Jumaat, 14 September 2012

Wanita


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatu....  Entri nie kahas untuk para wanita di luar sana...
Wanita ialah cipataan yang terindah daripada Allah... Sebelum berkahwin wanita akan dijaga oleh ibu bapanye, selepas bernikah wanita ini akan dijaga sepenuhnya oleh seorang lelaki yang bergelar suami,
persoalannye, mampukah seorang suami menjaga seorang wanita seperti mana dijaga oleh orang tuanya?
Itu aku tak tahulah... Wallahualam...

"Untuk menjaga seorang anak perempuan lebih susah daripada menjaga sekandang lembu" Itulah yang biasa keluar dari mulut ibu bapa kita... kalau anak laki senang nak jage ke? itu aku tak tau la ce tanye mak bapak korang... Sebelum bernikah para wanita diwajibkan taat kepada ibu bapanya, selepas menikah wanita diwajibkan mentaati suaminya pula... kalau x korang x bau syurgalah...




Fakta tentang kismis



Varieti:
Jenis Kismis bergantung kepada jenis anggur yang digunakan, dan dibuat dalam pelbagai saiz dan warna termasuk hijau, hitam, biru, ungu, dan kuning. Jenis berbiji termasuk sultan (juga dikenali sebagai Thompson berbiji di Amerika Syarikat) dan anggur Api. Kismis biasanya matahari kering, tetapi juga mungkin dicelup air, atau dehidrasi. "Kismis Golden" dibuat daripada sultana, dirawat dengan sulfur dioksida (SO2), dan nyalaan dikeringkan untuk memberikan mereka warna ciri mereka. Pelbagai tertentu anggur berbiji, Corinth Hitam, juga matahari kering untuk menghasilkan currants Zante, kismis kecil yang lebih gelap dalam warna dan mempunyai tart, rasa masam. Beberapa jenis kismis dihasilkan di Asia dan di Barat, hanya boleh didapati di kedai runcit khusus etnik.

Maklumat pemakanan:
Kismis terdiri daripada kira-kira 67% gula 72% mengikut berat, yang kebanyakan adalah fruktosa dan glukosa. Mereka juga mengandungi protein kira-kira 3% dan 3.5% serat. Kismis, seperti prun dan aprikot, adalah juga tinggi dalam antioksidan tertentu, tetapi mempunyai vitamin yang lebih rendah kandungan C daripada anggur segar. Kismis adalah rendah dalam natrium dan tidak mengandungi kolesterol. 
Data baru menunjukkan bahawa, kalangan individu dengan kenaikan sederhana dalam tekanan darah, penggunaan rutin kismis (tiga kali sehari) dengan ketara boleh merendahkan tekanan darah, terutama apabila dibandingkan dengan makan snek biasa yang lain, menurut kajian yang dibentangkan hari ini di American College of 61 Sesi Tahunan Kardiologi Saintifik.

Kemanisan:
Kismis manis disebabkan kepekatan tinggi gula (kira-kira 30 g fruktosa dan 28 g glukosa dalam 100 g kismis). Gula boleh menghablur dalam buah apabila disimpan selepas tempoh yang panjang, membuat kismis kering cekal, tetapi itu tidak menjejaskan kebolehgunaan mereka. Ini bijirin gula boleh dibubarkan oleh celur 
buah dalam air panas atau cecair lain.

Harapkan pagar, pagar makan padi!!!



Anggota polis dipenjara sehari, denda RM10,000 kerana rasuah


JOHOR BAHRU: Seorang konstabel sokongan polis dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan rasuah. 

P. Prathab, 24, dari Taman Nusa Bestari, Skudai di sini, sebelum itu mengaku salah menerima rasuah sebanyak RM1,000 daripada T. Ghanasundri di No. 2077, Jalan Pulai Jaya 55, Taman Pulai Jaya, pada jam 11.30 pagi, 29 Mac tahun lalu. 
Rasuah itu adalah sebagai dorongan untuk membantu melepaskan suami Ghanasundri, yang ditahan di lokap Balai Polis Ulu Choh. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi. 

Prathab tidak diwakili peguam memohon agar mahkamah meringankan hukuman ke atasnya kerana tidak bekerja dan menanggung adiknya yang masih belajar. 

Pertuduhan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Sajori Martubi. - BERNAMA 
-Artikel BH online-

"Apelah nak jadi dengan zaman sekarang orang yang paling diharapkan tapi orang tula yang buah hal, dalam hai ini siapakah yang harus dipersalahkan pemberi atau peminta rasuah(dua2 salah), adakah gaji polis kat Malaysia nie terlalu rendah sampai sanggup meminta rasuah.... Hmm~ tak tau la.."

Lampu Acara Jatuh, Alyah Masuk Hospital


PETALING JAYA: Penyanyi Alyah dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara di sini selepas sebuah lampu acara (spot light) terbalik lalu terjatuh atas belakangnya pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas di sini pagi Jumaat.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu, lampu yang ditempatkan di ruang legar stesen penyiaran untuk acara tersebut dikatakan telah dilanggar oleh seseorang menyebabkan ia terjatuh atas badan Alyah.
Sumber yang menyaksikan kejadian itu memberitahu mStar Online, Alyah mengadu sakit akibat peristiwa berkenaan menyebabkan pihak Hot FM terpaksa memanggil ambulan untuk membolehkan dia mendapatkan rawatan.
"Dalam hal ini siapa yang patut dipersalahkan? Hmm~ aku pon x tau la..." MALANG TIDAK BERBAU

Era FM terima banyak soalan cinta




SETELAH mengesahkan untuk tampil dalam segmen Doktor Cinta dan menyelesaikan masalah cinta yang dihadapi oleh peminatnya, pelakon filem Ombak Rindu, Aaron Aziz dihujani dengan pelbagai soalan cinta walaupun rancangan itu masih belum ke udara.
Segmen Doktor Cinta Aaron Aziz mula ke udara di radio Era FM bermula Jumaat ini (hari ini) pukul 9 malam hingga 11 malam menerusi slot Meletop 40 Era bersama DJ Shac.
                                                                             -keratan kosmo-
"Akibat terlalu terkenal, belum ape2 lagi dah riuh selaman sosial"


Dulu goreng ayam, kini tauke katering





CHEF ZAINAL. Walaupun namanya tidak segah atau sepopular chef-chef selebriti yang lain seperti Chef Wan, Chef Zam, Chef Ismail mahupun Chef Florence Tan, kisah kehidupan dan kejayaannya pada hari ini sarat dengan cerita menarik.
Berasal dari Sungai Siput, Perak, Chef Zainal atau nama penuhnya Zainal Mohd. Saad, 50, berhijrah ke Kuala Lumpur mengikut kakak angkatnya untuk bekerja sebaik selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Memulakan kehidupan di ibu negara dengan bekerja di salah sebuah cawangan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) dengan menggalas tugas menggoreng ayam, Zainal juga puas berkhidmat di beberapa buah hotel. Semua itu demi menimba ilmu dan meraih pengalaman dalam bidang kulinari.
Mempunyai kepakaran dalam masakan tradisional Melayu, Arab dan Cina, Chef Zainal memberitahu dia pernah bekerja di restoran Cina selama 18 jam sehari dengan bayaran gaji RM1,000 sebulan semata-mata mahu mempelajari ilmu masakan mereka.
Meskipun tiada pendidikan formal dalam bidang masakan dan hanya bersandarkan pengalaman semata-mata, bapa kepada dua puteri itu sentiasa belajar daripada internet dan bertukar-tukar pendapat bersama rakan bagi menghasilkan masakan yang lazat.
“Ketika kecil dahulu saya sering mengikut ibu angkat saya, Hasmah Mohd. Yasin ke majlis kenduri-kendara kerana dia merupakan seorang tukang masak.
“Daripada situ, saya belajar melalui apa yang selalu dilakukannya. Ketika usia sembilan tahun, saya curi-curi buat kek pisang dan letakkan di bawah tudung saji. Apabila ibu tanya ‘siapa buat?’ Saya jawab: ‘Sayalah’,” katanya yang sudah pandai memasak rendang tok resipi arwah opahnya seawal usia sembilan tahun.
Pelanggan pertama
Tambah Chef Zainal, dia sendiri tidak menyangka bahawa dirinya kini sudah memiliki perniagaan sendiri iaitu Dapur Utama Katering Cita Rasa Chef Zainal yang diusahakan bersama rakan kongsinya, Mohammad Akram Ibrahim, 25, setelah sekian lama bekerja dengan orang lain.
Memulakan perniagaan di rumah seluas kira-kira 84 meter persegi, Chef Zainal memberitahu Kolej Poly Tech Mara (KPTM) merupakan pelanggan pertamanya dan dia masih mengingati tarikh tersebut iaitu 2 Januari 2012.
Walaupun sudah berjaya merealisasikan impiannya memiliki perniagaan sendiri, Chef Zainal tidak lokek berkongsi rezekinya dengan anak-anak yatim dari Rumah Belaian Kasih, Kampung Pasir, Hulu Kelang yang diraikan pada majlis berbuka puasa sempena Majlis Pembukaan Dapur Utama Katering Cita Rasa Chef Zainal pada 12 Ogos lalu.
Tragedi 3 pagi
Sudah menjadi resam kehidupan, kita diduga dengan pelbagai ujian oleh Allah. Dia pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya 10 tahun lalu dalam perjalanan Perak ke Kuala Lumpur.
“Ketika itu pukul 3 pagi di kawasan Bukit Beruntung. Kemalangan itu telah menyebabkan kerosakan kekal pada retina mata kiri dan ia tidak dapat diselamatkan.
“Tragedi tersebut membuatkan saya rasa rendah diri dan hilang motivasi kerana penglihatan mata kiri saya kabur dan tidak nampak. Ia menyukarkan saya menjangkakan kedudukan,” ujarnya.
Tambah Chef Zainal, keadaan itu menyebabkan dia melihat sesuatu di sebelah kanan sedangkan ia berada di sebelah kiri dan sebaliknya.
“Nak masak pun susah, salah letak garam. Ambil masa setahun juga untuk sesuaikan diri dengan keadaan tersebut.
“Bab memasak perlu teliti. Kita perlu ada feel apabila memasak. Jika ada masalah, saya akan ‘gantung’ dulu masalah tersebut di luar sebelum masuk ke dapur,” jelasnya.
Chef Zainal begitu beruntung kerana ibu Mohammad Akram sanggup laburkan modal RM100,000 setelah melihat kesungguhan mereka dalam bidang perusahaan katering.
Mohammad Akram yang merupakan graduan lulusan Ijazah Undang-Undang Syariah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dikenali melalui laman sosial Facebook.
“Memandangkan anak perempuan saya tidak meminati bidang ini, saya mengajak Akram menjadi rakan kongsi kerana dia suka membuat kek dan biskut dalam masa yang sama ada kemahiran fotografi.
“Jika sebelum ini kami buat bisnes dengan dapur rumah flat sahaja, kini sudah mampu menyewa kedai dengan dibantu oleh lima pekerja sepenuh masa dan sambilan,” katanya.
Chef Zainal yang menyimpan hasrat untuk menghasilkan buku resipi masakan tradisional cara mudah pada suatu hari nanti, kini bertekad untuk terus menempa kejayaan berlandaskan maksud pepatah ‘bukan senang nak senang’.
"Kejayaan seseorang bukan ditentukan melalui tahap pendidikan, yang paling penting untuk mencapai kejayaan mestilah kuat berusaha, tidak mudah putus asa dan setiasa percaya kepada rezeki Allah"



kerana nak cantik...




KUALA LUMPUR - Seorang pemilik kedai salun rambut terpaksa menanggung derita apabila mukanya bernanah selepas dia mendapat perkhidmatan mencuci muka di sebuah pusat kecantikan di Banting, Selangor pada bulan Januari lalu.
Mangsa, Hong Peak Cheng, 31, berkata, mukanya kini dipenuhi bintik merah dan jeragat serta bernanah sehingga dia tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa kerana mukanya terasa sakit setiap kali disentuh.
"Bersyukurla dengan ape yang dikurniakan oleh Allah, janganlah terlalu obses dengan kecantikan kerana semua itu hanya sementa"

saham Air Asia susut 667 juta...





KUALA LUMPUR - Harga saham AirAsia Bhd. (AirAsia) di Bursa Malaysia terus menjunam buat hari kedua berturut-turut semalam ekoran pengumuman penubuhan syarikat penerbangan tambang murah baharu, Malindo Airways pada Selasa lalu.

"kedaan ini pasti membimbangkan CEO AirAsiaBhd. Tan Sri Tony Fernandez, well!!! kalau berterusan camnie, camne di nak tanggung QPR"

drama Naziha(episod akhir)

Assalamualaikum, dan salam sejahtera... 
Siapa yang pernah tengok cerita Naziha? Ala yang kat tv3 tu yang malam2 hari jumaat , kalau pompuan aku rase pernah tengok, kalau laki aku rase diorang pon tengok jugak kot, sebab nak tengok Izara Aishah  yang kiut tu, Hahaha~  aku tau la sebab aku pon same!!!

Nak share pasal sinopsis cite nie...
Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha.
Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha.
Pada satu hari, Naziha yang sudah tidak dapat menahan desakan Farouk, telah memalukan Farouk di depan kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa sampai mati dia tidak akan menerima cinta Farouk. Kata-kata yang dihamburkan oleh Naziha telah memalukan Farouk. Lantas Farouk berjanji akan mendapatkan Naziha tidak kira apa cara sekalipun.
Semakin lama semakin banyak masalah yang dilalui oleh Naziha. Pelbagai fitnah ditaburkan terhadapnya. Naziha sering meluahkan perasaan sedihnya pada rakan sepermainan sejak kecil iaitu Adam. Melihat kemesraan di antara Naziha dan Adam, membuatkan ibu bapa mereka berhajat untuk menyatukan mereka berdua. Namun beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan, hajat untuk menyatukan mereka berdua musnah dek kerana sebuah fitnah.
Farouk telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Naziha. Untuk menutup rasa malu, Naziha terpaksa berkahwin dengan Farouk. Bermulalah kehidupan Naziha sebagai seorang isteri yang sering diseksa fizikal dan mental oleh suami kejam yang mengamalkan ilmu hitam untuk menakluknya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan di antara Naziha dan Farouk menjadi titik noktah buat Naziha untuk mengecapi kebahagian? Adakah Adam akan kembali menebus maruahnya setelah difitnah atau muncul orang baru yang akan menyelamatkannya dari kekejaman Farouk?

para pelakon:Izara Aishah(Naziha), Ryzal Jaafar(adam), Erry Putra(Farouk), dan Amar Baharin(Akmal)

Promo Episod akhir...



Bagi sesiapa yang nak tegok drama ini, Malam ini pukol 9malam slot Zehra di TV3!!! Yang x sempat tengok atau nak tengok episod2 yang lepas silalah ke http://www.tonton.com.my/... Selamat Menonton


Menggigil!!! ape puncanya?



Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi....
Pagi tadi mase aku nak solat subuh, fuhh~ sejuk gile airnye macam air batu, aku pon ambilah wuduk cam biase, tapi time nak solat tibe2 aku menggigil plak, aduh!!! x penah2 camnie, so aku tunggulah beberapa ketika sehingga 'menggigilku' berhenti.... Lepas habis solat aku terus terpikir camnelah menggigil nie boleh terjadi, aku pon 'curious' la... Aku pon bukak la laptop aku 'search' pasal menggigil nie,

Menggigil (shuddering juga dipanggil) adalah fungsi badan sebagai tindak balas kepada hipotermia awal dalam haiwan berdarah panas (manusia pon salah satunye). Apabila teras suhu badan turun, refleks menggigil adalah dicetuskan untuk mengekalkan homeostasis. Kumpulan otot di sekitar organ-organ penting mula goncang dalam pergerakan kecil dalam usaha untuk mewujudkan kehangatan oleh expending tenaga. Menggigil juga boleh menjadi tindak balas kepada demam, sebagai orang mungkin merasa sejuk, walaupun suhu teras mereka sudah meningkat.
Terletak di hipotalamus posterior berhampiran dinding ventrikel ketiga adalah satu kawasan yang dipanggil pusat motor utama untuk menggigil. Kawasan ini biasanya direncat oleh isyarat dari pusat haba di kawasan anterior hypothalamic-preoptic tetapi teruja dengan isyarat sejuk dari kulit dan saraf tunjang. Oleh itu, pusat ini menjadi diaktifkan apabila suhu badan jatuh walaupun sebahagian kecil daripada ijazah di bawah paras suhu kritikal.
Peningkatan hasil aktiviti otot di dalam penjanaan haba sebagai hasil sampingan. Selalunya, apabila tujuan aktiviti otot untuk menghasilkan gerakan, haba dibazirkan tenaga. Dalam menggigil, haba adalah produk utama yang bertujuan dan digunakan untuk kehangatan.
Menggigil juga boleh muncul selepas pembedahan. Ini dikenali sebagai menggigil postanesthetic.
Bayi yang baru lahir, bayi, dan anak-anak muda mengalami lebih (bersih) kehilangan haba daripada orang dewasa kerana mereka tidak boleh menggigil untuk mengekalkan haba badan. Mereka bergantung kepada thermogenesis bukan menggigil. Kanak-kanak mempunyai jumlah meningkat Brown Lemak (meningkat bekalan vaskular, dan kepadatan mitokondria tinggi), dan apabila sejuk tertekan, akan mempunyai penggunaan oksigen yang lebih besar dan akan melepaskan norepinephrine. Norepinephrine akan bertindak balas dengan lipases lemak coklat untuk memecahkan lemak kepada trigliserida. Trigliserida kemudian dimetabolismekan kepada gliserol dan asid lemak bukan esterified. Ini adalah kemudian terus dihina dalam proses penjanaan haba yang diperlukan untuk membentuk CO2 dan air. Kimia, kecerunan proton mitokondria menghasilkan daya elektromotif proton yang biasanya digunakan untuk mensintesis ATP adalah sebaliknya dipintas untuk terus menghasilkan haba.