Rabu, 19 September 2012

janin di jumpai di Kuaters KLIA

Assalamualaikum dan selamat tengahari (^_^)v

Belum pon reda kes bayi yang di buang dari tingkat 3 flat beberapa hari yang lalu... Terbaru janin yang berusia 3bulan telah di jumpai di kuaters KLIA... 

-saksi menunjukkan tempat janin dijumpai-

Saiful Nizam Abas, 40, berkata, dia ternampak janin itu ketika keluar dari rumah berhampiran lokasi kejadian untuk mengambil seorang kanak-kanak yang dijaga oleh isterinya.
"Sebaik sahaja membuka pintu rumah, saya terkejut melihat beberapa tompokan darah di lantai berhampiran tangga untuk naik ke tingkat atas.
"Saya ikut kesan tompokan darah itu sebelum ternampak objek yang bergulung seperti janin manusia," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Baca lagi diKOSMOonline
"Adakah sejarah zaman jahiliah akan berulang? Jika dulu ada Rasullulah S.A.W untuk memperbetulkannya kini ada siapa?"

1 ulasan: