Isnin, 17 September 2012

bahana kasut tumit tinggi...

Assalamualaiku dan selamat pagi (^_^)v

N3 ini khas untuk para wanita yang di luar sana... laki pon boleh ape salahnya untuk tambah ilmu... kasut tumit tinggi memang dengan perempuan tidak boleh dipisahkan umpama isi dan kuku, yang buat koleksi pon ade sampai seratus pasang... banyakkan... N3 ini bukan nak cerita pasal Kasut tinggi, tapi pasal kesan menggunakannya dalam jangka masa panjang... 

-gambar hiasan-

Antara masalah kesihatan kaki yang sering berlaku kepada mereka yang hanya memakai kasut tinggi adalah bunion (hallux valgus). Keadaan ini berlaku apabila ibu jari kaki menjadi senget dan terarah ke jari kaki kedua, menyebabkan benjolan terhasil pada bahagian luar hujung kaki sebelah ibu jari.

Selain itu, akibat kasut yang sempit, tulang jari kaki lama-kelamaan akan membengkok merapat antara satu sama lain dan keadaan itu hanya boleh dibetulkan semula dengan menjalani pembedahan.

Masalah lain yang boleh wujud akibat pemakaian kasut tidak bersesuaian adalah kulit mengeras di beberapa bahagian kaki yang sering menerima tekanan seperti tapak kaki di bawah jari serta bahagian tepi hujung kaki.

Untuk informasi lebih lanjut baca di myMetro...

"jangan kerena fesyen kita merana"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan