Jumaat, 14 September 2012

drama Naziha(episod akhir)

Assalamualaikum, dan salam sejahtera... 
Siapa yang pernah tengok cerita Naziha? Ala yang kat tv3 tu yang malam2 hari jumaat , kalau pompuan aku rase pernah tengok, kalau laki aku rase diorang pon tengok jugak kot, sebab nak tengok Izara Aishah  yang kiut tu, Hahaha~  aku tau la sebab aku pon same!!!

Nak share pasal sinopsis cite nie...
Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha.
Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha.
Pada satu hari, Naziha yang sudah tidak dapat menahan desakan Farouk, telah memalukan Farouk di depan kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa sampai mati dia tidak akan menerima cinta Farouk. Kata-kata yang dihamburkan oleh Naziha telah memalukan Farouk. Lantas Farouk berjanji akan mendapatkan Naziha tidak kira apa cara sekalipun.
Semakin lama semakin banyak masalah yang dilalui oleh Naziha. Pelbagai fitnah ditaburkan terhadapnya. Naziha sering meluahkan perasaan sedihnya pada rakan sepermainan sejak kecil iaitu Adam. Melihat kemesraan di antara Naziha dan Adam, membuatkan ibu bapa mereka berhajat untuk menyatukan mereka berdua. Namun beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan, hajat untuk menyatukan mereka berdua musnah dek kerana sebuah fitnah.
Farouk telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Naziha. Untuk menutup rasa malu, Naziha terpaksa berkahwin dengan Farouk. Bermulalah kehidupan Naziha sebagai seorang isteri yang sering diseksa fizikal dan mental oleh suami kejam yang mengamalkan ilmu hitam untuk menakluknya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan di antara Naziha dan Farouk menjadi titik noktah buat Naziha untuk mengecapi kebahagian? Adakah Adam akan kembali menebus maruahnya setelah difitnah atau muncul orang baru yang akan menyelamatkannya dari kekejaman Farouk?

para pelakon:Izara Aishah(Naziha), Ryzal Jaafar(adam), Erry Putra(Farouk), dan Amar Baharin(Akmal)

Promo Episod akhir...



Bagi sesiapa yang nak tegok drama ini, Malam ini pukol 9malam slot Zehra di TV3!!! Yang x sempat tengok atau nak tengok episod2 yang lepas silalah ke http://www.tonton.com.my/... Selamat Menonton


Tiada ulasan:

Catat Ulasan