat barbeku yang digunakan meletup.
Salah seorang mangsa, Mohd Hidayat Mohd Yazid, 16, berkata beliau dan rakannya sedang menghidupkan api sebelum didatangi seorang guru lelaki sekolah mereka yang mencadangkan agar api dihidupkan menggunakan ”thinner” bagi mempercepatkan api dinyalakan.
"Saya lihat kali pertama ”thinner” dicurahkan ia menyambar dengan kuat dan kami amat terkejut sebelum guru kami mencurahkan untuk kali kedua dan berlaku satu letupan kuat.
"Letupan kuat itu menyebabkan tiga pelajar termasuk saya melecur teruk. Guru terbabit juga melecur,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Tun Razak di sini.
Tiga pelajar yang melecur teruk itu telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini oleh guru-guru di sekolah berkenaan.
Mohd Hidayat melecur teruk di kaki serta tangan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital berkenaan bersama-sama dengan guru terbabit, manakala tiga rakannya di masukkan ke hospital tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Mulia, Mohd Hanim Tahir berkata beliau kesal dengan tindakan pihak sekolah yang tidak melakukan pemantauan rapi semasa aktiviti barbeku dilakukan.
"Saya cukup kesal dengan tindakan pihak sekolah yang lepas tangan selepas kejadian itu dan tiada permohonan maaf dilakukan pihak sekolah setakat ini. Jadi saya minta pihak sekolah perlu bertanggungjawab di atas kejadian yang menimpa anak murid mereka,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Abd Rahim Hamzah mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan kes itu sedang dijalankan.
"Berdasarkan artikel yang aku baca nie, nak salahkan sesiape pon x gune sebab benda dah nk jadi kan... Namun kes kemalagan seperti ini boleh dielakkan jika kita mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang sewjarnya" Api itu kecik-kecik jadi kawan bile besar jadi lawan