Jumaat, 21 September 2012

Poster Anti Jihad

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)v

-poster anti jihad-

Tadi mase tengah tengok buletin utama Tv3, ade satu berita di yang  menyebabkan kemarahan orang islam semakin memuncak... iaitu penyebaran poster anti jihad (gambar), poster ini khabarnya akan ditampal di stesen kereta api di New York minggu hadapan...

"Mula-mula filem lepas tu gambar sekarang poster plak... lepas nie x tau la ape yg akan di buat"

Sumber gambar:malaysiandigest.com

Dengan Inovasi Yo! DIY

Assalamualaikum dan Selamat malam (^_^)v


Dengan Inovasi Yo! (DIY) merupakan sebuah rancangan realiti baru yang mencari bakat anak-anak muda yang  kreatif dan inovasi...

Rancangan ini, merupakan satu rancangan pembelajaran yang seronok ditonton, dengan menonton rancangan ini sahaja kita dapat membuka minda dan menghasilkan idea-idea yang kreatif...

Setiap negeri akan diwakilkan dengan empat kumpulan yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah, kemudian mereka akan diberi satu bahan untuk di inovasi. Kumpulan yang menunjukkan idea yang paling menarik dan kreatif akan mewakilkan negeri masing-masing untuk bertanding ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Kelak... 

Rancangan ini akan disiarkan di tv3 pada setiap hari jummat jam 6.30 ptg...
Kalau x sempat nak tengok boleh menontonnya di www.tonton.com.my/bananana

Promo DIY episod 1


"tadi aku sempat tengok episod pertama rancangan ini, memang best dan berinformasi... 
bayangkan sebiji buah limau bali boleh dijadikan beg, pelapik kasut, minyak penghalang gigitan serangga dan produk kecantikan... Kretifkan? aku sarankan korang tonton rangcangan ini, daripada tonton drama-drama yang tak faedah langsung" 

Butik H&m Akhirnya Di Buka

Assalamualaikum dan selamat petang (^_^)v


Akhirnya jenama H&M akan membuka butik pertamanya di Malaysia pada 22 SEPTEMBER Ini jam 11 pagi.... Gedung membeli belah Lot 10 menjadi pilihan mereka untuk membuka butik pertamanya

Pastinya pembukaan butik ini akan menggembirakan penggemar jenama ini di Malaysia... 

Lepas nie x payah nak beli online lagi... 


Askar Britain Lahirkan Anak Di Medan Perang

Assalamualaikum dan selamat petang (^_^)v

LONDON - Seorang anggota tentera Britain melahirkan anak lelaki semasa berkhidmat di sebuah kem tentera tempat Putera Harry ditempatkan di Afghanistan.
Kelahiran di zon perang itu dipercayai kes pertama seumpamanya dalam sejarah tentera Britain.
Askar wanita berkenaan yang merupakan seorang pengendali meriam, melahirkan bayinya pada Selasa lalu di Kem Bastion.
Terletak dalam wilayah Helmand, kem tersebut merupakan pangkalan utama tentera Britain di selatan Afghanistan.
Pangkalan itu diserang hebat oleh kumpulan Taliban pada minggu lalu dengan menyebabkan dua askar Marin Amerika Syarikat (AS) terbunuh manakala enam pesawat pejuang AS turut musnah.
Mengulas kelahiran mengejut itu, Kementerian Pertahanan Britain (MOD) dalam satu kenyataan semalam menyatakan ia tidak menyedari askar tersebut sedang mengandung.
Kenyataan MOD menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan askar wanita dikerahkan ke medan perang sekiranya mereka hamil.
Kenyataan sama enggan mendedahkan sama ada askar tersebut yang tidak didedahkan identitinya menyedari tentang kehamilannya.
Baca artikel penuh di KosmoOnline
"no komen"

Himpunan Aman Bantah Filem Anti-Islam Bermula


KUALA LUMPUR: Himpunan Aman bagi membantah penyiaran filem anti Islam 'Innoncence of Muslims' dan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. bermula pada pukul 1.50 petang sebaik sahaja selesai solat Jumaat di Masjid Jamek, Kampung Baru di sini.
Majlis bermula dengan ucapan Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Md Arip, Presiden Jalur Tiga, Datuk Dr Hassan Ali dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.
Kira-kira 2,000 peserta menyertai himpunan aman tersebut.
SUMBER:MstarOnline
"Bagi aku kan lebih elok kumpul kat masjid lepas solat jumaat buat solat hajat ke, baca yassin ke, itu menunjukkan kita lebih bersifat keislaman... Kalau buat demonstrasi kat jalan raya sape nak degar? penerbit filem tersebut, jangan harap la...!!!" 
"ini hanya pendapat aku, tolong jangan saman aku x der duit...."

Filem Kontroversi 'Innocence Of Muslims' tidak wujud?

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)v

-antara babak dalam trailer filem innocence Of muslims-

PORTAL hiburan The Hollywood Reporter (THR) telah melontarkan pertanyaan pada Khamis sama ada filem kontroversi Innocence of Muslims yang mendapat bantahan seluruh umat Islam benar-benar wujud?
Ini kerana tayangan perdana filem tersebut yang dikatakan telah berlangsung di Hollywood tidak dihadiri oleh sesiapa pun termasuklah krew filem berkenaan.
Oleh yang demikian, portal berita berkenaan merumuskan Innocence of Muslims mungkin kini telah menjadi filem yang tidak wujud paling popular di dunia.
baca artikel penuh di Mstaronline
"tak kire la filem ini wujud atau tidak, tapi yang pasti trailernye sudah disebarkan, dan meskipun tiada filemnya, orang Islam tetap akan marah kerana melulai trailer yang telah disebarkan pun sudah menunjukkan penghinaan terhadap Rasullulah S.A.W."

Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini

Assalamualaikum dan Selamat Pagi (^_^)v



Selama nie, yang aku tau pasal minum ni ialah kita disarankan minum 8 gelas air masak setiap hari, waktunye main bantai je ikut kita kalau dahaga minumla... Tak tau pulak ade 7 waktu yang kita tidak digalakkan meminum air...

7 waktu yang dimaksudkan ialah;

  1. selepas bangun tidur, tapi kita disarankan minum air sebelum sarapan
  2. selepas keluar dari bilik mandi atau tandas
  3. selepas memakan buah-buahan
  4. selepas bersenam, beridah atau melakukan kerja-kerja berat, kalau nak minum jugak tunggu beberapa ketika ... atau selepas berehat
  5. sedang makan, orang kata kalau tengah makan berulamkan air, perut akan jadi buncit
  6. sebelum dan selepas, waktu yang paling sesuai ialah 30 minit sebelum makan dan 30 minit selepas makan... tapi kalau dah tercekik minum je la...
  7. selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan


Mudah-mudahan tips ini dapat mebantu anda... selamat mencuba

Sumber: myBerita


Fikiran Fauziah Gous Masih Bercelaru Selepas Kematian Bapa...

Assalamualaikum dan Selamat pagi (^_^)v


Aktres Fauziah Gous mengakui dia masih lagi sedih selepas kematian bapa Mohd Gous Agulam Dastagir  pada 11ogos yang lalu... Akibatnye beliau menjadi kurang fokus dalam kerjayanya sekarang...

Fauziah, 30 berkata fikirannya masih lagi terganggu dan sukar memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjayanya walaupun sudah diberi rehat selama 20 hari

baca Artikel penuh di MSTARonline

"Sesiapa yang kehilangan ayah tercinta pasti akan berasa sedih (kecuali kpd mereka yg mengharapkannya) tapi kita yang masih hidup, harus meneruskannya kerana kita pasti akan menyusuli mereka kelak..." 

Al-fatihah buat Allahyarham Mohd Gous Agulam Dastagir... 


Kucing Marah???

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)v

Semasa aku belek-belek youtube, aku terjumpa satu video yang kelakar gilo... x cayo tengok la sendiri....





"Amboi!!! garangnye~ Kalau dapat seekor kucing macam nie selamat rumah..."

Zukerberg Rugi Rm 25b

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)v


Pengasas Rangkai soaial FACEBOOK mark Zukerberg kerugian hampir separuh daripada jumlah kekayaan $11 billion(RM55billion) selepas Facebook disenarai dibursa saham...

Pengasas rangkaian sosial itu, menyaksikan $4.9billion(RN25billion) harta peribadinya lenyap sepanjang tempoh 12 bulan  lalu...

Menurut senarai warga Amerika paling kaya 2012 yang dikeluarkan oleh Forbes, menyaksikan Zukerberg mengalami kerugian paling besar berbanding orang lain, menyebabkan kedudukannya merosot dari tangga ke 14 ke tangga 36...

Baca Artikel punuh di Hmetro online

"adakah zaman kegemilangan facebook sudah berakhir, akan adakah rangkaian sosial yang lebih
hebat daripada facebook... Hmmm~ aku pon  x tau" 

Nenek Dibelasah Kerana Tuntut Sewa

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)v

Tidak berperikemanusiaan, seorang nenek dibelasah gara-gara mahu menuntut tunggakan sewa, mangsa yang berusia 72 tahun bukan sahaja di sembur dengan racun serangga, malah mangsa turut dipukul,ditolak dan ditekup bantal oleh seorang penyewannya keran berang dengan tindakan mangsa yang menuntut sewa...

Kejadian yang bermula 7 malam berakhir 30 minit kemudian selepas jiran-jiran mendengar bunyi bising di rumah tersebut...

baca artikel penuh di  Hmetro online

"kalau tak nak bayar sewa x payah la nak menyewa, duduk bawah jambatan ke, kat Masjid ke, tak pon kaki lima... dijamin xder sape yg akan mengutip sewa"