Sabtu, 22 September 2012

Erma Fatimah Jawab Kontroversi Babak Drama Kau Yang Terindah

Assalamualaikum dan selamat pagi (^_^)V




Erma Fatima Jawab Kontroversi Babak Drama Kau Yang Terindah | Drama hebat lakonan Nazim Othman dan Neelofa ini sememangnya menjadi ikutan ramai. Namun episod akhir drama ini telah menimbulkan persoalan apabila ada babak berpegangan tangan dan tidur sebilik yang berlaku di Tanah Suci Mekah.



Ramai penonton yang melahirkan rasa kurang senang kerana pelakon yang tiada hubungan apa-apa melakukan perkara tersebut di Mekah. Namun Erma Fatima selaku pengarah drama Kau Yang Terindah segera menafikan penggambaran babak tersebut berlaku di sana. Menurut Erma, kesemua adegan tersebut di rakam sepenuhnya di Kuala Lumpur. 
kontroversi kau yang terindah 1



Semoga dengan penjelasan daripada Erma ini tiada lagi kontroversi yang akan ditimbulkan. Mungkin untuk drama seterusnya, Erma dapat terus menghilangkan adegan-adegan yang melanggar batas agama.

Sumber:Kura-Kura

"Tak kira la buat kat mane sekalipun, batas-batas agama harus dijaga, kerana Allah itu maha melihat"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan