Khamis, 13 September 2012

Erti sebuah kehidupan yang sebenar...

Duhai anak Adam apakah yang kamu cari sebenarnya dalam kehidupan ini adakah harta yang melimpah ruah, isteri yang cantik rupawan bak seorang artis, status sosial yang boleh dibanggakan, Sesungguhnya semua itu hanyalah duniawi belaka!!!

Takdir kehidupan kita sudah diatur olehnye semenjak kita azali lagi, tiada siapa yg mengetahuinya termasuklah diri kita sendiri... Perjalanan hidup kita bermula dari alam roh, lalu kita dihatar ke alam dunia... Di alam dunia ini kita seharusnye mengumpul seberapa banyak bekalan untuk dibawa ke alam barzakh kelak... 

Alam dunia ini bermula apabila roh kita ditiup oleh masuk kedalam  janin yang dikandung oleh ibu kita, apabila genap usia kandungan ibu 9bulan 10hari maka terlahirlah kita ke Dunia ini... Apabila kita terlahir sahaja ke dunia maka bermulala sebuah episod perjalanan yang panjang yang bakal kita tempuhi...

Di awal kelahiran kita, kita dijaga dan dirawat oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang umpama menatang minyak yang penuh... Apabila usia kita sudah meningkat ke kanak-kanak pelbagai ragam kita akan setia dilayan oleh mereka, apabila kita sudah mengenali serba sedikit tentang dunia ini maka ibu bapa akan mengajar kita serba sedikit tentang ilmu akhirat(agama) dan juga ilmu duniawi secara formal mahupun tidak formal.

Meningkat sahaja ke usia remaja kita sudah tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, belajar berdikari dan belajar mengenali kehidupan yang sebenar... Di usia ini kita akan mudah dipengaruhi oleh pengaruh luar yang liar yang bakal menghancurkan mase depan kita kelak... bagi yang kuat imannya dia tidak akan mudah dipengaruhi... 

Meningkat ke usia dewasa kita sudah membawa haluan sendiri Ibu bapa sudah dibelakangkan dalam membuat keputusan. Di usia dewasa ini kita merupakan cerminan usia remaja kita, jika kita baik, maka baikla jika kita sebaliknya maka sebaliknyala... Namun tiada yang mustahil yakini, yang baik boleh menjadi jahat yang jahat boleh menjadi baik... semua ini kuasa Allah siapalah kita, hanya hambanya yang tidak berdaya...  

Meningkat ke usia emas(tua) barulah kita terhegeh- hegeh hendak bertaubat dan mengumpul segala bekalan yang kita perlukan diakhirat kelak... Adakah ianya cukup? Wallahualam... Sedarlah wahai anak adam!!!

Apabila keluar sahaja roh dari jasad kita maka terputuslah segala hal duniawi... kecuali amalan kita, sedekah jariah dan juga doa'a daripada anak yang soleh dan solehah... kita akan ditempatkan dialam barzakh buat sementara waktu sehinggalah kiamatnya dunia... lalu kita akan dibangkitkan semua dipadang Masyar untuk dihisab segala amalan kita untuk menuntukan tempat tinggal kita yang abadi sama ada di syurga Allah atau di neraka Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan