Ahad, 14 Oktober 2012

Rahsia Pop Corn Yang Jarang Diketahui

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V


Ramai yang gemar makan porpcorn atau lebih dikenali sebagai bertih jagung di kalangan orang Melayu. Snek ini paling popular dan sangat digemari terutama sewaktu menonton wayang di pawagam. Namun tak ramai yang tahu popcorn mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan.
Porocorn dikategorikan sebagai bijiran sempurna atau whole grain yang berkhasiat tinggi seperti oat, barli dan beras perang.
Popcorn mengandungi tiga bahagian bijirin iaitu germa, bran dan endosperma
Germa – Bahagian yang sangat kaya dengan vitamin dan mineral serta mengandungi protein dan lemak yang menyihatkan.
Bran – Lapisan kulit yang melindungi isirong atau kernel yang berfungsi seperti kulit kacang. yang kaya dengan nutrien, vitamin B, antioksidan dan serat.
Endosperma – Bahagian dalam isirong yang lembut yang mengandungi kanji dan protein dan sedikit vitamin dan mineral.
Bijian sempurna seperti popcorn dapat membantu mengurangkan risiko pembentukan beberapa penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, kolesterol, kencing manis, obesiti dan beberapa jenis kanser.
Seorang ahli kimia Amerika Dr Joe Vinson mendapati popcorn mengandungi paras polifenol yang tinggi yang merupakan antioksidan yang dipercayai dapat menyingkirkan redikal bebas dari badan. Reikal bebas merupakan kimia yang berpotensi menyebabkan kemusnahan sel dan tisu dalam tubuh.
Popcorn amat baik bagi mereka yang obesiti yang sedang cuba menurunkan berat badan. Mengambil popcorn sebagi alas perut dapat memberi rasa kenyang yang panjang.
Sumber:Myberita
FA:kiranye kita berhibur sambil menjaga kesihatan la nie!!!

1 ulasan:

  1. wah, saya suka makan jagung! berkhasiatnya....mana nak cari pop corn tanpa gula?

    BalasPadam