Ahad, 16 September 2012

Alyah nafi akan lumpuh...


Assalamualikum dan selamt pagi (^_^)v
Ingat tak? x silap aku 2 hari lepas, aku ade buat entri pasal artis nie yang masuk hospital gara-gara lampu pertas jatuh menimpanye, untuk selanjutnye baca nie, Hari nie plak aku baca kat KOSMO online... pegurusnya menafikan  bahawa artis ini akan lumpuh... "kesian betullah kat dia nie hari baru wat operation pasal sakit dia, sekarangg masuk Hospital lagi... Ape2 pon kita doakan je lah yang terbaik untuk kesihatan dia"

PETALING JAYA - Pengurus kepada Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan menafikan desas-desus kononnya penyanyi itu bakal lumpuh akibat ditimpa lampu tumpu kelmarin.
Syuib Ismail berkata, ini kerana ujian X-ray ke atas penyanyi itu semasa menjalani rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara di sini mendapati tulang belakang penyanyi berusia 31 tahun itu tidak cedera.
"Jadual nyanyian Alyah juga tidak terganggu kerana doktor mengesahkan keadaannya semakin pulih dan dia dibenarkan keluar dari hospital dalam masa beberapa hari lagi," katanya kepada Kosmo! Ahaddi hospital berkenaan semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan