Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V

Pasangan suami isteri Vanidah Imran dan Rashidi ishak dan bergandingan sebagai pasangan suami isteri dalam filem untuk tiga hari arahan Afdlin Shauki... Digesa rujuk pejabat agama untuk mengetahui status perkahwinan mereka
baca artikel penuh di bawah
KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran digesa segera merujuk kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, lafaz cerai yang diungkapkan oleh Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin dalam filem itu menyebabkan perkahwinan sejak 1 Oktober 2000 antara beliau dan Vanidah tidak sah di sisi agama.
"Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta'ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera.
"Umat Islam tidak harus mempermainkan hukum hakam agama meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan," katanya.
Beliau mengulas dialog yang diungkapkan Rashidi kepada Vanidah dalam satu babak pada filem arahan Afdlin Shauki itu yang menyebut: Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga kita minta cerai.
Jelas Harussani, Islam tidak mengajar penganutnya untuk mempermainkan kesucian sesebuah perkahwinan sebaliknya berusaha memastikan perkahwinan itu berkekalan dan bahagia sepanjang kehidupan mereka.
SUMBER:MstarOnline
SUMBER:MstarOnline
"Inilah bahana kalau pasangan suami isteri digandingkan bersama sebagai pasangan suami dalam filem mahupun drama... kerana jika si suami menjatuhkan talak walaupun bukan dgn keiginannya maksudnye ikut skrip kepada isterinya... talak tetap akan jatuh, kalau talak 1 atau 2 boleh dirujuk semula kalu talak 3, menyesal x sudah la jawabnye"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan