Selasa, 25 September 2012

Khabar Angin Malique Too Phat Meninggal Dunia PALSU

Assalamualaikum dan selamat malam (^_^)V

Malique Too Phat Meninggal Dunia PALSU

Ternyata teknologi yang moden di zaman sekarang ini telah mematikan banyak selebriti Malaysia.
Sebentar tadi, telah tersebar menerusi Twitter dan BBBM khabar Malique Too Phat meninggal dunia.
Namun berita kematian Malique Too Phat ini adalah palsu.
Dan menurut Twitter MalaysianHipHop, Malique Too Phat juga tidak menderita sakit kanser otak seperti yang diperkatakan oleh ramai orang.
Malique sihat walafiat tanpa sebarang masalah kesihatan.
Semoga penyebaran berita palsu ini dapat dihentikan.
Sama-samalah kita doakan agar Malique dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk terus memberi karya yang hebat.

SUMBER:MyNEWSHub.MY
FA:kes-kes macam nie memang dah banyak berlaku, macam-macam lah orang sekarang nie sampai hal kematian nak dipermainkan... Ingat sebelum retweet selidik dahulu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan