Jumaat, 21 September 2012

Filem Kontroversi 'Innocence Of Muslims' tidak wujud?

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)v

-antara babak dalam trailer filem innocence Of muslims-

PORTAL hiburan The Hollywood Reporter (THR) telah melontarkan pertanyaan pada Khamis sama ada filem kontroversi Innocence of Muslims yang mendapat bantahan seluruh umat Islam benar-benar wujud?
Ini kerana tayangan perdana filem tersebut yang dikatakan telah berlangsung di Hollywood tidak dihadiri oleh sesiapa pun termasuklah krew filem berkenaan.
Oleh yang demikian, portal berita berkenaan merumuskan Innocence of Muslims mungkin kini telah menjadi filem yang tidak wujud paling popular di dunia.
baca artikel penuh di Mstaronline
"tak kire la filem ini wujud atau tidak, tapi yang pasti trailernye sudah disebarkan, dan meskipun tiada filemnya, orang Islam tetap akan marah kerana melulai trailer yang telah disebarkan pun sudah menunjukkan penghinaan terhadap Rasullulah S.A.W."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan