Ahad, 16 September 2012

selamt hari Malaysia

Assalamualaikum... dan Selamat Malam (^_^)v

Hari ini merupakan 16 september, Apa istemewanya ngan hari nie? Setiap tahun pada tanggal ini Negara kita iaitu Malaysia akan menyambut 'Hari Malaysia'... Apa itu Hari Malaysia? Hari Malaysia ialah hari sempena memperingati peristiwa nama Malaysia digunakan secara rasmi bagi menggantikan nama Tanah Melayu... 

Asal-usul nama Malaysia (sumber Wikipedia )

Nama Malaysia diguna pakaikan pada tahun 1963 apabila negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu serta SingapuraBorneo Utara (Sabah) dan Sarawak membentuk persekutuan baru.[6] Sebelum ini nama Malaysia juga pernah digunakan untuk memaksudkan beberapa kawasan di Asia Tenggara dengan sewenang-wenangnya. Sehelai peta yang diterbitkan diChicago pada tahun 1914 tertera perkataan Malaysia yang memaksudkan beberapa wilayah tertentu di dalam Kepulauan Melayu.[20] Bahagian semenanjung memakai namaPersekutuan Tanah Melayu hingga tahun 1963, sewaktu pergabungannya dengan wilayah-wilayah SabahSarawak dan Singapura.[21] Para ahli politik di Filipina pernah bercadang agar negara mereka diberi nama "Malaysia", tetapi tidak sempat berbuat demikian apabila Malaysia merampas nama itu.[22] Ketika itu, nama-nama lain juga dipertimbangkan, antaranya Langkasuka, sempena kerajaan purba yang terletak di kawasan utaraSemenanjung Tanah Melayu pada alaf pertama Masihi.[23]
Perkataan Melayu berasal daripada perkataan malaiur atau malayadvipa dalam bahasa Sanskrit yang mungkin membawa erti "tanah bergunung"; perkataan tersebut digunakan oleh para saudagar India sebagai gelaran untuk Semenanjung Tanah Melayu.[24][25][26][27][28]
Pada tahun 1850, seorang ahli etnologi Inggeris, George Samuel Windsor Earl mencadangkan agar kepulauan Indonesia dinamakanMelayunesia atau Indunesia ketika mengarang Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia (Jurnal Kepulauan Hindia dan Asia Timur). Beliau menggemari Melayunesia[29] demi kemudahan pihak kolonial. Berikutan ekspedisinya di Oceania pada tahun 1826, pelayar PerancisJules Dumont d'Urville mencipta istilah MalaysiaMicronesia dan Melanesia untuk membezakan budaya dan gugusan kepulauan Pasifik daripada istilah Polynesia yang sedia ada. Pada tahun 1831, beliau mengusulkan istilah-istilahnya kepadaSociété de Géographie (Persatuan Geografi). Dumont d'Urville menyifatkan Malaysia sebagai "kawasan yang lebih dikenali sebagaiHindia Timur".[30] Ketika itu, adalah dipercayai bahawa kesemua penduduk kawasan berkenaan boleh dipanggil "orang Melayu" sama sekali, selaras dengan konsep kaum Melayu ketika itu, yang bertentangan dengan takrifan masa kini yang memerikan "Melayu" sebagai kelompok etnik yang seragam budayanya, bertutur bahasa Melayu dan tinggal di pantai timur SumateraKepulauan Riau,Semenanjung Tanah Melayu dan pesisiran pulau Borneo. Istilah "Dunia Melayu" pula digunakan sebagai gelaran kepada keempat-empat kawasan tersebut pada keseluruhannya[31] iaitu bersinonim dengan Nusantara.
"semoga keamana yang dikecapi oleh Malaysia akan terus berkekalan selamanya," SELAMAT HARI MALAYSIA

2 ulasan:

  1. Benar, mengenai konsep Melayu saya pernah terbaca yang Presiden Filipina pernah menggunakan ungkapan 'Malay root' mengenai hubungan antara Malaysia dan Filipina ... Semoga Malaysia kekal aman dan damai ... Selamat hari Malaysia ...

    BalasPadam